Kayu merupakan sejenis bahan yang pelbagai kegunaan. Antara kegunaan kayu adalah:
- Sebagai bahan binaan – kayu digunakan untuk membuat tiang, lantai, rasuk, dinding bangunan, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.
- Sebagai bahan perabot.
- Untuk pembungkusan – secara ringan atau berat.
- Untuk membuat alatan dan pemegang.
- Sebagai bahan laritan (turnery) dan patung permainan.
- Dijadikan venir, papan lapis dan papan gantian.
Selain daripada itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan kertas dan sebagai bahan mentah dalam penghasilan alkohol kayu, arang, turpentine dan lain-lain lagi.
Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport kayu yang terkenal di dunia. Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk kegunaan bahan binaan mahupun bahan untuk membuat perabot dan kegunaan lain. Jenis-jenis kayu yang lazimnya digunakan ialah:
1. Kumpulan kayu keras yang berat:
cengal, balau/ selayan batu, kekatong, merbau, tembusu dan resak.
2. Kumpulan kayu keras yang sederhana berat:
kapur, kempas, keruing dan tualang.
3. Kumpulan kayu keras yang ringan:
jelutung, meranti, nyatoh, ramin, sepetir dan kayu getah.
4. Kayu lembut:
damar minyak.
Ciri-ciri dan kegunaan kayu.


No comments:
Post a Comment