Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday 9 July 2011

PERCUMA: Tips Pilihan Binaan Dalam (Siri V)

BILIK TIDUR


^^ Ruang di bawah katil sebaiknya jangan dibazirkan begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sepenuhnya. Sebagai contoh, laci dalam luas dan besar yang diletakkan di bawah katil menawarkan ruang yang lebih untuk menyimpan pakaian.

Maksimumkan Ruang Anda






^^ Selain itu, almari pakaian binaan dalam juga meyediakan ruang yang luas dan baik untuk menyimpan pakaian dengan menyediakan laci dan ruang menggantung yang maksimum. Kemasan almari pakaian bina dalam pula adalah pelbagai dan ia bergantung kepada citarasa dan konsep. Pilih yang berpotongan garis lurus dengan penggunaan kaca kabut dan keluli untuk sentuhan moden. Atau, kemasan kayu untuk melembutkan penampilan ruang serta menghanggatkan persekitaran. Almari binaan dalam dapat menjimatkan penggunaan ruang yang agak terhad.

Ruang Almari Baju Binaan Dalam



^^ Kepala katil juga boleh dijadikan sebagai unit binaan dalam sebagai tempat meletak barangan dan hiasan kecil. Ia turut berfungsi sebagai sebahagian perabot utama dalam bilik bilik tidur. Rak yang luas menyediakan ruang untuk meletakkan lampu tidur dan buku.

Kepala Katil Bina Dalam

Perabot Binaan Dalam menjimatkan ruang yang terhad

Friday 8 July 2011

POTONGAN HARGA HARI RAYA (2011/ 1432H) - TEMPOH PROMOSI DILANJUTKAN

BERITA GEMBIRA! 

TEMPOH UNTUK ANDA UNTUK MUAT-TURUN KUPON DISKAUN HARI RAYA DILANJUTKAN!

MUAT-TURUN KUPON DISKAUN INI UNTUK MENIKMATI HARGA RUNTUH KERJA RENOVASI DI EMES ENGINEERING

Di atas sambutan dan permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan EMES Engineering, pihak EMES Engineering amat berbesar hati untuk melanjutkan tempoh Promosi Harga Runtuh sempena Raya Aidilfitri 1432H (2011)bermula 8 Julai 2011 sehingga 27 Julai 2011.

Untuk pelanggan-pelanggan EMES Engineering yang dihormati, jangan lepaskan peluang ini. Segera muat-turun kupon dan hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.

Kami amat berterima kasih di atas panggilan telefon dan juga email-email yang telah di terima oleh pihak kami bertanyakan mengenai Promosi Hari Raya di EMES Engineering ini. Harapan kami, semua jawapan yang kami beri memuaskan hati pihak-pihak yang bertanya.

JANGAN TUNGGU LAGI YE! HUBUNGI EMES ENGINEERING SEGERA! RAYA DAH DEKAT NI!

PERCUMA: Tips Pilihan Binaan Dalam (Siri IV)

KABINET KASUT BINA DALAM

Shoes, Shoes and more Shoes!!!!


Bagi menjimatkan ruang selain tampil menarik dan eksklusif, kabinet binaan dalam sesebuah rak kasut bertutup yang hampir menyamai binaan dinding juga satu alternatif terbaik. Pilihan kemasan akhir tertakluk kepada cita rasa anda sama ada mahu potongan garis lurus dan kemas ataupun bertekstur daripada kayu nyatoh, keluli ataupun plastik dan akrilik.


Inovasi moden bagi rak kasut bina dalam

Rak Kasut Dan Beg


Rak Kasut di bina secara komposit dengan almari pakaian

Rak Kasut "Walk-In"

Thursday 7 July 2011

PERCUMA: Tips Pilihan Binaan Dalam (Siri III)

KABINET PAMERAN BUKU, MAJALAH DAN CD

Ruang bekerja atau belajar yang amat terhad sangat memerlukan idea binaan dalam yang baik. Kabinet perlulah mempunyai ruang-ruang bertutup dan terbuka untuk menyusun pelbagai jenis dan saiz buku, majalah dan ruang khas bertingkat untuk cakera padat (CD).



Idea kreatif menggabungkan rak buku dan tempat duduk (bench)



Ruang bacaan yang kemas dan teratur: menenangkan

Wednesday 6 July 2011

PERCUMA: Tips Pilihan Binaan Dalam (Siri II)

DAPUR

  • Dinding kosong merupakan tempat yang sesuai untuk mewujudkan rak penyimpanan. Memandangkan ia dibina mengikut ketebalan dinding, maka ruang dalamannya agak cetek tetapi ia mampu tetapi ia mampu berfungsi sebagai tempat penyimpanan produk bertin, kotak kecil dan bahan-bahan membuat kek.
Rak penyimpanan utensil dapur

Rak penyimpanan stok barangan masakan



  • Sekiranya anda menyimpan barang keperluan yang kerap digunakan, simpan di dalam kabinet binaan dalam yang mempunyai kaedah bukaan mudah seperti pintu yang boleh dilipat atau ditarik ke atas. Kaedah daun pintu yang dikuak keluar akan memakan banyak tempat selain itu menyulitkan pergerakan pihak lain yang lalu-lalang berhampiran anda.
Penstoran kabinet dapur aluminium dengan pintu 'roller shutter'

Rak rempah-ratus

  • Sistem kabinet dapur binaan dalam menyediakan lebih ruang-ruang berbeza untuk menempatkan pelbagai jenis barangan. Kehadiran rak-rak keluli bertingkat memudahkan lagi pengasingan jenis barang yang disimpan. Keadaan ini membolehkan anda merancang dan menyusun segala bentuk barangan dengan lebih mudah. Kelebihan kabinet bina dalam, dalam sistem dapur modular sebagai contoh, membolehkan kita meletakkan peralatan dapur bersaiz besar seperti peti sejuk dan dapur gas.



Kepelbagaian jenis Kabinet Dapur Bina dalam, konsep moden dan konvensional

Tuesday 5 July 2011

PERCUMA: Tips Pilihan Binaan Dalam (Siri I)

Ramai di kalangan kita menghadapi dilema menyimpan barang. Mewujudkan ruang penstoran merupakan kaedah yang terbaik. Bagaimanapun, kaedah penstoran bertambah efisien dan praktikal apabila menerapkan sistem binaan dalam pada unit-unit penstoran.

Kini, terdapat pelbagai bentuk idea binaan dalam yang bergaya serta memenuhi konsep rekaan dan hiasan ruang, sama ada gaya kontemporari dan klasik. Berikut adalah contoh-contoh binaan dalam untuk ruang-ruang pilihan.

 Pembahagi Ruang 

Pembahagi ruang yang bersekali dengan gerbang

-> Kebanyakkan kediaman masa kini mempunyai ruang tamu dan ruang makan dalam ruang yang sama tanpa ada sebarang dinding pemisah. Sekiranya anda ingin mewujudkan ruang berasingan, dinding pembahagi merupakan penyelesaian yang terbaik. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika menggunakan pembahagi ruang yang dilengkapi tempat penyimpanan atau paparan barang hiasan binaan dalam.

Rak Buku Bina Dalam yang berfungsi sebagai pembahagi ruang


Rak Buku Bina Dalam


-> Kebiasaannya, dinding pemisah yang dimaksudkan bukanlah sebuah dinding yang memisahkan dia buah ruang secara menyeluruh seperti dinding konkrit. Terdapat ruang terbuka agar ruang yang bersebelahan masih ada kesinambungan. Ruang tengah yang terbuka berperanan sebagai buffet dan ruang terbuka di bahagian atas dinding ini boleh digunakan sebagai tempat meletak mangkuk atau bakul. Dinding pembahagi binaan dalam yang berongga membolehkan udara dan cahaya melaluinya. Susun atur begini menjadikan adanya kesinambungan di antara ruang makan dan ruang tamu., sementara itu ahli keluarga dan tetamu dapat duduk bersantai sambil berbual dengan pihak yang berada di ruang bersebelahan.


Pembahagi Ruang Minimalist dan Moden

Hasil Kreatif yang digunapakai sebagai pembahagi ruang

-> Selain ini, anda juga boleh meletakkan kabinet menyimpan barang merangkap sebuah akuarium yang diletakkan di tengah-tengah ruang tamu sebagai pembahagi ruang tamu dengan ruang makan.

Rak Hiasan Bina Dalam: Pilihan bijak untuk menghias dan pembahagian ruang

Rak Hiasan yang unik: Idea kreatif pembahagian ruang

Monday 4 July 2011

Tahukah Anda? : Jenis-jenis Lampu Di Kediaman Anda

Fungsi Lampu

Lampu adalah elemen utama bagi pencahayaan. Sebelum memilih sumber pencahayaan, pemahaman tentang terminologi asas mampu menerangkan output lampu seperti berikut:

Suhu Warna:

Sumber cahaya dengan penampilan 'warm' seperti penggunaan lampu tungsten biasa menurut istilah teknikal iaitu mempunyai suhu warna 3000 deg.K. Istilah biasa lebih dikenali sebagai cahaya sederhana kuning atau 'warm white'. Suhu warna boleh mencapai sehingga 6000 deg.K. Ia lebih dikenali sebagai 'cahaya siang' atau 'white light'. Terdapat juga suhu warna di antara 3000 deg.K  ke 6000 deg.K, contohnya 4000 deg.K. Suhu warna ini dikenali sebagai 'intermediate warm white'.

Tindak Balas Warna:

Tindak balas warna mampu menyediakan warna sebenar dan memberi karakter pada sesuatu objek. Contohnya untuk menghasilkan hiasan dalam yang terbaik, hanya jenis lampu terbaik digunakan bagi menghasilkan spektrum warna yang penuh di ruang. Terdapat beberapa jenis lampu, iaitu:

a. Lampu Tungsten atau GLS

- Adalah jenis lampu yang biasa digunakan. Disediakan hanya untuk karakater warna 'warm white'. Dalam hiasan dalaman penggunaan lampu jenis ini masih diguna pakai kerana menyediakan tindak balas warna terbaik. Namun lampu jenis ini tidak menggunakan tenaga elektrik dengan efisyen dan tidak tahan lama.




Jenis Lampu Tungsten dan GLS


b. Tungsten Halogen

- Adalah jenis lampu tungsten moden. Mempunyai keupayaan tindak balas warna yang baik. Bezanya ialah ia menyediakan output cahaya berlebihan dan jangka hayat lebih lama berbanding lampu tungsten. Ia didatangkan dalam pelbagai saiz dan boleh disesuaikan dengan elemen pencahayaan moden.


Lampu dari jenis Tungsten Halogen


c. Fluorescent

- Mentol Fluorescent adalah merupakan sumber kuasa cahaya yang lebih efisyen. Hadir dalam pelbagai pilihan suhu warna, sama ada 'warm white' atau 'daylight'. Selalunya digunakan untuk hiasan dalaman terutamanya di bahagian siling berlekuk dan pada bahagian belakang dinding fokus.

Rajah Keratan Lampu Jenis Fluorescent



Tiub Fluorescent


d. Compact Fluorescent

- Versi kompak daripada mentol fluoresent yang hadir dalam pelbagai saiz untuk disesuaikan dengan pencahayaan moden. Ia merupakan sumber kuasa cahaya efisyen bersama suhu warna melalui 'warm white' dan 'daylight'. Namun demikian, tindak balas cahaya lampu jenis tungsten dan halogen adalah lebih baik berbanding jenis kompak fluorescent.


Lampu Jenis Kompak Fluorescent


e. Discharge Lamp

- Lampu jenis ini adalah lebih relevan digunakan dalam sektor rekaan lampu professional seperti pencahayaan sesebuah bangunan, lobi, ruang komersial atau taman.



Lampu Jenis Discharge




Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...