Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday 18 June 2011

PERCUMA: Tips Cara Bijak Atur Ruang Sempit (Siri IV)

Baca 1O tips yang seterusnya:


O31 - Aplikasi kosmetik:

- Iaitu proses pengubahsuaian yang melibatkan penambahan pada permukaan dinding atau siling memerlukan perancangan untuk memastikan rekaan yang terhasil adalah berkesan.


O32 - Perabot Bina Dalam merupakan penyelesaian terbaik bagi masalah ruang terhad:
- Dengan rekaan bersepadu, anda boleh memiliki set perabot yang lebih lengkap dan efektif. 

Rak buku pasang siap - menjimatkan ruang

Buku oleh pengarang Jim Tolpin yang boleh dirujuk bagi penggunaan perabot pasang siap.


O33 - Rekaan pintu gelangsar tidak hanya pada bahagian pintu masuk:
- tetapi boleh di aplikasikan pada unit-unit storan atau perabot bina dalam.


O34 - Wujudkan imej galeri: 
- sekiranya anda mempunyai koleksi barangan dan aksessori yang terlalu banyak. Anda boleh mewujudkan ruang pameran dengan binaan yang murah menggunakan kepingan papan lapis atau sprayed MDF Board. Bilangan ruang adalah bergantung kepada keperluan anda.

Suasana Galeri di kediaman.

035 - Kenal pasti fungsi ruang penstoran:
- sama ada sering digunakan , jarang digunakan , tidak digunakan tetapi sayang hendak dibuang atau tidak perlu lagi digunakan.


O36 - Pemasangan rak atau tetingkat di dinding:
- yang diperbuat daripada kaca atau plastik lut sinar pastinya menampilkan imej ruang lebih kemas dan bersih.


O37 - Penggunaan lampu halogen atau lampu kuning:
- membantu ruang lebih berseri dan menampilkan mood tersendiri.

Pencahayaan Ruang Sempit

O38 - Elakkan cahaya lampu putih terang: 
- kerana ia akan menjadikan ruang tampak bosan dan tidak mewujudkan titik fokus yang berkesan.

039 - Bagi anda yang mempunyai PERUNTUKAN TERHAD:
- gunakan lilin dan aroma terapi untuk menghidupkan mood ruang.

O40 - Gunakan kemasan lantai:
- daripada bahan yang sama untuk semua ruang. Jika ruang utama menggunakan marmar, sebaiknya ruang berdekatan atau dalam pelan lantai yang sama seperti ruang makan dan ruang menonton perlu menggunakan jenis lantai yang sama.

Bahan lantai yang bersesuaian dan sama untuk ruang-ruang yang terdapat di sesebuah kediaman.


Friday 17 June 2011

PERCUMA: Tips Cara Bijak Atur Ruang Sempit (Siri III)

1O tips yang seterusnya:

O21** Elakkan menggunakan kelengkapan yang bersaiz besar, serabut dan rumit. Tentukan keluasan ruang adalah bersesuaian dengan saiz, rekabentuk dan jenis kelengkapan yang bakal menghiasi ruang.....

Pilih kelengkapan yang ringkas dan tidak serabut.


O22** Pemilihan perabot yang sesuai dan aksesori banyak mempengaruhi penampilan ruang. Sekiranya ruang sempit ditempatkan dengan perabot kayu sarat berukir atau set sofa bersaiz besar, pasti ruang tampak sendat dan sarat. Sebaiknya gunakan perabot berpotongan ringkas dengan pilihan rona warna cerah untuk keseimbangan.

Konsep "Modern Minimalist" adalah lebih sesuai diterapkan di kediaman yang sempit


O23** Susun atur perabot untuk ruang sempit haruslah sederhana agar masih wujud ruang untuk pergerakan. Susun atur secara berdekatan dan tidak merapatkan kedudukan sofa atau kerusi berlengan ke dinding.

O24** Gunakan perabot daripada kaca telus atau keluli tahan karat untuk penampilan perabot yang lebih kemas dan ringkas.

O25** Perabot yang keemasan berkilat adalah tidak sesuai ditempatkan pada ruangan yang sempit.

O26** Sofa pilihan perlu bergaya ringkas. Tidak perlu menempatkan sofa 3+1 tempat duduk. Sebaiknya letakkan sofa 3 atau 2 tempat duduk dan masing-masing digandingkan dengan dua kerusi berlengan atau bangku ottoman.

O27** Meja sisi tidak perlu bersaiz besar. Kedudukannya perlu berada di antara dua kerusi berlengan.

O28** Saiz meja kopi tidak boleh terlalu besar atau lebar kerana ianya akan melibatkan lebih banyak penggunaan ruang. Sebaiknya tempatkan meja kopi berbentuk empat segi tepat.

O29** Pilih perabot dwifungsi dengan padanan warna yang sama untuk ruang lebih indah dan menawan.

Pemilihan perabot dwifungsi adalah sesuai bagi ruang sempit

Kelengkapan dwifungsi menjimatkan ruang dan praktikal


O30*** Unit beroda atau perabot mudah alih membantu anda mengubah kedudukan apabila perlu. Anda tidak perlu menempatkan perabot yang telah siap dipasang roda. Anda hanya perlu lakukan dengan mencari ukuran roda yang sesuai dengan reka bentuk dan saiz perabot dari kedai-kedai perkakasan binaan. Pastikan roda yang digunakan mempunyai sistem kekunci.





Thursday 16 June 2011

PERCUMA: Tips Cara Bijak Atur Ruang Sempit (Siri II)

10 Tips yang seterusnya:


o11. Alihkan kedudukan pengadang dan pemidang - sebagai pemisah antara ruang, terutamanya ruang yang kecil dan berbentuk lebar.


012. Pengunaan langsir di antara siling dan lantai - memberi efek pada dinding, DINDING tampak lebih tinggi dan luas, seolah-olah wujudnya garisan menegak antara permukaan lantai dan siling.


o13. KEMASAN DINDING YANG JELAS - tentunya memberi efek besar pada ruang.

*TIP TERBAIK ADALAH MEMBIARKAN PERMUKAAN DINDING KEKAL LICIN TANPA MENGUBAH KEPADA PERMUKAAN YANG KASAR DAN BERSERABUT.

o14. Penggunaan kertas dinding perlu diberi perhatian - Sekiranya salah memilih kertas dinding dengan padanan warna dan kedudukan yang berlawanan, ianya akan memberi efek kepada ruang. Elakkan motif kertas dinding yang terlalu kecil atau terlalu besar. Pilihan corak biarlah sederhana dan tidak sarat.



Kertas Dinding Dengan Jalur Vertikal


o15. kertas dinding berjalur menegak atau vertikal adalah pilihan 

pilihan bijak kerana mampu memberi kesan siling lebih tinggi, 

seolah-olah wujud tiang dalam ruang. 

   - pilihan warna yang dicadangkan untuk jalur vertikal ialah kumpulan warna-warna putih, natural dan pastel.



o16. Binaan siling normal adalah lebih kurang 9 kaki, namun jika ditinggikan sehingga 11 kaki, ini dapat membantu memperlihatkan ruang yang lebih luas, terutama pada ruang tamu.

o17. Elakkan menggunakan siling plaster jika anda mempunyai ruang yang jarak antara bumbung dan lantai adalah rendah. 

--- Pengunaan siling plaster akan merendahkan siling. Sekiranya anda ingin menghias siling, pilihan kornis (birai hias) yang tepat pada bahagian kaki siling adalah perlu. Gunakan hanya kornis reka bentuk ringkas tanpa sebarang perincian yang rumit.

Pilih reka bentuk kornis (birai hias) yang ringkas dengan konsep "less is more" 


o18. SILING PUTIH ADALAH YANG TERBAIK - anda tidak perlu menukar warna siling walaupun sering merubah warna bahagian-bahagian lain.


o19..... Tempatkan perkakasan dan alatan yang tidak terpakai dalam satu ruang atau bilik khas. INI BAGI MEMASTIKAN RUANG SENTIASA KEMAS DAN SELESA.


020-- p a s t i k a n  a n d a  m e n g a m b i l  u k u r a n  k e l u a s a n  r u a n g  agar mudah membuat pilihan saiz sofa, meja kopi atau kabinet televisyen yang sesuai untuk ruang tersebut.


Wednesday 15 June 2011

PERCUMA: Tips Cara Bijak Atur Ruang Sempit

Ramai yang tidak berpuas hati dan merungut sekiranya ruang kediaman begitu terhad atau sempit. Biarpun ruang terhad mempunyai cabarannya tersendiri, namun jika bijak mengatur, ruang yang sempit akan kelihatan hebat dan berfungsi dengan baik. Berikut kami berikan 50 tips dan saranan yang boleh dijadikan panduan untuk lebih bijak mengatur ruang. 

Kami mulakan dengan 1O tips ringkas untuk hari ini:

Rumah Berkeluasan Sempit dan Terhad


OO1. Perancangan ruang yang bijak banyak membantu mengatasi masalah ruang sempit.

Sekiranya anda sering membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, pastinya anda memerlukan ruang khas bagi tujuan ini, cukup sekadar melakukannya di ruang makan atau ruang tamu. Bina sebuah rak buku di kawasan berdekatan dan pastikan lampu yang dipilih bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.

002. Aplikasi pelan terbuka iaitu mengambil kira struktur dinding boleh menjadi panduan kepada anda.

Ini kerana kebanyakkan kediaman akan mengubah suai kedudukan dinding untuk proses penambahan ruang. Kenal pasti sama ada kedudukan dinding adalah selamat untuk struktur kediaman atau tidak. Sekiranya tidak sesuai, kekalkan kedudukan dinding asal.

Robohkan dinding jika perlu untuk keluasan ruang

003. Penggunaan cermin kaca terutamanya pada binaan tingkap dan pintu dan dinding dapat membantu menjadikan ruang lebih luas.

Ini membantu ruang agar tidak nampak terkurung dan boleh berinteraksi dengan bahagian luar.

OO4. Bina lekuk kecil untuk mengubah persepsi ruang agar kelihatan lebih lapang.

Namun, perlu berhati-hati kerana lekuk yang tidak bersesuaian  boleh menghasilkan ruang lebih kecil dan sempit.

OO5. Binaan siling sama ada berbentuk cengkung 

..... Atau dengan konsep terbuka (bumbung lutsinar) mampu merubah ruang sempit menjadi lebih besar.

OO6. Siling tinggi perlu untuk memastikan kedudukan ruang menegak 

..... lebih seragam dan selesa.

OO7. Gabungan warna-warna cerah sama ada pada permukaan dinding dan pilihan fabrik mudah untuk disesuaikan dengan perabot.

Warna putih bersih adalah warna selamat kerana mampu digabungkan dengan warna-warna lain.

Warna putih mudah untuk memberi ilusi keluasan ruang

OO8. Kehadiran tekstur lembut dapat melapangkan ruang berbanding tekstur kasar. 

Kemasan lantai dengan sisipan panel kaca mampu digandingkan bersama warna-warna lain.

OO_9. Ciptakan bayang pada titik fokus sama ada pada bahagian dinding atau siling.

Kombinasi bersama bagi warna juga boleh bertindak balas dengan cahaya untuk kesan lebig dramatik dan menarik.

O+10. Elakkan pengunaan warna terang & kontra.....

pada bahagian bersebelahan sumber cahaya untuk mengelakkan dinding atau siling kelihatan seolah-0lah terapung dan nampak tidak kekal. 


Tuesday 14 June 2011

PERCUMA: Tips Rahsia Mainan Warna

RAHSIA MAINAN WARNA

Ini merupakan satu lagi cara anda bermain dengan warna dan konsep. Bagi yang mempunyai kediaman sederhana, konsep begini dapat membantu menampakkan nilai estetika dan elegan pada ruang.

Baca beberapa panduan ringkas dan mudah bagaimana untuk menjadikan perabot yang dibeli dan juga ruang kediaman anda tampak lebih mahal dan eksklusif.

Keceriaan warna


001... Lihat dahulu apa yang anda ada?

Berdiri di hujung ruang kamar dan lihat apa yang anda sudah miliki. Apakah warna majoriti perabot anda? Kemudian rumuskan pula apa jenis warna lain yang boleh menyerlahkan pesona yang ada pada perabot tersebut dan ruang yang merangkuminya? Bagi yang mempunyai perabot diperbuat daripada kayu atau lilitan rotan dan rumpai air, anda boleh memilih rona yang lebih semula jadi seperti jingga tanah merah, hijau mahupun perang kehijauan. Awas! Elakkan memilih rona yang sedondon, kerana ianya hanya akan menenggelamkan keindahan perabot anda.

002... Titik tumpu kunci kekuatan

Lihat sekitar kamar anda, Apakah objek yang boleh dijadikan titik tumpu bagi ruang tersebut. Adakah lukisan atau pun perabot? Atau pun Arca mahupun hiasan dinding seperti rag dan juga tekstil mewah. Bergerak dari sini, anda boleh memadankan rona yang sesuai bagi menyerlahkan objek tersebut. Misalnya anda menggantungkan sebuah lukisan berwarna kuning susu dan putih gading. Lukisan abstrak yang banyak menggunakan rona lembut dan natural. Jadi, kenapa tidak anda kenakan rona perang kayu jati pada lukisan tersebut dan yang lain perang yang lebih lembut atau kuning keputihan. Anda juga boleh mengenakan biru belerang yang lembut (pastel) dan juga hijau puding.

003... Status Ruang

Jangan abaikan soal ini. Anda yang mempunyai kediaman luas terutamanya, boleh bermain dengan pilihan rona yang penuh kejutan bagi setiap ruang. Misal kata, ruang makan dan ruang tamu anda mungkin boleh mempunyai warna tersendiri. Manakala bagi ruang lain, seperti koridor dan sebagainya mempunyai satu warna standard. Jadi, kita boleh merasakan keistimewaan ruang penting ini dan menonjolkan imej atau konsep yang ingin anda serlahkan. Bukan sekadar cat, anda juga boleh memilih kertas dinding dan kemasan lembut yang mempunyai warna menarik.

004... Gandingan Tekstur dan Warna

Sebenarnya kepelbagaian warna boleh dipilih melalui tekstur dan karakter permukaan. Perlu kita tahu, setiap permukaan yang berbeza bakal melahirkan kesan warna yang berbeza. Jadi, jika anda mahu bermain dengan gaya harmoni, jangan ragu-ragu memilih pelbagai tekstur agar garapan dekorasi anda tidak kelihatan membosankan. Malah ianya akan menunjukkan kematangan anda sebagai pereka. Misalnya, sofa berwarna biru muda daripada fabrik licin kemas, manakala kusyen kecilnya pula daripada anyaman tikar yang dicelup rona biru sedondon, atau daripada fabrik kasar seperti sutera mentah mahupun dari jenis benang kait.

oo5... Kontra itu SENI

Mungkin tidak ramai yang gemar akan teknik ini, tetapi bagi mereka yang berjiwa muda dan tidak mahu kediaman mereka kelihatan lesu, cara dan konsep ini boleh dipraktikkan. Rona kontra sebetulnya mampu memberi rangsangan positif terhadap ruang terutamanya bagi ruang yang mempunyai saiz yang terhad. Ia bagaikan sebuah hasil seni yang diterjemahkan di dalam bentuk seni hiasan kreatif. Pilihan rona yang SEMARAK seperti hijau zaiton, merah darah, perang madu dan biru nila cukup memberi tenaga dan dekorasi tampil lebih elegan dan hebat. Bagi pereka, ruang terhad atau ruang sempit akan kelihatan lebih hidup dan bermaya juga lebih luas dengan paduan warna-warna kontra. Bagi pemilik kediaman yang lebih besar, anda juga boleh bermain dengan rona sebegini tetapi biarlah biasan warnanya dilembutkan sedikit agar tidak keterlaluan.

Pilih warna mengikut rona yang panas atau pun yang lebih menenangkan...


oo6... Kekuatan kemasan ruang

Minimalisme? Ramai yang sukakannya kerana mudah dan mesra ruang. Pereka jika berhadapan dengan masalah ini lebih gemar merujuk kepada kemasan ruang. Kekuatan pada kemasan ini seperti kertas dinding, jubin, marmar merah, parkir susunan tulang pari dan sebagainya. Jadikan kemasan ruang yang mahal ini titik tolak pemilihan untuk mewarnai ruang yang ada. Pilih sama ada gandingan warna harmoni atau warna kontra. Pastel atau primer. Jadi, ia membantu anda mencari pesona warna yang tepat agar ruang bertambah elegan.

oo7... Kesesuaian kemasan lembut juga penting

Jangan leka memilih warna kesukaan anda sehingga keliru untuk memadankan dengan kemasan lembut. Kita tidak dapat menidakkan kepentingan kemasan lembut dan sumbangannya terhadap ruang. Buat perancangan khusus dan pastikan anda benar-benar boleh menerima pilihan warna yang ditetapkan. Sekiranya memilih rona pastel seperti merah jambu, pastinya anda boleh mengenakan pilihan kemasan lembut berwarna pastel yang lain. Mungkin anda boleh memercikkan sedikit rona terang seperti warna 'merah cili' bagi memberikan sedikit 'tenaga' kepada ruang.

oo8... Semak dan Kaji kedudukan ruang

Lakukan perkara ini. Kaji kualiti cahaya dan juga struktur kediaman seperti tinggi dan rendahnya aras siling, penggunaan material kayu atau konkrit? Pilih sudut tempat yang sentiasa digunakan untuk beristirahat dan pilihlah biasan warna yang paling sesuai. Maksudnya, di dalam carta cat terdapat pelbagai warna dan kadar kualiti terang atau suram sesuatu cat. Jadi dari situ anda sewajarnya memilih cat yang mampu menceriakan anda di samping memberi keselesaan kepada mata dan jiwa. Cari warna contoh dan tampalkan pada dinding. Kaji keserasiannya agar anda tidak silap membuat keputusan.

oo9... Aspek budaya penting

Budaya dan tona warna adalah sangat penting. Misalnya anda memilih konsep kedesaan Inggeris, cuba ulangi kembali pesona warna-warna bunga segar. Merah jambu, biru muda dan putih asli pada mereka yang berani mencuba gaya Konsep Mediterranian. Jika anda memilih Konsep Zen, ketegasan rona perang kehijauan, perang dan hitam menjadi konsep kekuatan konsep ini. Bagaimana pula klasifikasi warna bagi konsep Oriental? Merah menyala biarpun sedikit perlu ada di dalam rona-rona warna dekorasi pilihan anda. Jangan membuat kesilapan dengan mengadunkan rona warna yang asing daripada gaya sebegini kerana ianya akan menyimpang dari konsep tata hias budaya asal konsep tersebut.

010... Bermain dengan elemen sedia ada

Andainya kediaman anda mempunyai pilihan warna yang sangat dramatik, dan anda tidak menyenangi konsep rona warna yang sebegitu, pilih satu warna yang mampu memberi keseimbangan pada dekorasi. Putih merupakan pilihan yang selamat kerana warna-warna dramatik seperti ungu biji kundang atau perang tembakau yang cukup kuat dalam menjadikan ruang tamu tampil begitu menyerlah. Begitu juga sebaliknya, jika anda mendapat kediaman dengan warna rona asas, pilihan anda adalah lebih meluas dan inilah masanya anda bermain dengan segala fantasi yang ada. Ia bagi memudahkan anda untuk menjadikan kediaman lebih hidup dan lebih hebat penampilannya dengan cara paling mudah dan ringkas.


011... Inspirasi semula jadi

Rona-rona warna seperti biru lembayung atau langit pada ketika tengahari dan dipadankan dengan hijau rumpur mampu membangkitkan inspirasi sumber ilham konsep semula jadi. Kemudian gandingkan dengan kuning yang bersinar seperti sinaran matahari. Imbangan yang cukup eksklusif ini akan menwujudkan suasana yang ceria dan bersemangat untuk penggemar konsep yang sebegini. 

Cat dalam pelbagai rona warna

Monday 13 June 2011

PERCUMA: Tips Bagaimana Memilih Warna

Bagaimana Memilih Warna?

Roda Warna


1. Kelompok warna dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu warna asas, warna kedua atau warna sekunder dan warna-warna ketiga , iaitu warna tertiari.

2. Warna-warna asas terbahagi kepada tiga iaitu warna merah, warna putih, kuning dan biru.

3. Warna daripada kelompok kedua iaitu warna-warna sekunder adalah hasil campuran daripada warna-warna asas yang menghasilkan warna seperti hijau, jingga dan ungu.

4. Warna-warna tertiari pula adalah warna-warna yang dihasilkan daripada warna-warna sekunder yang dikelaskan kepada warna-warna pastel seperti merah jambu, hijau epal, maroon, coklat tanah atau perang, biru muda dan lain-lain.

5. Pilihan warna-warna ini boleh membantu menghidupkan mood dan juga menjadi terapi kepada pemilik.

Warna boleh dijadikan sebagai medium terapi bagi pemilik kediaman


6. Sekiranya pemilik inginkan suasana kediaman dalam mood suram dan tenang, kelompok warna-warna sejuk dan natural seperti hijau, coklat, biru muda dan kuning cair boleh menjadi pilihan.

7. Pemilik yang gemarkan suasana ceria dan hangat, kelompok warna-warna terang seperti jingga, merah, kuning, oren pekat dan hijau terang mampu menaikkan seri ruang.

Kombinasi warna ceria dan hangat


8. Memilih warna perlu berdasarkan saiz dan kedudukan ruang, dan perlu mengambil kira kepada faktor cahaya dan pilihan perabot. Keadaan ini adalah untuk mengelakkan ruang tampak kecil kaku dan tidak bermaya.

Kombinasi warna juga memainkan peranan dalam penentuan keluasan sesuatu ruang


9. Untuk ruang bersaiz kecil, sebaiknya memilih warna-warna terang seperti jingga, hijau, biru muda dan merah jambu bagi menjadikan ruang lebih luas dan selesa.

10. Tetapi perlu diingat, pilihan warna kontra yang salah daripada kelompok warna berbeza boleh mencacatkan sentuhan dekorasi sesebuah kediaman.


Kecacatan pada ruang rumah akan berlaku sekiranya kombinasi warna yang salah dipilih.

Sunday 12 June 2011

PERCUMA: Tips Keselamatan Alat Dan Mesin Di Tapak Pembinaan

Alat-alat dan mesin-mesin hendaklah dijaga supaya sentiasa di dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Alat-alat yang rosak bukan sahaja mengganggu kerja bahkan merbahaya kepada pekerja yang menggunakannya. Oleh sebab itu, perkara-perkara yang berikut haruslah diambil perhatian:



1. Alat-alat yang telah digunakan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan supaya tidak mudah berkarat dan rosak.

2. Alat-alat hendaklah disimpan pada tempatnya selepas digunakan. Jangan biarkan alat bersepah dan berselerak di atas lantai.

3. Apabila menghulurkan alat tajam kepada orang lain, halakan pemegangnya dan bukan bahagian hujung yang tajam.

4. Bagi sesuatu kerja tertentu, gunakanlah alat yang sesuai.

5. Tukul besi yang pemegangnya longgar hendaklah dibaiku terlebih dahulu sebelum digunakan.

6. Untuk memotong bata, gunakan alat-alat yang sesuai seperti tukul bata, tukul besi dan bantalan, bukannya dengan menggunakan kulir.

7. Mesin penggaul konkrit dan alat getar (vibrator) hendaklah dibersihkan setiap kali selepas menggunakannya supaya simen tidak melekat padanya. Bersihkan dramnya selepas digunakan dan biar muka dram menghala ke bawah apabila tidak digunakan.

8. Pastikan semua alat elektrik dibumikan sewajarnya dan apabila menggunakan mesin, pastikan peraturan keselamatan bagi mesin tersebut dipatuhi.

9. Sebelum kayu diketam, pastikan terlebih dahulu tiada paku dan kecacatan padanya, terutama kayu-kayu yang telah dipakai dan yang lama.

10. Tutupkan suis penyambung elektrik apabila mesin tidak digunakan.

Kempen Utamakan Keselamatan Oleh CIDB


11. Apabila membuat sebarang tanda atau ukuran pada bahan yang sedang dikerjakan tutupkan suis mesin terlebih dahulu.

12. Jangan berbual-bual atau bergurau-senda semasa membuat kerja dengan menggunakan mesin.

13. Tutup suis mesin terlebih dahulu apabila hendak membuat sebarang pindaan dimensi atau menukar bahagian ganti mesin.

14. Sebelum memulakan sesuatu kerja, tunggu sehingga mesin tersebut mencapat tahap kelajuan yang cukup dan ditetapkan. Jangan sekali-kali dibebankan mesin itu melebihi daripada had kuasa yang sepatutnya.

15. Pastikan semua pengadang keselamatan  ada pada mesin yang hendak digunakan.

16. Jangan gunakan mesin apabila berasa badan kurang sihat.

17. Hanya pekerja yang membuat kerja pada mesin sahaja dibenarkan menghidupkan suis dan mengawal mesin tersebut. 

18. Jangan biarkan saki-baki potongan kayu berselerak di sekeliling mesin.

19. Pastikan kawasan kerja yang mencukupi bagi sesebuah mesin.

20. Gunakan alat pelindung mata, penutup hidung dan mulut, dan lain-lain apabila pekerjaan itu mengeluarkan habuk, debu dan sebagainya.

21. Pekerja-pekerja mestilah mendapatkan KEBENARAN terlebih dahulu sebelum menggunakan mesin.

22. Pastikan bahawa SEMUA bekalan kuasa elektrik telah ditutup sebelum meninggalkan bengkel atau tempat bekerja.



Pastikan Keselamatan Menjadi Keutamaan Ketika Bekerja Di Tapak Bina


Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...