Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Friday 15 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri IV)

O4. Penampilan Kontemporari

Kontemporari merupakan jalan selamat bagi mereka yang takut atau tidak pandao bermain dengan konsep. Bagi sesetengah pemilik kediaman, agak remeh jika ruang dihiasi pelbagai aksesori. Maka, gaya kontemporari yang lebih menjurus kepada fungsi dan diikuti dengan gaya sesuai dijadikan pilihan. Selalunya untuk menghidupkan penampilan kontemporari, setiap ruang mesti tampil ringkas, kemas dan amali. Pemilihan bahan polos dan dibina lurus perlu agar ruang kelihatan elegan dan bertaraf antarabangsa. Paduan kayu dan batu merupakan gabungan yang cukup menarik dan mempunyai pengaruh semula jadi. Pereka mengatakannya mirip kepada gaya Zen moden yang diperhalusi gaya dekorasinya. Adunan nilai antarabangsa dan moden menukar gaya Zen asli kepada yang lebih 'tenang' dan tidak keterlaluan.

-> Bahagikan aktiviti ruang jakuzi agar kebersihan ruang lebih terjaga.

-> Kekalkan adunan elemen alam semula jadi untuk menampilkan suasana kelihatan lebih elegan dan tenang.

Elemen Alam Semula Jadi digabungkan dengn Zen

-> Biarpun kedudukan ruang mandi agak terhad, tetapi masih lagi selesa.

Ruang mandi terhad tetapi selesa



-> Pemilihan batu kerikil Shanghai yang berwarna natural dan pencahayaan semula jadi yang sihat memberi rasa lebih luas. 

-> Pintu gelangsar kaca sebagai pemidang turut membantu mendapatkan kesan visual yang baik.

-> Perhatikan pemilihan basin empat segi yang mengulang kembali konsep 'segi' pada ruang penampilan kemas dan teradun mesra dengan ruang.

-> Material mewah marmar putih cukup elok dipadankan dengan kayu perang kemerah-merahan. Kepelbagaian ini juga antara suai padan yang menjadi trend.

-> Di belakang cermin muka disediakan ruang penyimpanan yang boleh menempatkan pelbagai barangan mandian dan ubat-ubatan.

-> Paling hebat adalah sistem pencahayaan yang begitu elegan dan pintar. Mainan cahaya di celah-celah struktur cermin muka sebenarnya merupakan salah satu langkah bijak. Suasana akan kelihatan lebih eksklusif dan redup.

Pencahayaan Zen: Eksklusif dan redup


SARANAN PENGUBAHSUAIAN:-

->> Beli aksesori yang ringkas dan jika boleh berwarna putih, besi tahan karat atau hitam. Begitu juga tuala dan lain-lain kelengkapan.

Warna ringkas zen

->> Pastikan anda memilih rekaan hiasan kelengkapan seperti kepala paip, tombol pintu atau kemasan lantai yang kukuh dan bersifat Zen.

->> Jika anda perlu memilih tirai mandi, pilihlah daripada jenis polos.

->> Pencahayaan perlu kemas dan tidak keterlaluan.


No comments:

Post a Comment

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...