Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday 16 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri V)

O5. Pengaruh Klasik Dan Purba

Empayar Majapahit yang sangat terkenal dengan ukiran lagendanya cukup banyak memberi pengaruh kepada kita tentang dunia dewa-dewi. Ilham empayar lama seperti ini merupakan satu lagi idea yang boleh dicuba. Nilai romantisme kamasutra, hikayat Ramayana dan Sita Dewi antara elemen yang sinonim dengan pengaruh Hindu ini. Bagi mereka yang menyukai ukiran klasik atau purba, boleh mewujudkan kamar jakuzi anda laksana kolam bangsawan atau seindah kamar bersiram diraja.



# Mungkin agak keterlaluan jika anda mengadaptasi kembali gaya ukiran ini yang dianggap terlalu halus dan tidak sesuai dengan gaya masa kini. Pun begitu, anda boleh menjadikannya ala bahan artifak yang masih boleh diguna-pakai atau sekadar bahan hiasan.

Kemasan putih dan mewah


# Kemasan mewah dengan permukaan licin seperti marmar putih atau hitam sudah memadai untuk menyerlahkan konsep ini. Mainan cahaya ala 'wall washing' atau 'up light' perlu bagi menjadikan ukiran ini lebih menyerlah dan mencuri tumpuan. Laksana misteri yang tidak mungkin diselongkar.

Elemen Hiasan Klasik Purba

# Sebagai mana jakuzi lain, adalah lebih elok jika biarkan jakuzi ini pada kedudukan luar kediaman seperti di pinggir kolam atau ruang peribadi yang bebas daripada bumbung. 

Ruang Jakuzi yang privasi


# Pesona alam ini juga antara tarikan utama yang menampakkan sentuhan seni bin purba dikekalkan demi menikmati seni bersiram sejak dahulu kala.

Pesona Alam


SARANAN PENGUBAHSUAIAN:-

## Jika anda enggan membiarkan jakuzi terlalu kosong, cuba bina pergola dan biarkan tumbuhan memanjat menjalar di atasnya. Suasana redup dan tumbuhan menjalar juga boleh memberi bentuk visual yang cukup mengagumkan.

Kamar mandi di kawasan lapang berbumbung

## Bina aliran air yang terlindung umpama air mata air yang mengalir keluar melalui lubang di celah-celah artifak tersebut.

## Anda boleh membina kolah takungan atau biarkannya beberapa dalam dari paras bumi.


Haruman Diraja

Friday 15 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri IV)

O4. Penampilan Kontemporari

Kontemporari merupakan jalan selamat bagi mereka yang takut atau tidak pandao bermain dengan konsep. Bagi sesetengah pemilik kediaman, agak remeh jika ruang dihiasi pelbagai aksesori. Maka, gaya kontemporari yang lebih menjurus kepada fungsi dan diikuti dengan gaya sesuai dijadikan pilihan. Selalunya untuk menghidupkan penampilan kontemporari, setiap ruang mesti tampil ringkas, kemas dan amali. Pemilihan bahan polos dan dibina lurus perlu agar ruang kelihatan elegan dan bertaraf antarabangsa. Paduan kayu dan batu merupakan gabungan yang cukup menarik dan mempunyai pengaruh semula jadi. Pereka mengatakannya mirip kepada gaya Zen moden yang diperhalusi gaya dekorasinya. Adunan nilai antarabangsa dan moden menukar gaya Zen asli kepada yang lebih 'tenang' dan tidak keterlaluan.

-> Bahagikan aktiviti ruang jakuzi agar kebersihan ruang lebih terjaga.

-> Kekalkan adunan elemen alam semula jadi untuk menampilkan suasana kelihatan lebih elegan dan tenang.

Elemen Alam Semula Jadi digabungkan dengn Zen

-> Biarpun kedudukan ruang mandi agak terhad, tetapi masih lagi selesa.

Ruang mandi terhad tetapi selesa



-> Pemilihan batu kerikil Shanghai yang berwarna natural dan pencahayaan semula jadi yang sihat memberi rasa lebih luas. 

-> Pintu gelangsar kaca sebagai pemidang turut membantu mendapatkan kesan visual yang baik.

-> Perhatikan pemilihan basin empat segi yang mengulang kembali konsep 'segi' pada ruang penampilan kemas dan teradun mesra dengan ruang.

-> Material mewah marmar putih cukup elok dipadankan dengan kayu perang kemerah-merahan. Kepelbagaian ini juga antara suai padan yang menjadi trend.

-> Di belakang cermin muka disediakan ruang penyimpanan yang boleh menempatkan pelbagai barangan mandian dan ubat-ubatan.

-> Paling hebat adalah sistem pencahayaan yang begitu elegan dan pintar. Mainan cahaya di celah-celah struktur cermin muka sebenarnya merupakan salah satu langkah bijak. Suasana akan kelihatan lebih eksklusif dan redup.

Pencahayaan Zen: Eksklusif dan redup


SARANAN PENGUBAHSUAIAN:-

->> Beli aksesori yang ringkas dan jika boleh berwarna putih, besi tahan karat atau hitam. Begitu juga tuala dan lain-lain kelengkapan.

Warna ringkas zen

->> Pastikan anda memilih rekaan hiasan kelengkapan seperti kepala paip, tombol pintu atau kemasan lantai yang kukuh dan bersifat Zen.

->> Jika anda perlu memilih tirai mandi, pilihlah daripada jenis polos.

->> Pencahayaan perlu kemas dan tidak keterlaluan.


Thursday 14 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri III)

O3. Adaptasi Gaya Timur Tengah


Ramai yang tidak sedar, tradisi memanjakan diri telah lama bertapak di timur tengah iaitu Turki. Ia bukan sekadar menyapu buih sabun di badan, tetapi merangkumi rawatan dan urutan. Malah, lebih dikagumi adalah seni bina timur tengah yang telah berkurun lama dipertahankan serta menjadi identiti kepada dunia islam. Kehebatan jubin bersegi dan imbangan antara cahaya dan udara menjadi pemangkin kepada kestabilan reka bentuk seni binanya. Tambahan pula, air merupakan elemen penting di dalam Islam untuk bersuci dan sebagainya. Mungkin menjadi kelaziman bagi ramai orang mempunyai jendela yang begitu luas di kamar mandi atau jakuzi. Tetapi, anda sebenarnya masih mempunyai pelbagai cara untuk bermain dengan bukaan jendela.


Tradisi hiasan mewah timur tengah



+ Selalunya reka bentuk seni bina ala Timur Tengah banyak bermain dengan potongan bermotif bintang, heksagon, dan kemewahan bunga-bungaan.





++ Pilih tembikar kecil atau piring sabun mahu pun bekas berus gigi daripada bahan porselin yang berwarna-warni, sama ada bermotif flora atau geometri.

Tembikar pelbagai rona warna sebagai hiasan kamar mandi




+++ Tambahkan cermin muka yang agak besar dan berbingkai mewah bagi menggambarkan kemewahan istana Maharani.

Cermin: Menambah gaya mewah kamar mandi konsep timur tengah

++++ Ruang kamar jakuzi seperti ini boleh menempatkan pokok yang agak besar saiznya di dalam pasu bagi mewarnai lagi ruang dan menampakkan rasa semula jadi pada jakuzi.

Pohon Rimbun dan Besar sebagai elemen hiasan


+5 Selain fungsinya menyediakan ruang lebih indah dan merimbun, sekurang-kurangnya dapat menutup sedikit aktiviti yang berlaku di dalam kamar.


SARANAN PENGUBAHSUAIAN:-

oi. Gunakan kaca berkabut jika tidak mahu aktiviti anda di kamar mandi dapat dilihat dari luar.

Cermin Kabut, pemisah ruang dan pelindung privasi

oii. Kini, teknologi kaca boleh dilaraskan sama ada memilih jenis jernih (untuk menikmati pemandangan di luar) atau berkabut (untuk mendapatkan privasi).

oiii. Pilih bekas kaca berwarna (ikut berdasarkan konsep warna kamar mandi anda) untuk mengisi kelengkapan mandian seperti sabun, putik kapas, syampu, perapi, malah kelip atau barang kemas atau barang kemas sebelum mandi.

ov. Jangan lupa menempatkan bau-bauan kerana ia mampu membentuk pengaruh konsep kamar mandi sebagai mana yang diimpikan.

Wangian di kamar mandi





Jakuzi



Wednesday 13 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri II)

 O2. Aspirasi Kehidupan Desa 

Gaya Mewah Kedesaan


Mungkin ramai yang tidak berkesempatan merasa mandi di telaga, sungai mahu pun kawasan berparit. Kini, keseronokan mandi di telaga dirakamkan pada gaya yang lebih kontemporari pada kamar moden. Jika Jepun berbangga dengan gaya 'Zen' nya, tidak salah jika kita mengambil pengaruh tempatan dan cuba menjadikannya lebih komersil agar boleh dijadikan konsep yang lebih global.

@ Hijau adalah rona sinonim dengan pengaruh persekitaran tropika yang panas dan lembap. Hijau pada batu 'slate' juga boleh disimbolkan sebagai lumut yang acap kali boleh dijumpai di kawasan yang lembap seperti di telaga, pinggir batu sungai dan sebagainya.

@ Batu 'slate' juga melambangkan bentuk muka bumi tropika dan kawasan yang dijadikan tempat bersiram. Tambahan pula ia memberi pengaruh dingin dan menyegarkan.

Kemasan Lantai Jenis 'Slate'


@ Apa kata memilih jendela berpangsi agar mudah dilaraskan kadar pencahayaan dan menjadikan ruang lebih privasi.

@ Paling menarik, sudah pasti pemilihan kayu mewah dan mempunyai unsur rustik yang dapat menguatkan lagi mood atau karakter dekorasi. Umpama sebuah kamar mandi lama yang boleh dilihat pada kediaman agam era penjajah.

Kemasan Lantai Kayu : Menambah nilai rustik dalam unsur dekorasi


@ Nilai rustik ini bukan semua mampu menerimanya tetapi ia dianggap hebat kerana mempamerkan ciri-ciri rekaan yang berseri dan berkarakter.


 SARANAN PENGUBAHSUAIAN:- 

@};-- Untuk menghidupkan lagi suasana desa, jangan lupa memilih aksesori daripada bahan semula jadi seperti tempurung, upih dan tempayan yang diperbuat daripada tanah liat.

Penggunaan Aksesori Tempayan : Mewujudkan suasana desa


@};-- Produk seperti minyak mandian, atau produk kecantikan berdasarkan bahan asli juga dimasukkan ke dalam botol agar tampil lebih asli.

@};-- Bunga Hiasan seperti bunga melor boleh merangsang aroma kamar mandi atau jakuzi anda. Pokok seperti keladi atau daun pandan juga boleh dijadikan penyeri ruang bagi menguatkan lagi suasana di belakang rumah (ala taman Melayu).

Elemen Flora Dan Fauna : Penting untuk mewujudkan aspirasi dekorasi kedesaan

Tuesday 12 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri I)

Jakuzi merupakan satu ritual pembersihan diri pilihan mereka yang mahukan lebih daripada sekadar mandi. Gaya mandi urban ini menjadi satu aliran yang bukan sahaja merangsangkan diri, mendapatkan rehat yang lebih semula jadi dan merangsangkan kecantikan diri. Bagi yang kreatif, jutaan ilham jakuzi dilahirkan agar mendapat objektif fungsinya secara total. Saksikan kreativiti rekaan jakuzi yang boleh diadaptasikan di kamar mandi sendiri.


O1. Ilham Spa - Bersatu dengan ruang.



Apabila bercakap soal ruang ia bagaikan satu musuh di kalangan pemilik kediaman. Tidak sama ada kediaman banglo atau apartment, ruang kediaman kini agak mencabar untuk kita hiasi dengan gaya yang kita idamkan. Pun begitu, pereka sememangnya bersedia menyelesaikan masalah getir seperti ini. Bersatu dengan ruang merupakan jalan yang terbaik. Ringkas tetapi masih mengekalkan gaya mewah. Kita tidak dapat menolak unsur semula jadi sebenarnya menjadi pilihan kini kerana konsep kembali ke akar umbi sememangnya kuat mempengaruhi pemilik kediaman hari ini. Tambahan pula, gaya sebegini tidak akan jemu dipandang. Ini menguntungkan kita lantaran tidak perlu terlalu menurut aliran di luar sana.

Penataan rias ruang kamar mandian dan jakuzi dengan konsep spa

* Perhatikan kedudukan aras dinding dengan efek ruang lebih luas. Begitu juga pemilihan warna yang boleh disuai padan dengan apa sahaja aksesori terutama daripada jenis berwarna bumi.

** Kemasan dinding ala LIME STONE cukup indah dipandang dan sering menjadi rona pilihan menghiasi ruang spa. Karakter ronanya yang tenang juga antara salah satu faktor pereka memanggilnya rona spa.

*** Lakukan sedikit revolusi kemasan lantai. Batu kerikil bergilap merupakan alternatif kepada kemasan lantai. Lebih semula jadi dan mempamerkan garapan dekorasi yang lebih nyata.

**** Gaya dekorasi ini lebih eksotik jika dikenakan dengan suntikan pepohon hijau yang melambangkan persekitaran tropika lebih unik dan menyegarkan.

Elemen Alam Semula Jadi memainkan peranan dalam idea kamar mandi berkonsepkan spa


SARANAN PENGUBAHSUAIAN :-

*** Bagi tembok atau dinding, cuba bina struktur atau kekotak berbentuk para-para untuk menempatkan kelengkapan mandian seperti sabun, tuala dan sebagainya. Ia juga boleh dijadikan elemen hiasan pameran di kamar mandi.

** Selain kemasan sedondon, anda boleh memilih tekstur berbeza untuk tujuan berlainan. Ini bukan sahaja memberi pilihan sebagai variasi rekaan kepada ruang, tetapi menampilkan kematangan pereka menggunakan material yang sama dengan bentuk permukaan yang berbeza.

* Indahkan lantai jakuzi anda dengan batu kerikil bagi menjana kelancaran peredaran darah dan merangsangkan urat rasa di kaki. Tambahan pula suasana di kamar jakuzi kelihatan begitu semula jadi sekali.




Monday 11 July 2011

PERCUMA Tips: Info Kamar Mandi

* Kini kebanyakkan pemilik kediaman telah mula bersikap terbuka. Jika dahulu mempunyai bukaan yang agak besar dikatakan tradisi, kini tidak lagi.

* Ramai di kalangan pemilik kediaman yang lebih berani memilih bukaan tingkap yang lebih luas. Tetapi seandainya anda tidak mahu mengadakan bukaan yang keterlaluan, pastikan bukaan tingkap kamar mandi dibina pada ketinggian tujuh kaki pada bahagian cermin atas bingkai jendela. 

* Gunakan cermin, kaca berkabut atau berwarna jika mempunyai peruntukan lebih. Halakan kedudukan kaca secara serong agar visual dari dalam kamar mandi tidak akan kelihatan dari luar.


Cermin : Elemen dekorasi bagi kamar mandi



* Kamar mandi perlu direndahkan sedikit aras lantainya daripada ruang lain bagi menggelakkan air mandian melimpah ke ruang bersebelahan.

* Aras lantai kamar mandi perlu diturunkan sekitar 4" daripada aras lantai kamar lain.

* Pilih kemasan yang agak kesat atau kasar sedikit bagi mendapat geseran yang baik pada kaki. Ini penting terutama sekiranya anda berkongsi kediaman dengan warga emas.


Pilih kemasan lantai yang tidak licin untuk kamar mandi

Mozek



* Kamar mandi yang baik sewajarnya mempunyai susunan aksesori mesra ruang.


Susunan aksesori yang bersesuaian di kamar mandi


* Basin, mangkuk tandas dan pancuran mandi perlu disusun dengan bijak agar tidak terjadinya kemalangan dan pergerakan anda akan lebih selesa.





Susunan basin, mangkuk tandas dan pancuran mandi perlu bersesuaian dengan keluasan ruang kamar mandi

* Biasanya, mangkuk tandas akan ditempatkan di hujung kamar kerana ia hanya digunakan pada waktu tertentu.

* Manakala basin, pula ditempatkan pada pinggir pintu masuk kerana saiznya yang kecil dan kerap digunakan untuk aktiviti di dalam kamar mandi seperti menggosok gigi, bersolek dan membelek wajah.

* Bagi kedudukan aksesori kamar mandi seperti bekas tisu tandas, pastikan kedudukannya pada bahagian kiri mangkuk tandas. Jarak kedudukan bekas tisu tandas pula adalah daripada jarak 2 kaki 9 inci sehingga 3 kaki tinggi dari aras lantai.

* Manakala kedudukan dari dinding sewajarnya sesuai untuk dicapai tangan ketika duduk di mangkuk tandas. 

* Bagi tandas versi 'Malaysia' paip air untuk tujuan cucian perlulah diletakkan pada kanan mangkuk tandas.

* Sekiranya ingin membina kabinet atau kaunter pada basin, pastikan bahagian ruang simpanan bawah tidak mencecah lantai kamar mandi.

* Tinggikan aras kabinet sekitar 1'6" - 9" tinggi agar tidak basah dan reput terkena air.

* Daripada aspek ruang simpanan, jika boleh elakkan memilih kabinet berpintu kerana mengganggu aktiviti di dalam kamar mandi dan juga faktor saiz ruang. Paling tidak, anda dapat melihat di mana lokasi peralatan kelengkapan harian seperti syampu, tuala dan sebagainya.

* Kemasan dinding seelok-eloknya disediakan secara minimum 5 kaki dari aras lantai.

* Anda boleh memilih jubin yang lebih licin dan mudah dicuci. Susunan ala potongan berlian selalunya akan tampak lebih eksklusif biar pun hanya menggunakan jubin polos.

Sunday 10 July 2011

Tahukah anda : Kayu

Kayu merupakan sejenis bahan yang pelbagai kegunaan. Antara kegunaan kayu adalah:

  • Sebagai bahan binaan – kayu digunakan untuk membuat tiang, lantai, rasuk, dinding bangunan, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.
  •  Sebagai bahan perabot.
  • Untuk pembungkusan – secara ringan atau berat.
  •  Untuk membuat alatan dan pemegang.
  • Sebagai bahan laritan (turnery) dan patung permainan.
  • Dijadikan venir, papan lapis dan papan gantian.


Selain daripada itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan kertas dan sebagai bahan mentah dalam penghasilan alkohol kayu, arang, turpentine dan lain-lain lagi.

Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport kayu yang terkenal di dunia. Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk kegunaan bahan binaan mahupun bahan untuk membuat perabot dan kegunaan lain. Jenis-jenis kayu yang lazimnya digunakan ialah:

1. Kumpulan kayu keras yang berat:
  cengal, balau/ selayan batu, kekatong, merbau, tembusu dan      resak.

2. Kumpulan kayu keras yang sederhana berat: 
   kapur, kempas, keruing dan tualang.

3. Kumpulan kayu keras yang ringan: 
   jelutung, meranti, nyatoh, ramin, sepetir dan kayu getah.

4. Kayu lembut:
   damar minyak.


Ciri-ciri dan kegunaan kayu.



Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...