Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Tuesday 12 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri I)

Jakuzi merupakan satu ritual pembersihan diri pilihan mereka yang mahukan lebih daripada sekadar mandi. Gaya mandi urban ini menjadi satu aliran yang bukan sahaja merangsangkan diri, mendapatkan rehat yang lebih semula jadi dan merangsangkan kecantikan diri. Bagi yang kreatif, jutaan ilham jakuzi dilahirkan agar mendapat objektif fungsinya secara total. Saksikan kreativiti rekaan jakuzi yang boleh diadaptasikan di kamar mandi sendiri.


O1. Ilham Spa - Bersatu dengan ruang.



Apabila bercakap soal ruang ia bagaikan satu musuh di kalangan pemilik kediaman. Tidak sama ada kediaman banglo atau apartment, ruang kediaman kini agak mencabar untuk kita hiasi dengan gaya yang kita idamkan. Pun begitu, pereka sememangnya bersedia menyelesaikan masalah getir seperti ini. Bersatu dengan ruang merupakan jalan yang terbaik. Ringkas tetapi masih mengekalkan gaya mewah. Kita tidak dapat menolak unsur semula jadi sebenarnya menjadi pilihan kini kerana konsep kembali ke akar umbi sememangnya kuat mempengaruhi pemilik kediaman hari ini. Tambahan pula, gaya sebegini tidak akan jemu dipandang. Ini menguntungkan kita lantaran tidak perlu terlalu menurut aliran di luar sana.

Penataan rias ruang kamar mandian dan jakuzi dengan konsep spa

* Perhatikan kedudukan aras dinding dengan efek ruang lebih luas. Begitu juga pemilihan warna yang boleh disuai padan dengan apa sahaja aksesori terutama daripada jenis berwarna bumi.

** Kemasan dinding ala LIME STONE cukup indah dipandang dan sering menjadi rona pilihan menghiasi ruang spa. Karakter ronanya yang tenang juga antara salah satu faktor pereka memanggilnya rona spa.

*** Lakukan sedikit revolusi kemasan lantai. Batu kerikil bergilap merupakan alternatif kepada kemasan lantai. Lebih semula jadi dan mempamerkan garapan dekorasi yang lebih nyata.

**** Gaya dekorasi ini lebih eksotik jika dikenakan dengan suntikan pepohon hijau yang melambangkan persekitaran tropika lebih unik dan menyegarkan.

Elemen Alam Semula Jadi memainkan peranan dalam idea kamar mandi berkonsepkan spa


SARANAN PENGUBAHSUAIAN :-

*** Bagi tembok atau dinding, cuba bina struktur atau kekotak berbentuk para-para untuk menempatkan kelengkapan mandian seperti sabun, tuala dan sebagainya. Ia juga boleh dijadikan elemen hiasan pameran di kamar mandi.

** Selain kemasan sedondon, anda boleh memilih tekstur berbeza untuk tujuan berlainan. Ini bukan sahaja memberi pilihan sebagai variasi rekaan kepada ruang, tetapi menampilkan kematangan pereka menggunakan material yang sama dengan bentuk permukaan yang berbeza.

* Indahkan lantai jakuzi anda dengan batu kerikil bagi menjana kelancaran peredaran darah dan merangsangkan urat rasa di kaki. Tambahan pula suasana di kamar jakuzi kelihatan begitu semula jadi sekali.




No comments:

Post a Comment

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...