Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday 6 August 2011

Tahukah Anda? : Faktor-faktor Pemilihan Sistem Pendawaian Elektrik

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi Sistem Pendawaian Elektrik adalah seperti yang berikut:


(a) Jenis Pembinaan Bangunan - bagi menentukan penghalaan pendawaian, ikatan dan penamatan.

(b) Kebolehlenturan Kepada Sistem - boleh menukar kedudukan bagi peralatan dan penghalaan seperti mesin dan juga bangunan sementara.

(c) Suhu Ambien - mengambil kira jenis pemasangan jika di dalam bilik dandang atau pemasangan perawatan haba.

(d) Kaedah Pemasangan - perlindungan ke atas keperluan kemungkinan berlaku kerosakan mekanikal dan ketinggian tempat bekerja.

(e) Kekemasan Pemasangan - mengenal pasti sama ada pemasangan sesuai secara sistem pendawaian permukaan atau pendawaian tersembunyi.

(f) Ketahanlasakan - jangka tempoh hayat pemasangan.

(g) Ekonomi - kos keseluruhan sesuatu pendawaian dan kemampuan pembiayaan kewangan.

(h) Aspek Keselamatan - laluan penghalaan pemasangan mengambil kira situasi dan keadaan yang dapat menghindarkan daripada kemungkinan bahaya.

Ambil kira aspek keselamatan dalam pemilihan pendawaian elektrik

Bagi pemasangan sistem pendawaian kekal, pendawaian hendaklah mengambil kira segala aspek perlindungan daripada kerosakan mekanikal, haba, api, unsur-unsur kekaratan ke atas pendawaian dan sebagainya.

Maklumat berkaitan dengan pemilihan saiz kabel, jenis penebatan, sarung dan kaedah sistem yang patut digunakan, kadaran arus yang dibenarkan dan kadaran voltan susut diberikan dalam Jadual Pendawaian Peraturan Pemasangan.

Friday 5 August 2011

PERCUMA: Tips Pembelian Bijak Perabot Kayu

Menghias kediaman menggunakan perabot kayu tidak semudah yang disangka. Banyak perkara penting perlu difikir dan dipertimbangkan agar pembelian itu setimpal dengan harga, kualiti dan penggunaannya. Terdapat banyak model perabot kayu untuk ruang tamu, ruang makan, kamar tidur  dan laman sedia untuk dipilih. Namun, sejauh manakah pengetahuan anda terhadap kaedah pembelian yang terbaik? Untuk itu fahami ringkasan tips pembelian bijak perabot dari jenis kayu ini.

1. Model perabot kayu turut merujuk kepada kombinasi bahan tambahan lain. Kebiasaannya ia menggunakan logam, plastik dan kaca untuk menimbulkan karakter sesebuah model perabot, seterusnya mempengaruhi ketahanan dan penetapan harga.

Rak Hiasan Kayu

2. Terdapat dua kategori kayu untuk dijadikan perabot iaitu kayu keras dan lembut. Definisi kayu keras atau 'hardwood' merujuk kepada pokok yang hidup di kawasan bermusim seperti kayu maple, cherry, oak, ash, jati manakala kayu lembut atau 'softwood' merujuk kepada pokok yang sentiasa berdaun seperti cedar, pine, getah, rotan dan sebagainya. 

Set Sofa Kayu Padu (Hardwood)

3. Teknik Buatan. Beberapa lapisan pelbagai jenis kayu mungkin digunakan untuk menghasilkan perabot. Sebagai contoh 'solid mahagoni' bermaksud bahagian permukaan perabot yang terdedah diperbuat daripada kayu keras manakala bahagian dalamnya menggunakan mampatan serbuk kayu atau jenis lain.

4. Perabot mahal biasanya diperbuat daripada kayu padu berkualiti tinggi. Contoh terbaik ialah perabot jati tulen. Perabot berharga sederhana mempunyai kombinasi pelbagai jenis kayu.

Set Meja Makan

5. Perabot bervenir memperlihatkan keindahan kemasan perabot. Venir merupakan teknik menyapu lapisan larutan kilatan di atas permukaan perabot. Suatu ketika dahulu perabot venir sangat mahal untuk dimiliki tetapi tidak pada hari ini. Venir memastikan kualiti perabot terjaga baik dan mencantikkan kehadiran ira kayu.

6. Ukiran dan cetakan menggunakan teknologi moden berjaya menghasilkan kayu seakan-akan bervenir. Kaedah ini lebih murah dan membantu menghasilkan perabot pada harga tawaran yang murah daripada kayu asli bervenir. Jika anda mempunyai peruntukan yang sederhana tanyakan kepada penjual tentang perkara ini.

7. Kemasan. Sentuhan terakhir sangat penting sebagai proses penyudah mencantikkan lagi perabot. Perabot yang mahal mempunyai beberapa lapisan pelindung yang disapu pada permukaan kayu perabot seperti minyak, lekar dan cat khas. Kemasan akan mempelbagaikan keadaan penampilan perabot sama ada untuk kelihatan rata, licin, kasar dan sofistikated.

8. 'Distressing'. Ini merupakan teknik khas menjadikan perabot baru kelihatan lama dan rustik. Kayu tersebut akan diketuk atau ditalu. Kesan ketukan dan taluan ini mampu mengurangkan kesan cap jari atau calar serta sangat sesuai digunakan dalam ruang yang kerap digunakan.

Perabot yang dikenakan kemasan 'distressing'

9. Kemasan bercat merupakan antara kaedah kemasan akhir yang juga popular. Perabot yang bercat ini berharga agak mahal sedikit kerana banyak langkah pengemasan terpaksa dilakukan. Cat kebiasaannya akan memperlihatkan sebarang kecacatan pada kayu. Oleh itu, proses mengecat ini perlu dilakukan secara berhati-hati sehingga memperolehi kemasan yang baik.

Set Kamar Tidur Kayu 

10. Pintu dan laci pada kedudukan yang tepat. Seringkali perabot yang kurang berkualiti mempunyai kedudukan laci yang ketat ketika ditarik keluar dan masuk kerana kedudukan yang tidak betul.

11. Laci dilengkapi sistem peluncur yang baik bagi memastikan ia mudah bergerak ketika membuka dan menutupnya.

12. Laci mempunyai panel anti-habuk. Panel ini dapat menhalang habuk yang akan merosakkkan kelancaran proses membuka dan menutup laci serta memburukkan penampilan perabot.

13. Setiap bucu laci dengan kemas dan tepat.

14. Ruang dalam laci haruslah licin dan bebas daripada kesan-kesan kasar. Permukaan kesat menyebabkan barang yang disimpan menjadi rosak atau bercalar.

15. Rak yang panjang memerlukan sokongan atau tonggak dibahagian tengah agar kedudukannya lebih kukuh.

Rak Buku Kayu Padu

16. Daun pintu untuk almari, kabinet hiasan, televisyen dan sebagainya tidak mengeluarkan bunyi bising ketika dibuka atau ditutup.

17. Daun pintu perabot haruslah dilengkapi engsel yang tegap dan kuat.

18. Pastikan perabot yang dibeli mempunyai kemasan tepi yang licin dan rata.

19. Lampu hiasan dalaman kabinet dan almari berfungsi dengan sempurna ketika daun pintu dibuka dan ditutup.

20. Unit Perabot untuk sistem audio dan visual seperti kabinet televisyen perlu mempunyai lubang yang betul dan mencukupi agar wayar sambungan dan barangan elektrik dan soket berada pada kedudukan praktikal.

Rak Audio Visual

21. Perabot perlu seimbang di bahagian bawah atau kakinya agar tidak senget atau tidak seimbang.

Gobok Kayu Padu

Thursday 4 August 2011

PERCUMA: Tips Mudahkan Kerja Di Dapur

Kaedah Susunan Barang Bagi Mudahkan Kerja Di Dapur

01. Susun atur botol rempah yang telah berlabel mengikut susunan abjad.

Label bekas simpanan rempah

02. Masukkan makanan dalam kotak atau bungkusan plastik ke dalam bekas kaca atau plastik telus. Menyimpan makanan di dalam bekas telus ini memudahkan anda melihat bilakah masanya bekalan makanan tersebut hampir habis dan perlu untuk dibeli baru.

03. Pilih bekas berbentuk empat segi berbanding bujur atau bulat. Anda akan memakan banyak ruang penyimpanan jika menggunakan bekas bujur dan bulat.

Bekas empat segi lebih praktikal dan menjimatkan ruang

04. Pertimbangkan menyimpan semua jenis serbuk atau larutan pencuci dan sarung tangan dalam kabinet yang terletak di atas singki. Anda tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil barang keperluan ini.

05. Bandingkan kaedah susunan menyimpan barang seperti biskut, papan pemotong, dan sebagainya secara menegak atau melintang. Susunan cara ini lebih menarik lagi jika anda meletakkan begitu sahaja di kaunter bekerja.

Pilih cara susunan bekas yang betul

06. Senaraikan barang-barang keperluan dapur. Sentiasa senaraikan barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan gunakan pelekat bermagnet yang menarik di peti sejuk. Cara ini membolehkan ahli keluarga lain menulis barang keperluan mereka juga.

Pelekat magnet : Hiasan dan medium pelekat senarai bahan keperluan

07. Gunakan kertas khas atau kertas minyak untuk makanan agar mudah melekat pada bekas pembakar. Dengan itu anda tidak membasuhnya terlalu kerap dan menjimatkan masa.

08. Kumpulkan barang dapur mengikut kategori - bijirin, bahan-bahan memasak kek dan biskut, rempah, pasta, sos dan sebagainya. Letakkan barang yang telah dikategorikan pada rak atau laci yang sama.

Kumpulkan barangan dapur mengikut kategori
09. Sebelum anda mengisi semula garam atau rempah tertentu dalam bekas atau botol khas, pastikan anda menutup lubang-lubang halus dengan sellotape agar garam atau serbuk yang sedang di tuang tidak keluar dari lubang-lubang ini.

10. Apabila menyediakan hidangan utama, pastikan anda menyediakan bahan-bahannya dua kali ganda banyak dan simpan sebahagiannya dalam peti sejuk. Cara ini dapat menjimatkan masa penyediaan makanan kali kedua.


Wednesday 3 August 2011

PERCUMA: Tips Pembinaan "Pulau" Di Ruang Dapur

Pemilik banglo atau 'penthouse' mempunyai kelebihan ruang dapur yang luas. Ini mengizinkan kehadiran 'island' atau pulau. Bagaimanapun, bagi pemilik apartmen sederhana rendah sekalipun, masih ada ruang untuk mewujudkan pulau ini. Secara ringkasnya pulau dapur bermaksud ruang bekerja tambahan seperti sebuah meja yang diletak di tengah-tengah ruang dapur.

Kedudukannya yang sangat statik membantu melancarkan aktiviti penyediaan makanan. Bukan sahaja penampilan yang cantik serta keluasan kaunter pulau yang selesa, ia turut dilengkapi tempat penyimpanan dan kelengkapan sempurna.

Binaan pulau di dapur pelengkap kepada kabinet dapur anda.

Jadikan 'pulau' sebagai tempat bekerja yang selesa:

1. Bucu kaunter perlu dibuat melengkung agar tidak membahayakan kanak-kanak.
2. Pastikan soket diletakkan di bahagian sisi tepi pulau bukannya di permukaan kaunter bekerja.
3. Singki tahan karat amat digalakkan  kerana ketahanannya terhadap air serta mudah dibersihkan.
4. Tempat penyimpanan yang luas membolehkan banyak barang diletakkan di dalamnya bagi mengelakkan keadaan dapur bersepah. Sebaiknya, cari sistem laci yang boleh tertutup rapat secara sendiri.

Penyediaan tempat penyimpanan yang mencukupi bagi mengelakkan barang berserakan di dapur bekerja anda. 

5. Pemegang laci yang panjang dan besar memberi keselesaan untuk membukanya.
6. Tungku binaan dalam berasaskan kaca dan berpermukaan rata adalah disyorkan jika anda ingin melakukan aktiviti memasak di pulau.
7. Pastikan jarak antara pulau dan sistem kabinet sedia ada dalam jarak antara 90cm hingga 105cm untuk memudahkan pergerakan atau membuka pintu pulau.

Sediakan ruang pergerakan yang bersesuaian di sekeliling pulau untuk sebarang aktiviti di dapur 


8. Pulau mudah disuaipadankan dengan sistem kabinet sedia ada mengikut pilihan bahan atau boleh juga pulau yang kontras dengan sistem yang sedia ada.

Binaan pulau yang disuaipadankan dengan kabinet sediada.

Tuesday 2 August 2011

PERCUMA: Tips Jurai: Antara Fungsi dan Penambah Seri

Mungkin ramai yang mula sedar bahawa penggunaan jurai semakin popular kebelakangan ini. Adakah ia satu fesyen dan di sudut manakah jurai sesuai dan praktikal digunakan di kediaman anda?

Juraian Kristal

Tidak dinafikan kini kediaman yang disediakan oleh pemaju lebih sempit dan sendat baik dari segi keluasan ruang mahupun fungsinya. Ruang makan dan ruang tamu disatukan tanpa ada dinding pemisah. Bagaimana untuk memisahkah antara dua ruang ini tanpa membina tembok penghalang? Kebanyakkan kita gemar menjadikan meja konsol sebagai pagar pemisah. Ada juga yang memilih sofa. Bagaimanapun, pengunaan jurai sebagai pemisah juga harus diberi perhatian kerana ia boleh memberikan gaya yang berbeza kepada keseluruhan tata hias dalaman kediaman.

Juraian Buluh Dengan Rekaan Grafik

Bagaikan dekorasi pada era 60-an dan zaman Hippies. Tetapi, generasi hari ini bertuah kerana dapat memilih jurai pelbagai karakter sebagai pemidang antara dua ruang dan penghias tingkap mahupun pintu. Di pasaran juga telah banyak menyediakan jurai daripada pelbagai material. Karakter kartun, bebola kristal, kayu, rotan dan berimej grafik antara jenis jurai yang paling mendapat sambutan. Ia dilihat sebagai satu gaya yang praktikal dalam mengasingkan dua ruang tanpa memerlukan belanja yang banyak. Pun begitu, awas dalam memilih jurai. Tersalah gaya, kediaman anda akan kelihatan tidak keruan. Ini kerana setiap jurai mempunyai pengaruh yang kuat dalam menyokong konsep. Jangan terlampau banyak. Pasti akan kelihatan unik dan eksklusif.

Juraian Buluh Polos

Jurai boleh di dapati daripada 3' (tiga) sehingga 7' (tujuh) kaki labuh. Ini memberi kesan untuk anda melaraskannya di mana juga.  Sekiranya ada kenduri, majlis keramaian dan lain-lain, ia boleh diikat atau digantung. Jadi, pemilik boleh mendapatkan saiz ruang yang besar dalam sekelip mata. Ia juga membenarkan cahaya sampai ke ruang makan. Mewujudkan satu kawasan tersendiri secara tidak rasmi. Ruang tamu juga tidak akan kelihatan kaku dengan penggunaan material yang sebegini.



Juraian Dengan Lukisan

Monday 1 August 2011

Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources

Jenis Kerja Yang Dijalankan KERJA-KERJA PENGUBAH SUAIAN RUMAH DAN RENOVASI DI RUMAH EN. ZULKEPLEE, TAMAN SUTERA, KAJANG.

Tarikh Kerja Dilaksanakan 11 JUN 2011 SEHINGGA 09 JULAI 2011

Tempoh Kerja Dilaksanakan : 26 HARI



EMES Engineering Resources telah melaksanakan:
 Kerja-kerja Pengubah-suaian dan Renovasi kediaman di Jalan Sutera 2/3d, Taman Sutera, Kajang

Senarai kerja yang telah dilaksanakan adalah seperti yang berikut:


Hasil kerja yang kami berikan memuaskan hati klien kami dan kami amat berbesar hati jika anda menghubungi kami untuk mendapat khidmat dan kepakaran kami. Sila hubungi EMES Engineering Resources untuk sebarang pertanyaan lebih detil mengenai kerja pengubahsuaian dan juga kami memberikan perkhidmatan Sebut harga secara percuma kepada bakal-bakal klien kami.

GAMBAR KERJA-KERJA SIAP: 


























GAMBAR-GAMBAR PROSES PELAKSANAAN KERJA.


Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...