Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday 11 June 2011

PERCUMA: Keselamatan Di Tempat Kerja Pembinaan



KESELAMATAN DIRI SENDIRI.

Objektif yang utama dalam urusan keselamatan ialah mencegah kecederaan dan kehilangan nyawa. Oleh sebab itu, keselamatan diri sendiri patutlah diutamakan. Perkara-perkara yang harus diambil berat untuk menjaga keselamatan diri sendiri adalah seperti berikut:

a. Menjaga Kesihatan Diri Sendiri

Kesihatan merupakan faktor yang penting dalam menguruskan kerja dengan selamat. Jika seseorang pekerja kurang sihat atau uzur, dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam apa yang dilakukan. Kesihatan dari segi fizikal ialah tubuh badan pekerja, oleh itu seseorang pekerja mestilah cukup makan supaya tidak mengalami sebarang keuzuran. Kesihatan rohani pula hendaklah dikawal dari segi fikiran pekerja, tidak marah, tidak sedih atau berangan-angan semasa bekerja.

Pekerja mestilah sihat fizikal dan rohani


b. Displin Semasa Bekerja

Displin adalah satu perkara yang sangat penting semasa bekerja. Arahan dan peraturan yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi dan selalu berwaspada. Jangan sekali-kali melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti menyimpan alat-alat tajam dalam saku, membiarkan paku yang telah digunakan berselerak, membuang sampah merata-rata dan sebagainya.

Pendek kata, berdisplin bermakna menanamkan tabiat-tabiat yang positif dalam kerjanya seperti menjaga kebersihan, mematuhi peraturan bekerja dan bekerjasama dengan pekerja lain. Tabiat yang positif dan sihat selalunya mengurangkan kemalangan serta meningkat produktiviti.

Bekerja dengan displin dan berdedikasi

c. Pengetahuan

Sebelum melakukan sesuatu kerja, pekerja haruslah memahami bahan-bahan yang dikerjakan dan juga alat atau mesin yang digunakan. Tindak balas bahan-bahan terutamanya bahan-bahan kimia boleh mendatangkan kemalangan yang teruk begitu juga alat-alat teknologi tinggi.

Berpengetahuan dalam bekerja

d. Pakaian

Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh adalah punca kemalangan. Kasut atau but keselamatan yang mengandungi kepingan keluli di bahagian hadapannya adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan kaki. Capal dan sandal tidak harus dipakai semasa bekerja di tapak pembinaan atau bengkel.

Pakaian Keselamatan Di Tempat Kerja

e. Perlindungan Mata

Apabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada mata seperti mengimpal atau mencanai, cermin mata keselamatan (safety goggle) atau pelindung muka hendaklah dipakai.

Goggle Keselamatan


f. Perlindungan Kepala

Topi keledar hendaklah dipakai apabila berada di kawasan pembinaan terutamanya dalam pembinaan bangunan yang bertingkat-tingkat kerana barang-barang dari tingkat atas sering terjatuh ke bawah. Dengan memakai topi keledar, kecederaan kepada kepala dapat dikurangkan.

Topi Keselamatan

g. Perlindungan Tangan

Sarung tangan dapat melindungi tangan daripada sebarang kecederaan, lebam, terbakar oleh bahan kimia dan sebagainya. Apabila membuat kerja-kerja seperti membentuk batang keluli , memindahkan bata dan sebagainya hendaklah memakai sarung tangan. Akan tetapi, jangan guna sarung tangan apabila bekerja dengan mesin yang bergerak seperti mesin canai dan mesin pelarik kerana sarung tangan mungkin tersangkut pada mesin dan mengakibatkan kemalangan.

Sarung Tangan Keselamatan


h. Tali Pinggang Keledar

Apabila bekerja di tempat yang tinggi, seseorang pekerja itu hendaklah memakai tali pinggang keledar supaya dapat mengelakkan daripada terjatuh. Kaedah ini sangatlah mustahak kerana mengikut statistik, kebanyakan kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan ialah pekerja terjatuh dari tempat tinggi.


Tali Pinggang Keselamatan



KESELAMATAN ORANG LAIN

Apabila sesuatu kerja dijalankan, keselamatan rakan sekerja dan orang lain yang berdekatan mestilah dipertimbangkan. Kawalan seperti berikut hendaklah dibuat:

a. Isyarat Dan Tanda Amaran

Isyarat dan tanda amaran hendaklah dipamerkan dengan terang pada tempat-tempat yang strategik di kawasan pembinaan supaya dapat dilihat oleh orang ramai.

Papan Tanda Keselamatan

b. Pagar Kawasan Pembinaan

Kawasan pembinaan yang merbahaya seperti pengorekan peparit, pembinaan acuan yang tinggi, tempat menyimpan bahan-bahan, jentera dan sebagainya mestilah dipagarkan di sekelilingnya untuk mencegah orang ramai masuk ke kawasan ini.

Pagar Keselamatan Di Tapak Pembinaan (Hoardings)

c. Memasang Jaring

Bagi pembinaan bangunan yang tinggi, jaring perlu dipasangkan di bahagian bawah, biasanya atas tingkat pertama atau tingkat kedua, di sekeliling bangunan untuk menahan bahan-bahan yang terjatuh dari atas.

Pemasangan Jaring Keselamatan Di Tapak Pembinaan

d. Kawalan Pada Alat Dan Jentera Yang Rosak

Sebarang alat, jentera atau perkakas lain yang rosak hendaklah disimpan atau dibaiki. Tanda amaran hendaklah dipamerkan dengan jelas jika alat-alat tersebut tidak dapat disimpan. Laporan kerosakan mestilah dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab dengan serta-merta.

Penyelenggaraan Jentera Rosak

Friday 10 June 2011

Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources

Jenis Kerja Yang Dijalankan: MEMBAIK PULIH DINDING RETAK, MENGECAT, MEMBINA 'TABLE-TOP', KERJA ELEKTRIK DAN KERJA PERPAIPAN DI APARTMENT SRI RIA, SUNGAI CHUA, KAJANG

Tarikh Kerja Dilaksanakan: 9 MEI 2011 - 20 MEI 2011


EMES Engineering Resources juga melaksanakan kerja-kerja pembaikan kerosakan di kediaman anda. Kerja-kerja seperti membaik pulih keretakan di dinding, mengecat, mengganti atau membina table top baru, termasuklah kerja-kerja pembaikan pendawaian elektrik dan juga kerja pembaikan sistem perpaipan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut dan masalah kerosakan di kediaman anda akan kami selesaikan. Semestinya kami memberikan jaminan kualiti kerja yang bermutu tinggi pada kadar harga yang berpatutan. Akhir kata, kami menyediakan servis yang pastinya "Best Value For Money"





Thursday 9 June 2011

Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources

Jenis Kerja Yang Dijalankan: KERJA-KERJA MENUKAR JUBIN (TILES) LAMA DI ANJUNG RUMAH EN. RAVINDREN, DI COUNTRY HEIGHT, KAJANG

Tarikh Kerja Dilaksanakan: 22 May 2011


Bosan dengan kemasan lantai anda yang sedia ada? Bercadang membuat pengubahsuaian dan menggantikan kemasan lantai anda kepada suasana yang baru dan ceria? Hubungi kami di EMES Engineering Resources untuk melaksanakan kerja-kerja penukaran kemasan lantai anda yang lama. Semestinya kami memberikan jaminan kualiti kerja yang bermutu tinggi pada kadar harga yang berpatutan!











Wednesday 8 June 2011

Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources

Jenis Kerja Yang Dijalankan: MEMBAIK PULIH RUMAH, PENDAWAIAN ELEKTRIK, PEMASANGAN KOTAK FIUS AGIHAN BARU (D.B BOARD) DAN KERJA-KERJA MENGECAT DI RUMAH EN. KAUTHAR, PANDAN INDAH

Tarikh Kerja Dilaksanakan: 05 May 2011



Kami,  EMES Engineering Resources melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dan baik-pulih rumah, pendawaian elektrikal, kerja-kerja pemasangan kotak fius agihan (D.B Board) dan kerja-kerja mengecat kediaman.  Untuk mendapatkan khidmat yang terbaik dan semestinya 'BEST VALUE FOR MONEY' hubungi kami segera.











Tuesday 7 June 2011

Tahukah Anda? : Simen

Simen adalah sejenis bahan buatan yang dihasilkan dengan membakar campuran campuran batu kapur dan tanah liat. Bahan ini mempunyai dua sifat utama iaitu sifat lekatan dan lekitan. Sifat-sifat ini membolehkan simen bertindak sebagai bahan pengikat yang baik bagi mengikat batu-bata dalam kerja pembinaan tembok dan juga mengikat batu-batu baur untuk membentuk satu jasad konkrit yang padu dan kuat.


Simen


Berdasarkan sifat-sifat dan kandungan bahan kimianya, simen boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:


a. Simen Portland Biasa

Nama portland diberikan kepada simen jenis ini kerana warnanya sama dengan sejenis batu yang terdapat di Portland, satu tempat di England. Simen jenis ini banyak dihasilkan oleh kilang-kilang tempatan kerana kegunaannya paling meluas, baik untuk bancuhan konkrit mahupun untuk kerja-kerja melepa dan menerap batu-bata.

Bahan-bahan mentah untuk menghasilkan simen portland biasa adalah tanah liat dan batu kapur. Serbuk gipsum sebanyak 1-3% dicampurkan ke dalam simen ini semasa simen ini dihasilkan untuk memanjangkan masa pengerasannya. Jangka masa pembekuan awal bagi simen ini hendaklah tidak kurang daripada 30 minit dan jangka masa pembekuan muktamadnya pula tidak melebihi 10 jam. Simen portland biasa mengandungi bahan-bahan berikut:



Kedudukan simen portland biasa (diuji pada hari ketujuh) hendaklah tidak kurang daripada



b. Simen Cepat Keras

Komposisi simen ini adalah sama dengan simen portland biasa kecuali zarahnya lebih halus menyebabkan ia mencapai kekuatannya dengan lebih cepat. Kekuatannya yang dicapai pada tempoh umur 4 hari adalah lebih kurang sama dengan kekuatan yang dicapai oleh simen portland biasa yang berumur 28 hari. Jangka masa membeku bagi kedua-dua simen ini adalah lebih kurang sama. Kelebihan simen cepat keras berbanding dengan simen portland biasa ialah dalam pembinaan struktur konkrit, acuan konkrit boleh ditanggalkan lebih awal dan anggota struktur tersebut boleh dibebankan dengan lebih awal untuk pembinaan selanjutnya. Simen ini adalah lebih mahal tetapi sangat berguna terutama bagi membuat kerja-kerja pembaikan.


c. Simen Cepat Membeku

Simen ini mula membeku pada kadar 5 minit selepas dibancuh dengan air dan boleh mengeras dalam tempoh 30 minit. Sifat cepat membeku ini memberi jangkamasa yang singkat untuk membancuh, mengalih dan memampatkan konkrit. Oleh sebab itu, pengendalian yang cekap diperlukan di tapak binaan. Penggunaan simen ini secara amnya adalah digunakan khas untuk membuat kerja dalam air yang mengalir.

Walaupun simen jenis ini cepat membeku, kadar pengerasannya pula sama dengan simen portland biasa. Konkrit yang dihasilkan dengan simen ini hendaklah dikawal dengan rapi dan pengawetan hendaklah dimulakan sebaik sahaja konkrit membeku.


d. Simen Putih

Sifat dan kandungan bahan-bahan kimia simen putih adalah sama dengan simen portland biasa kecuali warnanya. Simen putih dihasilkan dengan menggunakan bahan mentah yang terpilih, iaitu batu kapur yang tulen dan tanah liat kaolin (China Clay). Dalam proses pembakaran, kawalan rapi hendaklah diambil untuk memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan tidak terkena bekas besi atau keluli untuk mengelakkan pengoksidaan kerana sebarang pengoksidaan dengan besi atau keluli menghasilkan warna. Oleh itu, relau pembakaran untuk menghasilkan simen putih hendaklah dilapikkan dengan batu-bata tahan api pada permukaan sebelah dalamnya dan pembakaran dilakukan dengan minyak sebagai bahan bakar, menggantikan arang batu.

Simen putih digunakan dalam kerja-kerja kemasan seperti pemasangan terazzo, melepa dan sebagainya.


e. Simen Berwarna

Simen berwarna ini diperolehi dengan mencampurkan 5% - 10% bahan pewarna kepada simen portland biasa atau simen putih bergantung kepada warna yang dikehendaki. Bahan pewarna yang boleh digunakan untuk menghasilkan warna adalah seperti yang berikut:




Simen berwarna digunakan untuk melepa, membuat terazzo, merekatkan jubin-jubin dan sebagainya yang memerlukan warna yang tertentu.


f. Simen Berhaba Rendah

Simen ini mempunyai sifat yang tersendiri, iaitu kenaikan suhunya semasa membeku adalah lebih rendah dibandingkan dengan simen portland biasa. Sifat ini membolehkan simen ini digunakan untuk pembinaan struktur konkrit yang berjasad besar seperti empangan, tembok penahan, tembok landasan bagi jambatan dan sebagainya. Penghasilan haba yang tinggi mungkin mengakibatkan retak pada struktur tersebut. Kadar pencapaian kekuatan simen ini adalah perlahan tetapi kekuatan muktamadnya adalah sama dengan simen portland biasa.


g. Simen Lebih Alumina

Sifat dan komposisi jenis simen ini jauh berbeza daripada simen portland biasa. Kandungan alumina di dalam simen ini lebih 30% berbanding 10% di dalam simen portland biasa. Simen ini mula membeku 2 jam selepas dibancuh dengan air dan mula mengeras 2 jam kemudian. Kadar pengerasannya adalah lebih cepat daripada simen portland biasa dan juga mencapai kekuatannya lebih awal. Ia mencapai 75% kekuatan muktamadnya dalam jangkamasa 24 jam selepas dibancuhkan dengan air.

Simen yang mengandungi lebih alumina boleh menahan panas, menghalang serangan garam magnesium dan sulfat serta tidak dipengaruhi oksida. Oleh itu, simen jenis ini sangat sesuai digunakan di tempat-tempat yang mengalami banjiran air laut dan yang terdedah kepada bahan-bahan kimia.

Simen ini juga menghasilkan haba yang tinggi semasa membeku. Oleh itu, ianya tidak sesuai digunakan untuk pembinaan struktur konkrit yang berbentuk besar. Pengawetannya perlu dikawal dengan rapi. Batu baur yang mengandungi cecair alkali atau kapur juga tidak sesuai dibancuh dengan simen jenis ini.

Harga simen ini adalah 2-3 kali ganda lebih mahal berbanding harga simen portland biasa. Ianya jarang digunakan dalam pembinaan biasa.









Monday 6 June 2011

Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources

Jenis Kerja Yang Dijalankan: MEMBEKAL PENDAWAIAN DAN MEMASANG CCTV By EMES Engineering

Tarikh Kerja Dilaksanakan: 19 May 2011


Kami,  EMES Engineering Resources juga melaksanakan kerja-kerja pendawaian elektrikal dan kerja-kerja kejuruteraaan mekanikal,  untuk mendapatkan khidmat yang terbaik dan semestinya 'BEST VALUE FOR MONEY' hubungi kami segera.











Sunday 5 June 2011

Tahukah Anda? : Jenis-jenis Batu Bata

Dinding atau tembok bata biasanya menjadi bahan isian (infill) kepada dinding terutama kepada struktur kerangka. Dinding yang menerima beban menggunakan tembok dinding luaran dan juga kadang-kala dalaman sebagai dinding struktur. Jenis-jenis bata boleh dikategorikan kepada bahan asal ianya diperbuat atau jenis kegunaannya. Bahan-bahan untuk dinding yang biasa digunakan ialah bahan kayu-kayuan, logam, konkrit tetulang, batu-bata, blok simen konkrit dan lain-lainnya.

a. Batu-bata Biasa (Ordinary Brick)

Batu-bata jenis ini diperbuat daripada campuran tanah liat atau simen-pasir.

i. Bata daripada campuran tanah liat diperbuat melalui proses mesin dan dawai pemotong mengikut kehendak Piawai Malaysia MS76. Digunakan untuk kerja binaan umum dan pengisian kepada kerangka struktur.

ii. Bata campuran tanah liat dan simen pasir mengikut ukuran nominal seperti berikut:
  

Panjang (mm)
Lebar (mm)
Tebal (mm)
225 +/- 3.2
113 +/- 1.6
75 +/- 1.6








b. Batu-bata Permukaan (Facing Brick)

Diperbuat daripada bahan campuran tanah liat yang bemutu atau juga simen dan bahan pasir dan bahan tambahan (additives). Digunakan sebagai kerja kemasan dan hiasan kepada dinding yang tidak berlepa.





c. Bata Tahan Api (fire brick)

Diperbuat daripada campuran tanah liat bermutu dan bahan tambahan yang lain. Digunakan untuk binaan kerja-kerja tahan panas dan jemuran terutama tempat pembakaran seperti corong api (fire flue).





d. Bata Kejuruteraan (engineering brick)

Diperbuat daripada tanah liat bermutu dan bahan tambahan. Digunakan untuk kera-kerja binaan yang berat dan memerlukan kekuatan bebanan yang besar, padat dan tidak serap air. Digunakan pada kerja-kerja kejuruteraan bawah tanah yang menerima beban yang tinggi sebagai struktur utama atau struktur dinding yang terdedah kepada kesan cuaca dan suhu yang berbeza.





Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...