Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday 28 May 2011

PERCUMA: Merancang Penampilan Bilik Air Anda: Kertas Dinding dan Sempadan

KERTAS DINDING DAN SEMPADAN.

Menggunakan satu atau dua gulung kertas dinding atau kertas sempadan selalunya memadai untuk sebuah bilik air. Bagaimanapun, pastikan kertas dinding dan kertas sempadan yang dipilih itu adalah jenis vinil yang kalis air.

Di ruang basah, memadai menggunakan kertas sempadan yang dipasang pada bahagian atas kertas dinding. Biarpun kalis air, elak pasang pada tempat yang kerap terkena percikan air kerana ini bukan sahaja akan menjejaskan seri kemasan, bahkan mungkin akan cepat merosakkan kertas dinding dan sempadan yang dipasang.

Di ruang kering, kertas dinding mahupun kertas sempadan boleh dipasang di kawasan bawah atau tengah dinding. 

Seandainya ingin menonjolkan kemasan kertas dinding di dalam bilik air, sebaiknya rancang pemasangannya di bahagian bilik air yang mempunyai tempat mandi yang terlindung. Pasang kemasan berkenaan di mana-mana bahagian ruang kering. Bagi kertas dinding biasa, sapu dengan lapisan bahan kalis air sebelum digunakan di bilik air.


Pemasangan Kertas Dinding Untuk Konsep Ruang 'Victorian'

Pemasangan Kertas Dinding Di Bilik Air Menambahkan Ketenangan Dan Intimasi Ruang

Kertas Sempadan Dipasang Pada Dinding Atas

Kertas Dinding dan Sempadan Yang Ceria

Pemasangan Kertas Dinding Untuk Yang Bercitarasa Kontemporari


Friday 27 May 2011

PERCUMA: Merancang Penampilan Bilik Air Anda: Pelekat Bergambar

 PELEKAT BERGAMBAR

Dinding yang dilatari jubin warna putih atau sebarang warna polos, boleh diserikan dengan pelekat bergambar daripada bahan vinil atau plastik. Susun pelekat dalam keadaan selang-seli mengikut barisan jubin, melintang atau zig-zag. Antara corak pelekat yang sesuai untuk ditampilkan di bilik air ialah hidupan laut, tumbuhan dan bunga. Pelekat ini boleh dipasang pada tengah dinding, termasuk ruang basah kerana bahan yang berasaskan plastik tidak terjejas oleh percikan air. Malah pelekat bercorak juga boleh ditampal pada permukaan penutup mangkuk tandas dan tangki pam tandas.

Contoh Pelekat Bergambar




Pelekat Bergambar berupaya menukar suasana ruang bilik air anda


Thursday 26 May 2011

PERCUMA: Merancang Penampilan Bilik Air Anda: Unsur Hiasan

UNSUR HIASAN

Peruntukan untuk menghias bilik air boleh dirancang mengikut kemampuan. Biar pun tidak membabitkan pemindahan peralatan kekal, perancangan juga perlu untuk menggelakkan pembaziran dan penjimatan masa.

Beri perhatian kepada penyesuaian reka bentuk peralatan dengan warna unsur hiasan. Jika peralatan utama jenis krom dan putih,unsur warna boleh disisipkan menerusi kemasan cat, kertas dinding, fabrik langsir dan pelbagai unsur perhiasan.

Hiasan di bilik air

Bilik air yang di hiasan, nyaman dan menengangkan

Cat sebagai unsur hiasan di bilik air

Selesa







Wednesday 25 May 2011

PERCUMA: Merancang Penampilan Bilik Air Anda: Proses Perancangan

Bilik air yang lengkap dengan peralatan sepatutnya menjadi tempat paling disenangi untuk kegunaan membersihkan diri. Apa lagi, jika penampilan suasananya diperindahkan dengan penuh bergaya, tentu akan lebih untuk dimasuki. Bayangkan sebuah bilik air yang lengkap dengan tab mandi atau jakuzi, bersambung pula dengan ruang berdandan yang bercermin solek cantik serta kerusi empuk untuk bersantai, pasti mengikat kaki untuk berkurung lama.

Perancangan untuk bilik air anda - ambil ukuran ruang dengan tepat


Adakalanya, terdapat bilik air yang dihias dan dilengkapi dengan kerusi Cleopatra yang besar dan gebu berharga puluhan ribu ringgit. Mungkin hanya golongan tertentu sahaja yang mampu melengkapi bilik air di kediaman mereka dengan ciri semewah begitu. Kebanyakkannya sekadar mampu membentuk ruang pancuran, bahkan ada bilik air yang keluasannya hanya secukup untuk berdiri. Jadi, sekiranya keluasan bilik air yang ada agak terbatas, memadailah mengunakan peralatan dan unsur perhiasan yang perlu sahaja dan setaraf dengan kemampuan ruang yang anda miliki tersebut.

Perancangan yang baik merealisasikan impian bilik air idaman anda


Apa-apa pun, penampilan gaya sesebuah bilik air tidak harus dikesampingankan dan harus dihias secantik mungkin untuk memastikannya dapat membangkitkan semangat dan meleraikan segala kekusutan sebaik sahaja anda melangkah masuk menggunakan ruang tersebut. Jesteru itu, penataannya perlu diberi sedikit perhatian dan perancangan yang teliti walaupun sekadar mengeluarkan peruntukan yang kecil.

PERANCANGAN

Rata-rata mengabaikan proses perancangan di bilik air kerana menganggapnya tidaklah sebegitu penting untuk diketengahkan berbanding ruang lain. Sebenarnya banyak yang boleh dilakukan untuk menyelitkan keceriaan bilik air. Jika sebelum ini tempat itu dirasakan tidak mempunyai ciri atau daya tarikan yang berupaya menyerlahkan suasana yang bersifat mengundang dan ceria, maka mulakan berbuat sesuatu untuk menceriakan dan menaikkan taraf bilik air anda.

Kenali ruangan yang anda miliki dan ketahui apa yang anda ingin laksanakan kepada ruangan tersebut


Perkara utama yang dinilai ialah adakah perancangan berkenaan perlu juga membabitkan pengubahsuaian struktur peralatan utama seperti mangkuk tandas dan sinki. Jika ingin menjimatkan perbelanjaan, sebaiknya pengubahsuaian atau penukaran struktur ini dielakkan dan hadkan kepada kerja menghias ruang ini semata-mata.

Senaraikan item apa yang ingin ditukarkan di dalam ruangan bilik mandi anda


Fikirkan juga kapisiti jumlah orang yang bakal menggunakan bilik air berkenaan, umur dan keperluan mereka. Jika hanya ada satu bilik air dan penggunanya ramai, anda boleh mewujudkan ruang mandi berasingan atau tambahkan sinki di tempat lain supaya ahli keluarga tidak berebut untuk menggunakan sinki yang sama pada satu-satu masa. Sinki yang digunakan untuk melakukan aktiviti kecantikan seperti membersihkan muka dan menggosok gigi boleh dipasang di tempat yang sesuai, misalnya di luar pintu bilik air dan di ruang dapur yang berdekatan.

Water Closet


Perlu diingatkan, peralatan kekal seperti mangkuk tandas dan sinki adalah mahal, jadi ambil masa yang cukup untuk mencari yang paling sesuai kerana peralatan itu adalah untuk kegunaan jangka masa yang lama.Buat tinjauan ke beberapa ruang pameran bilik air dan kaji keupayaan pengeluar serta nilai kelebihan setiap peralatan dengan membaca maklumat mengenainya daripada katalog pengeluar.

Rekabentuk sinki yang menarik untuk ruang bilik air anda


Tuesday 24 May 2011

PERCUMA: Panduan Memilih Kertas Dinding

  • Kertas dinding berjalur dalam komposisi menegak atau vertikal memberi efek siling lebih tinggi.


Kertas Dinding Corak Vertikal

  • Pilih corak kertas dinding tidak perlu terlalu sarat dengan motif dan bersaiz sederhana untuk menggelakkan ruang tampak sarat.


Pemilihan Wallpaper mestilah dilakukan dengan betul

  • Sekiranya memilih untuk menggunakan border, pastikan ia dilekatkan di bahagian atas dinding berhampiran kaki siling. Jika anda melekatkan di bahagian tengah dinding, akan memperlihatkan permukaan siling yang lebih rendah.


Jika ingin meletakkan Border pastikan perletakkan yang betul dan pilih yang bersesuaian

  • Pilihan kertas dinding mempunyai beberapa jenis yang dibahagikan kepada pilihan kertas-kertas, fabrik-nonwooven dan kombinasi kertas-vinil bersama fabrik efek.




Pelbagai pilihan untuk kertas dinding

  • Pilihan kertas-kertas sesuai untuk jangka masa lama kerana tidak mudah tanggal. Bagi pilihan fabric-nonwooven pula, sesuai untuk digayakan pada dinding hias dalam keluasan dinding yang terhad.


Contoh ruang yang menggunakan kertas dinding dari jenis Fabric Non-Wooven

  • Manakala bagi kertas dinding daripada vinil adalah pilihan yang paling lasak dan menjimatkan. Ini kerana ia tidak mudah koyak dan senang untuk dicuci.


Contoh ruang yang menggunakan kertas dinding dari jenis vinyl

Monday 23 May 2011

PERCUMA: Panduan Memilih Perabot

  • Pilih perabot dari segi saiz, reka bentuk, warna, dan material banyak mempengaruhi keluasan ruang.


Saiz, Reka Bentuk, Warna Dan Material
  • Saiz kecil, sederhana ataupun besar perlu diteliti dengan fokus keluasan atau tumpuan ruang tertentu.



Saiz

  • Reka bentuk perabot memainkan peranan paling penting untuk memastikan pilihan konsep dan skema penggayaan yang bersesuaian dengan perabot yang dipilih.

Reka bentuk

  • Pilihan warna perabot bakal menentukan mood atau suasana yang diinginkan. Serta memberi kesan kepada keluasan dan susun atur ruang.


Warna


  • Material seperti kayu, rotan, uphosteri, kulit, kaca, keluli dan lain-lain perlu diberi perhatian agar praktikal untuk digunakan.

Material



Sunday 22 May 2011

Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources


Jenis Kerja Yang Dijalankan: Kerja-kerja En Adnan Teras, Taman Prima Tropika, Seri Kembangan
Tarikh Kerja Dilaksanakan: 1 April 2011


Ingin mengubahsuai ruang bilik air dan tandas anda? Jangan tunggu lagi dan hubungi kami,  EMES Engineering Resources untuk mendapatkan khidmat renovasi yang terbaik dan semestinya 'BEST VALUE FOR MONEY'.












PERCUMA: 13 Tips Rekabentuk Pencahayaan

Pencahayaan di meja makan sepatutnya memudahkan anda dan tetamu melihat makanan serta peralatan dengan lebih jelas. Apatah lagi sewaktu mengadakan rumah terbuka atau menyambut sebarang keraian, suasana meja makan hendaklah terang dan ceria. 

Selain candelier, lampu jenis loket atau gantung menjadi pilihan untuk menghiasi ruang makan. Kepelbagaian rekabentuknya menjadikan kita mudah teruja untuk memilikinya.

Sebagai persediaan pemilihan, fikirkan dahulu persoalan-persoalan yang berikut:

Langkah I

Ketahui gaya kegemaran anda?

  • Adakah anda mengemari tema klasik, moden, ringkas atau rustic?
  • Warna dinding dan perhiasan?
  • Jenis kemasan rumah, warna dan ukuran?
  • Berapa ramai menggunakan ruang berkenaan?
  • Jika ruang makan, adakah dilengkapi meja bulat atau bersegi empat tepat dan berapa jenis kerusi yang ada?
  • Dimanakah hendak diletakkan lampu?


Mini Pendant Type Chandelier

Artistic Pendant Lamp 

Langkah II

  • Berapa luas dan berapa ketinggian siling?
  • Di mana kedudukan alang dan punca elektrik?
  • Ruang mana akan menerima cahaya semulajadi?
  • Apakah gaya hidup sekeluarga?

Simple and Stunning chandelier

Artsy Type Chandelier
Langkah III

Jika masih kurang yakin atau keliru.....

  • Sediakan lakaran rumah dan tunjuk kepada perunding pencahayaan, samada berjumpa sendiri atau kirim lakaran menerusi e-mail. Dan kami di EMES Engineering Resources akan memberikan khidmat percuma untuk sebarang konsultasi dan pertanyaan.
  • Kami di EMES Engineering Resources boleh membantu untuk menyediakan bil terperinci dan sebut harga jika anda mengajukan sebarang pertanyaan dan perancangan.

Hubungi kami, EMES Engineering Resources untuk sebarang pertanyaan dan sebut harga

Sebarang pilihan anda akan kami tunaikan!

Sebelum membuat keputusan untuk membeli:

  • Pastikan lampu yang hendak digunakan dan dibeli bersesuaian dengan fungsi ruang terbabit dan gaya penataannya.
  • Elak guna pencahayaan yang diperbuat daripada kaca jernih.
  • Jika anda menggunakan pencahayaan tambahan untuk mendapatkan kesan tambahan pada objek tertentu seperti bingkai gambar, pasu atau lukisan, halakan lampu tepat ke arah objek tersebut dan bukannya ke arah yang berlainan.
  • Menggunakan lampu yang disertakan alat kawalan pencahayaan sebenarnya membantu anda dalam mengawal jumlah pencahayaan yang dikehendaki.

Pendant Lamp
i
Pencahayaan yang baik boleh membangkitkan selera menikmati hidangan anda dan tetamu yang datang.



Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...