Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Tuesday, 26 July 2011

PERCUMA: Tips Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Dekorasi Budaya Jepun

Dekorasi Budaya Jepun


* Hiasan ruang tidak boleh terlalu tersusun. Kedudukannya perlu dalam keadaan 'off-centre' atau tidak mengikut ruang.

Susunan off-centre


* Pilihan warna semula jadi dengan suntikan rona hitam menjadi pilihan untuk kesan lebih dramatik dan memperlihatkan status pemilik.

Warna Semula Jadi

* Kehadiran perabot adalah tidak terlalu banyak dan boleh disimpan dalam storage kerana kebanyakkan ruang kediaman masyarakat jepun adalah terhad.

Perabot ringkas dan tidak terlalu banyak

*Kedudukan aras lantai memperlihatkan fungsi dan penggunaan sesebuah ruang. Contohnya perbezaan antara ruang formal dan tidak formal.

Perbezaan lantai membezakan fungsi ruang


* Pemilihan fabrik lebih kepada pilihan warna-warna pudar dan motif semula jadi, inspirasi negara Jepun seperti daun buluh.

Fabrik dari rona warna semula jadi

* Aksesori yang ditampilkan adalah bersaiz kecil dan berunsur kraf tradisi. Pemilihan aksesori atau kelengkapan bersaiz besar amat jarang digunakan kerana saiz ruang yang terhad.

Pemilihan aksesori tradisi 

Monday, 25 July 2011

Tahukah Anda? : Kerangka Tingkap

Kerangka Tingkap

Sesebuah kerangka tingkap terdiri daripada dua tiang jenang yang disambungkan kepada kepala jenang dan ambang bawah. Untuk kerangka yang mempunyai beberapa daun tingkap dan liang cahaya, adalah perlu ditambahkan ambang antara dan jenang antara padanya.

Saiz piawai kerangka tingkap adalah seperti berikut:


Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan kerangka tingkap adalah kayu, logam (aluminium) dan plastik (pvc).

Contoh pelbagai jenis kerangka tingkap yang digunakan:





Kerangka Kayu

Pembinaan kerangka kayu menggunakan saiz kayu yang berukuran 100mm x 75mm atau kayu nipis 38mm tebal yang lebarnya sama dengan tebal tembok. Bahagian-bahagian kerangka disambungkan dengan tanggam lubang dan puting atau tanggam kekang. Puting yang diperbuat pada tiang jenang dimasukkan ke dalam lubang di kepala jenang dan ambang bawah mengunjur seperti tanduk kira-kira 40mm. Unjuran-unjuran tanduk ini akan dimasukkan ke dalam tembok. Jika kerangka di bina searas dengan bahagian luar tembok, tanduk ini dibuang seginya supaya dapat menyiapkan kerja lepa dengan kemas. Tanggam lubang dan puting diglu, diapit dan dibajikan kukuh supaya tidak bergerak semasa digunakan.

Ambang bawah lebih lebar daripada anggota lain oleh kerana ia mengunjur sepanjang 30mm - 50mm dari permukaan tembok luar. 

Pada unjuran ini dibuat alur berdiameter 13mm di sebelah permukaan bawah selari dengan permukaan tembok untuk mengawasi air hujan dari memasuki ruang di antara kerangka dengan tembok. Saiz kayu untuk ambang bawah ialah 150mm x 75mm tau tambah dimensi unjuran untuk kayu yang sama lebar dengan tebal tembok.

Pada tiang jenang yang khas bagi tingkap berbingkai diperlukan tetingkat sedalam 13mm atau kayu penahan sedalam 13mm dipaku kepada tiang jenang untuk menahan daun tingkap.

Sunday, 24 July 2011

Tahukah Anda? : Tingkap

Tingkap

Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada tembok dinding. Pembinaan tingkap terdiri daripada dua bahagian utama, kerangka tingkap dan daun tingkap. Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membina tingkap ialah kayu, logam, plastik dan untuk panel digunakan kaca atau papan kayu. Tingkap merupakan komponen yang mustahak dalam pembinaan sesebuah bangunan. Fungsi tingkap ialah:


Jenis Tingkap

Tingkap dibahagikan kepada dua jenis:



O1. Tingkap Ram Kaca

Bagi kawasan tropika, tingkap ram kaca adalah amat sesuai digunakan kerana ia murah, kos penyenggaraan rendah serta mempunyai penglihatan sempurna. Bahagian-bahagian utama tingkap ram kaca terdiri daripada sepasang bingkai ram dan beberapa kepingan ram kaca yang dipasangkan kepada kerangka kayu. 



Bingkai ram diperbuat daripada keluli galvani yang dilapis dengan zink di permukaannya. Ia mempunyai mekanisme bergerak dengan klip yang memegang kepingan ram kaca. Bingkai ini dipasang kepada tiang jenang kerangka tingkap dengan menggunakan skru. Saiz bingkai adalah bergantung kepada bilangan kepingan ram kaca. Untuk kegunaan biasa, saiz yang sesuai adalah di antara 4 keping ram sehingga 12 keping ram. 

Jadual menunjukkan bilangan keping ram berhubung dengan tinggi bingkai:



Saiz ram kaca ialah 150mm lebar dan 5mm tebal, panjangnya adalah mengikut luas bukaan kerangka. Untuk mengurangkan masa dan pengunaan bahan, sepasang bingkai ram boleh dipasang menjadi jenang di antara dua tingkap, tetapi hanya sesuai bagi tingkap yang setinggi 8 keping ram. Sambungan ini dilakukan dengan menggunakan 'skru penjodoh' atau 'coupling'. 


O2. Tingkap Berbingkai Kaca

Daun tingkap ini terdiri daripada panel kaca dipasang kepada kerangka kayu. Kerangka ini disambungkan dengan tanggam lubang dan puting. Sisi bingkai dan susur atas dibuat daripada kayu berukuran 50mm x 44mm dan susur bawah berukuran 75mm x 44mm. Di sekeliling kerangka dibuatkan tetingkat untuk menerima panel kaca. Di sebelah dalam dipasang kumai untuk menahan panel kaca. 




Saturday, 23 July 2011

PERCUMA: Tips Menjadikan Bilik Air Kecil Kelihatan Lebih Besar

-> Penggunaan skema warna lembut memberi ilusi ruang lebih luas. Elakkan penggunaan warna garang dan terang.

Skema warna cerah

-> Pilih aksesori bilik air daripada tona warna cerah supaya ia dapat menjadikan ruang lebih selesa dan lega serta mengurangkan impak berserabut.

Aksesori ringkas

Pilih aksesori cerah bagi kamar mandi

-> Pencahayaan menyeluruh serta serata menjadikan ruang lebih terang. Cahaya suram akan menjadikan ruang tampil gelap serta kelihatan sempit.


Pilih pencahayaan yang bijak


-> Penggunaan lampu dinding tambahan juga digalakkan, tetapi pastikan hanya satu lampu dengan rekaan ringkas sahaja yang menjadi pilihan. Jika tidak keadaan akan tampil lebih sesak.


-> Kurangkan pengunaan rak bergantung yang terbuka bagi meletakkan perkakas di bilik mandi. Seeloknya susun barang tersebut dalam tempat tertutup supaya susunannya yang padat tidak kelihatan.

Pilih menggunakan rak bertutup yang praktikal

-> Bina tingkap cermin lebih luas dan labuh supaya dapat memberi impak penyerapan bahagian luar. Ini supaya ruang kelihatan lebih lega serta tidak terkepung dengan dinding.

Binaan tingkap besar



Friday, 22 July 2011

PERCUMA: Tips Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Kamar Mandi Mewah

1. Perhatikan Pemilihan Bahan Dan Material.....

- Jubin 'polished homogenous' tinggi menjadi pilihan kerana tahan lasak dan kalis calar.

Kemasan lantai: Jubin Polished Homogeneous


2. Binaan Jakuzi.....

- Binaan ini menjadikan ruang bergaya sofistikated dan eksklusif, seolah-olah berada di bilik kamar hotel mewah.

Jakuzi pelengkap gaya


3. Aksesori dan kelengkapan kamar mandi.....

- Seperti pembuka paip, pili dan lain-lain menggunakan keluli tahan karat dan berkualiti tinggi.

Kemasan tahan karat dan berkualiti


4. Rekaan Kamar Mandi.....

- Divariasikan dengan struktur binaan dinding kaca telus pandang untuk menyediakan suasana lebih privasi dan mengundang.

Kaca telus pandang: Eksklusif dan futuristik


5. Pilihan Warna Latar Senada.....

- Rona krim lembut atau putih adalah pilihan terbaik untuk kamar mandi bergaya sofistikated.


Rona lembut dan senada: Nyaman dan sofistikated


Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...