Kerangka Tingkap
Sesebuah kerangka tingkap terdiri daripada dua tiang jenang yang disambungkan kepada kepala jenang dan ambang bawah. Untuk kerangka yang mempunyai beberapa daun tingkap dan liang cahaya, adalah perlu ditambahkan ambang antara dan jenang antara padanya.
Saiz piawai kerangka tingkap adalah seperti berikut:
Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan kerangka tingkap adalah kayu, logam (aluminium) dan plastik (pvc).
Contoh pelbagai jenis kerangka tingkap yang digunakan:
Kerangka Kayu
Pembinaan kerangka kayu menggunakan saiz kayu yang berukuran 100mm x 75mm atau kayu nipis 38mm tebal yang lebarnya sama dengan tebal tembok. Bahagian-bahagian kerangka disambungkan dengan tanggam lubang dan puting atau tanggam kekang. Puting yang diperbuat pada tiang jenang dimasukkan ke dalam lubang di kepala jenang dan ambang bawah mengunjur seperti tanduk kira-kira 40mm. Unjuran-unjuran tanduk ini akan dimasukkan ke dalam tembok. Jika kerangka di bina searas dengan bahagian luar tembok, tanduk ini dibuang seginya supaya dapat menyiapkan kerja lepa dengan kemas. Tanggam lubang dan puting diglu, diapit dan dibajikan kukuh supaya tidak bergerak semasa digunakan.
Ambang bawah lebih lebar daripada anggota lain oleh kerana ia mengunjur sepanjang 30mm - 50mm dari permukaan tembok luar.
Pada unjuran ini dibuat alur berdiameter 13mm di sebelah permukaan bawah selari dengan permukaan tembok untuk mengawasi air hujan dari memasuki ruang di antara kerangka dengan tembok. Saiz kayu untuk ambang bawah ialah 150mm x 75mm tau tambah dimensi unjuran untuk kayu yang sama lebar dengan tebal tembok.
Pada tiang jenang yang khas bagi tingkap berbingkai diperlukan tetingkat sedalam 13mm atau kayu penahan sedalam 13mm dipaku kepada tiang jenang untuk menahan daun tingkap.
No comments:
Post a Comment