Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Friday 29 July 2011

PERCUMA: Tips Hadapi Kecemasan

Kebakaran Kecil Di Dapur




Kebanyakan kebakaran yang berlaku berpunca daripada dapur. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan perlu diambil sebagai persediaan menghadapi sebarang kecemasan. 



Namun, malang tidak berbau. Kadangkala kemalangan dan kebakaran tetap berlaku di luar kawalan. Sebelum api merebak serta menjadi lebih serious, tindakan tepat dan segera perlu dilakukan. Ikuti langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda berhadapan dengan kecemasan semasa kebakaran kecil di dapur.

  • Jika api dapur semasa menggoreng menyambar ke permukaan kuali, jangan panik. Letakkan penutup kuali dan segera padamkan api yang terpasang bagi mengelakkannya terus marak serta merebak ke seluruh ruang dapur. Elakkan menjirus air ke dalam kuali kerana api akan bertambah marak kesan tindak balas terhadap air.
  • Jangan sesekali cuba mengalihkan kuali atau periuk yang terbakar ke dalam singki atau keluar daripada ruang dapur. Ia adalah sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan bahan-bahan mudah terbakar seperti kain, kertas malah perkakas daripada material kayu terdedah kepada api melalui aliran udara dan angin pada persekitaran.

  • Jika kebakaran bermula daripada perkakas elektrik seperti ketuhar, padamkan suis dengan segera bagi mengelakkan litar pintas yang lebih serious. Pastikan pintu ketuhar dibiarkan tertutup bagi meredakan api yang sedang marak. Segera hubungi pihak bomba sekiranya terdapat tanda-tanda api tersebut tidak berkurangan dan akan terus merebak.
  • Jika pakaian anda disambar api, jangan lari bertempiaran kerana ia hanya akan menyebabkannya terus marak. Berhenti serta jatuhkan badan serta guling-gulingkan tubuh anda sehingga api terpadam.
  • Jika anda mempunyai set alat pemadam api, pastikan cara penggunaannya diketahui secara terperinci oleh kesemua ahli keluarga. Pastikan anda tahu jenis serta ciri-ciri dan fungsinya dengan betul. Dapatkan nasihat serta taklimat khas daripada pihak pengendali atau pengeluar alat tersebut bagi penggunaan yang tepat.
Pelajari teknik yang betul menggunakan alat pemadam api.



  • Sejukkan kawasan melecur (kecederaan kecil yang tidak melibatkan kerosakan kulit serious) dengan air dalam kadar segera. Elakkan amalan petua seperti menggunakan mentega atau margerine pada permukaan kulit. Ia akan menambah kerosakan pada kulit. Bagi kecederaan lebih serious, dapatkan rawatan pakar.
Pastikan anda mempunyai Peti Pertolongan Cemas!

2 comments:

  1. saya pernah lakukan kesilapan ketika kebakaran di dapur ... panik punya pasal agaknya ... kesannya ada parut kekal hingga sekarang .. mujurlah yang di muka sudah hilang

    ReplyDelete
  2. Yeke Ummi.... Alhamdulillah semuanya selamat yer.... Lebih baik jika lain kali anda sediakan alat pencegahan kebakaran sebagai langkah keselamatan di dapur anda

    ReplyDelete

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...