Pilihan singki menjadi semakin popular dalam penyata gaya dan diselarikan dengan aplikasi konsep kediaman. Bukan sahaja mampu memberikan kemudahan dalam melakukan rutin kerja di dapur , tetapi juga dapat menampilkan penggayaan ruang dapur selaras dengan hidup masa kini. Pastikan anda memberi perhatian kepada beberapa elemen asas dalam pengunaan singki di ruang dapur kediaman.
Pemilihan Singki
Sebelum anda membeli singki, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah keperluan untuk penyediaan makanan. Sekiranya singki yang ada digunakan untuk pembasuhan yang bersaiz besar seperti periuk ataupun kuali, mangkuk singki besar individu adalah pilihan terbaik berbanding singki yang mempunyai dia mangkuk kecil. Sekiranya anda mempunyai mesin pencuci pinggan mangkuk, singki kecil bulat cukup dalam memenuhi keperluan pembasuhan anda.
Manakala, bagi mereka yang menjadikan ruang singki sekunder di binaan pulau sebagai tempat penyediaan makanan, mangkuk singki yang kecil cukup bagi menampung fungsi aktiviti-aktiviti tersebut. Bagi mereka yang mampu menampilkan gaya hebat dan bercitarasa tinggi di ruang dapur, aplikasi kepala pili hasil rekaan pereka mampu mewujudkan titik tumpu pada ruang.
Berikut beberapa unit singki yang boleh menjadi pilihan untuk dapur kediaman:
Kenal pasti material singki:
O1. Seramik
Ia menghasilkan rupa bentuk yang klasikal, teguh dan mudah dibersihkan tetapi sekiranya permukaan atas enamel sumbing atau retak ia tidak boleh diperbaiki. Oleh itu lindungi permukaannya dengan pelapik atau sembunyikan dengan perletakkan mangkuk.
O2. Bahan Komposit
Merupakan campuran antara bahan buatan manusia dan bahan semula jadi yang menghasilkan material yang teguh dan fleksibel yang boleh digunakan untuk pelbagai bentuk berbeza serta tahan kepada kotoran, kepanasan dan hentakan. Ia juga mudah dibersihkan dengan kain lembap ataupun cecair yang dikhususkan.
O3. Keluli Tahan Karat
Ia adalah pilihan yang praktikal dan bersih. Mudah dibersihkan dengan kain lembap dan bahan pencuci keluli tahan karat.
O4. Batu
Terdiri daripada jenis batu granit padu, 'limestone' dan marmar. Meskipun mahal ia memberikan penggayaan yang menawan. Perlu diingatkan bahawa jus atau produk sitrus boleh meninggalkan kesan pada batu.
O5. Kayu
Kebanyakkan kayu tidak bersesuaian untuk pembuatan singki melainkan kayu jati kerana ia secara semula jadinya berminyak yang melindunginya daripada air. Kayu boleh dibersihkan dengan pembersih biasa di rumah.
No comments:
Post a Comment