Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Friday 5 August 2011

PERCUMA: Tips Pembelian Bijak Perabot Kayu

Menghias kediaman menggunakan perabot kayu tidak semudah yang disangka. Banyak perkara penting perlu difikir dan dipertimbangkan agar pembelian itu setimpal dengan harga, kualiti dan penggunaannya. Terdapat banyak model perabot kayu untuk ruang tamu, ruang makan, kamar tidur  dan laman sedia untuk dipilih. Namun, sejauh manakah pengetahuan anda terhadap kaedah pembelian yang terbaik? Untuk itu fahami ringkasan tips pembelian bijak perabot dari jenis kayu ini.

1. Model perabot kayu turut merujuk kepada kombinasi bahan tambahan lain. Kebiasaannya ia menggunakan logam, plastik dan kaca untuk menimbulkan karakter sesebuah model perabot, seterusnya mempengaruhi ketahanan dan penetapan harga.

Rak Hiasan Kayu

2. Terdapat dua kategori kayu untuk dijadikan perabot iaitu kayu keras dan lembut. Definisi kayu keras atau 'hardwood' merujuk kepada pokok yang hidup di kawasan bermusim seperti kayu maple, cherry, oak, ash, jati manakala kayu lembut atau 'softwood' merujuk kepada pokok yang sentiasa berdaun seperti cedar, pine, getah, rotan dan sebagainya. 

Set Sofa Kayu Padu (Hardwood)

3. Teknik Buatan. Beberapa lapisan pelbagai jenis kayu mungkin digunakan untuk menghasilkan perabot. Sebagai contoh 'solid mahagoni' bermaksud bahagian permukaan perabot yang terdedah diperbuat daripada kayu keras manakala bahagian dalamnya menggunakan mampatan serbuk kayu atau jenis lain.

4. Perabot mahal biasanya diperbuat daripada kayu padu berkualiti tinggi. Contoh terbaik ialah perabot jati tulen. Perabot berharga sederhana mempunyai kombinasi pelbagai jenis kayu.

Set Meja Makan

5. Perabot bervenir memperlihatkan keindahan kemasan perabot. Venir merupakan teknik menyapu lapisan larutan kilatan di atas permukaan perabot. Suatu ketika dahulu perabot venir sangat mahal untuk dimiliki tetapi tidak pada hari ini. Venir memastikan kualiti perabot terjaga baik dan mencantikkan kehadiran ira kayu.

6. Ukiran dan cetakan menggunakan teknologi moden berjaya menghasilkan kayu seakan-akan bervenir. Kaedah ini lebih murah dan membantu menghasilkan perabot pada harga tawaran yang murah daripada kayu asli bervenir. Jika anda mempunyai peruntukan yang sederhana tanyakan kepada penjual tentang perkara ini.

7. Kemasan. Sentuhan terakhir sangat penting sebagai proses penyudah mencantikkan lagi perabot. Perabot yang mahal mempunyai beberapa lapisan pelindung yang disapu pada permukaan kayu perabot seperti minyak, lekar dan cat khas. Kemasan akan mempelbagaikan keadaan penampilan perabot sama ada untuk kelihatan rata, licin, kasar dan sofistikated.

8. 'Distressing'. Ini merupakan teknik khas menjadikan perabot baru kelihatan lama dan rustik. Kayu tersebut akan diketuk atau ditalu. Kesan ketukan dan taluan ini mampu mengurangkan kesan cap jari atau calar serta sangat sesuai digunakan dalam ruang yang kerap digunakan.

Perabot yang dikenakan kemasan 'distressing'

9. Kemasan bercat merupakan antara kaedah kemasan akhir yang juga popular. Perabot yang bercat ini berharga agak mahal sedikit kerana banyak langkah pengemasan terpaksa dilakukan. Cat kebiasaannya akan memperlihatkan sebarang kecacatan pada kayu. Oleh itu, proses mengecat ini perlu dilakukan secara berhati-hati sehingga memperolehi kemasan yang baik.

Set Kamar Tidur Kayu 

10. Pintu dan laci pada kedudukan yang tepat. Seringkali perabot yang kurang berkualiti mempunyai kedudukan laci yang ketat ketika ditarik keluar dan masuk kerana kedudukan yang tidak betul.

11. Laci dilengkapi sistem peluncur yang baik bagi memastikan ia mudah bergerak ketika membuka dan menutupnya.

12. Laci mempunyai panel anti-habuk. Panel ini dapat menhalang habuk yang akan merosakkkan kelancaran proses membuka dan menutup laci serta memburukkan penampilan perabot.

13. Setiap bucu laci dengan kemas dan tepat.

14. Ruang dalam laci haruslah licin dan bebas daripada kesan-kesan kasar. Permukaan kesat menyebabkan barang yang disimpan menjadi rosak atau bercalar.

15. Rak yang panjang memerlukan sokongan atau tonggak dibahagian tengah agar kedudukannya lebih kukuh.

Rak Buku Kayu Padu

16. Daun pintu untuk almari, kabinet hiasan, televisyen dan sebagainya tidak mengeluarkan bunyi bising ketika dibuka atau ditutup.

17. Daun pintu perabot haruslah dilengkapi engsel yang tegap dan kuat.

18. Pastikan perabot yang dibeli mempunyai kemasan tepi yang licin dan rata.

19. Lampu hiasan dalaman kabinet dan almari berfungsi dengan sempurna ketika daun pintu dibuka dan ditutup.

20. Unit Perabot untuk sistem audio dan visual seperti kabinet televisyen perlu mempunyai lubang yang betul dan mencukupi agar wayar sambungan dan barangan elektrik dan soket berada pada kedudukan praktikal.

Rak Audio Visual

21. Perabot perlu seimbang di bahagian bawah atau kakinya agar tidak senget atau tidak seimbang.

Gobok Kayu Padu

No comments:

Post a Comment

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...