Tips untuk pembaharuan binaan kabinet dapur anda:
- Pilih cat atau daun pintu kabinet berlainan daripada warna asal supaya perubahan wajah ruang dapur nampak ketara. Seandainya warna asal bertona lembut, gantikan dengan warna yang lebih menonjol dan terang. Sebaliknya jika warna asal adalah pekat, boleh tukarkan dengan warna yang lebih cerah.
- Bergantung kepada bahan binaan kabinet, sesetengah daun pintu khususnya jenis kayu padu boleh diwarnakan semula, manakala jenis laminat boleh digantikan lapisan kemasan itu dengan warna lain tetapi bagi pintu yang sudah uzur, elok digantikan keseluruhan daun pintunya.
- Untuk mengecat, sebagai permulaan, tanggalkan daun pintu kabinet dan laci serta pemegang kabinet. Engsel pintu dan pemegang pintu boleh ditanggalkan menggunakan pemutar skru. Seterusnya bawa ke tempat lapang di luar rumah supaya kerja bertukang tidak mengganggu kegiatan di ruang dapur. Selain itu, kaedah ini boleh memberi kebebasan kepada anda untuk mengecat.
- Bagi bahan binaan kabinet yang sukar disapu dengan berus, boleh gunakan kaedah semburan. Pastikan kerja menyembur dibuat di luar rumah. Ini kerana kaedah semburan selalunya akan meninggalkan kesan jika dibuat di ruang dapur atau dalam rumah.
- Untuk mengecat permukaan binaan kabinet yang tidak boleh ditanggalkan, terlebih dahulu ketepikan semua peralatan lain seperti peti sejuk, tong gas, hud dapur dan perhiasan sampingan sebelum memulakan kerja mengecat. Setiap permukaan kabinet yang hendak dicat juga perlu dibersihkan, sebaiknya gunakan cecair trisodiumphosphate (TSP) bagi menghilangkan daki dan gris. Seterusnya gosok perlahan menggunakan kertas pasir supaya permukaannya menjadi lebih licin dan seragam. Cara ini juga membuatkan cat baru mudah melekat.
- Bagi permukaan yang ada kesan torehan, isikan dengan sedikir pasir dan vinyl, kemudian bersihkan menggunakan alat penyedut hampagas sebelum mengesatnya dengan kain lembut yang dibasahkan bersama larutan garam galian.
- Bagi kabinet berwarna, sapukan semua bahagian yang ingin dicat terlebih dahulu dengan cat minyak. Untuk menipiskan cat asal pula, sapu larutan garam galian dengan berus biasa yang berbulu kejur (berus cina). Elak dari menggunakan berus berbulu poliester kerana berus itu tidak sesuai digunakan untuk cat minyak.
- Selepas cat minyak kering, gosok dengan kertas pasir untuk membuang sebarang habuk yang melekat. Kemudian barulah sapukan kemasan penyudah enamel berlicau berasaskan minyak dalam pelbagai warna pilihan. Selepas siap mengecat, pasang semula pemegang pintu dan engsel kabinet.
Ingin mengindahkan ruang dapur anda? Ingin buat sendiri? Ada masa ke? Jikalau begitu, biar kami, EMES Engineering Resources menyelesaikan masalah anda. Kami pasti akan membekalkan renovasi yang berkualiti, cantik dan yang penting "BEST VALUE FOR MONEY" untuk anda semua, pelanggan yang kami hargai. Jadi, jangan tunggu lagi.....
No comments:
Post a Comment