Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Tuesday, 19 April 2011

PERCUMA: Panduan Menghias Ruang Tamu

4. HIASAN DINDING - Jika berhasrat menggantung gambar berbingkai atau fabrik, pilih dinding yang mengadap tempat duduk. Ini membolehkan orang ramai menghayatinya dari tempat duduk masing-masing. Elak menggantung cermin di tempat tetamu boleh nampak biasan wajah mereka pada setiap waktu kerana bimbang ini akan membuatkan mereka rasa kurang selesa.
Rajah: Contoh jenis-jenis kemasan dinding yang boleh diaplikasikan penggunaannya di ruang tamu.





Monday, 18 April 2011

Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources

Jenis Kerja Yang Dijalankan: Kerja-kerja Pengubahsuaian Dalaman Di De' Eminance

Tarikh Kerja Dilaksanakan: 24 May 2010

Emes Engineering Resources melaksanakan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh waktu yang bersesuaian dan juga memberikan kualiti yang memuaskan hati kepada klien kami.
 
Emes Engineering Resources
juga melaksanakan kerja pembinaan dengan kadar harga yang munasabah dan boleh dirunding.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.







PERCUMA: Panduan Menghias Ruang Tamu

3. KEDUDUKAN PERABOT - Pastikan disusun dalam keadaan teratur, terutama jika ruang tamu luas. Dalam kes ini, adalah lebih baik membahagikan lantai kepada dua atau tiga ruang duduk. Ini supaya memberi lebih keselesaan untuk merai tetamu yang datang dalam kumpulan kecil. Walaupun ramai, tetamu akan berasa selesa duduk secara berkumpulan. Anda juga boleh menyusun perabot terpilih dalam keadaan tertentu supaya dapat membentuk satu titik tumpuan.

Rajah: Contoh pelan lantai susunatur perabot yang teratur.

Sunday, 17 April 2011

PERCUMA : Panduan Menghias Ruang Tamu

2. KEMASAN LANTAI - Mampu berfungsi sebagai unsur yang dapat memberi watak kepada ruang tamu. Penggunaan lantai berkemasan kayu varnis misalnya, berupaya menjadikan ruang tamu lebih menarik. Begitu juga permaidani dinding ke dinding yang kemudiannya ditambahkan hamparan berpulau diatasnya. Hamparan juga boleh digunakan bagi membezakan ruang duduk, jika membahagikan ruang tamu itu kepada beberapa sudut atau kawasan.

Panduan Menghias Ruang Tamu

1. WARNA - Pemilihan warna memainkan fungsi penting. Guna tona cerah dan neutral pada dinding supaya memberi lebih kebebasan untuk memilih atau menukar jenis perabot tanpa perlu menggantikan warna dinding. Jika perabot berwarna neutral, selitkan warna yang lebih menyerlah menerusi unsur hiasan untuk mewujudkan ciri-ciri meriah dan ceria.

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...