Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Sunday 3 July 2011

PERCUMA: Tips Kenali Teknik Asas Pencahayaan

Pencahayaan lampu menukar kediaman biasa menjadi luar biasa. Apabila merancang sistem pencahayaan di kediaman, kenal pasti apakah aktiviti pada setiap ruang persekitaran yang mampu anda cetuskan dan aksesori yang mahu diserlahkan. Menggabungkan beberapa jenis lampu yang menepati selera dan cara hidup, anda boleh mencetuskan drama pada ruang. Ia mampu menukar ruang yang kecil menjadi lebih besar dan ruang besar menjadi lebih mewah.

Terdapat lima jenis pencahayaan yang boleh digunakan untuk kediaman anda:

1. Ambient Lighting*2. Task Lighting*3. Accent Lighting*4. Indirect Lighting*5. Wall Washing.


O1. Ambient Lighting-

Merupakan pengganti bagi cahaya siang. Ia memberi kadar terang secara keseluruhan. Biar apa sahaja aktiviti kamu seperti membaca, menonton dan lain-lain, lampu jenis ini sememangnya mesra pengguna. Ia juga boleh digandingkan dengan candelier, lampu siling, lampu dinding, lampu sorot bersama sarungnya yang khas untuk luar rumah.


Teknik Pencahayaan Ambient


O2. Task Lighting-

Digunakan khas untuk melakukan kerja-kerja tertentu. Seperti membaca, memasak, menulis dan lain-lain. Ia boleh disediakan pada lampu sorot, lampu gantung, lampu meja, lampu lantai dan sebagainya.


Teknik Pencahayaan Task


O3. Acccent Lighting-

Merupakan jenis lampu yang menambah keceriaan ruang. Boleh dijadikan lampu tumpu (spot light) menerangi ukiran, lukisan atau menerangi tekstur pada dinding dan kawasan landskap. Ia selalunya disediakan dengan lampu trak, lampu gantung atau lampu pagar


Teknik Pencahayaan Accent


O4. Indirect Lighting-

Digunakan untuk satu atau lebih untuk mengarahkan cahaya pada siling dan bahagian atas dinding. Ia juga sebenarnya bertindak sebagai reflektor pada siling yang menyerakkan cahaya dengan rata pada keseluruhan ruang. Ia juga dikenali sebagai teknik 'Up Lighting'. Gunakan lampu kalimantang bagi menjimatkan tenaga. Elakkan pencahayaan datang dari siling dan dinding agar ketidakseimbangan karakter cahaya tidak terjadi.





O5. Wall Washing-

Menyinari permukaan vertikal bagi menyeragamkan kadar terang pada dinding. 'Wall Washing' menyerlahkan dinding dan boleh juga dijadikan tanda bagi sesebuah gerbang masuk. Ia juga boleh digunakan untuk menyerlahkan karya seni atau dinding utama. Beberapa aspek perlu diingat sebelum teknik 'Wall Washing' digunakan. Lebih banyak lampu digunakan bagi menerangi dinding yang berwarna gelap berbanding cerah. Lampu seperti "track mounted spotlight" dan lampu halogen antara jenis lampu yang sesuai digunakan.


Teknik Pencahayaan "wall Washing" dan juga jenis lampu yang digunakan


Biar apa pun jenis kediaman kita, pencahayaan mampu menjadikan kediaman tampil lebih istimewa dan elegen. Menggabungkan kesemua teknik asas pencahayaan ini, ia membantu mendapatkan suasana yang diinginkan. Bukan sahaja selesa tetapi mesra pengguna.


No comments:

Post a Comment

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...