Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Thursday 16 June 2011

PERCUMA: Tips Cara Bijak Atur Ruang Sempit (Siri II)

10 Tips yang seterusnya:


o11. Alihkan kedudukan pengadang dan pemidang - sebagai pemisah antara ruang, terutamanya ruang yang kecil dan berbentuk lebar.


012. Pengunaan langsir di antara siling dan lantai - memberi efek pada dinding, DINDING tampak lebih tinggi dan luas, seolah-olah wujudnya garisan menegak antara permukaan lantai dan siling.


o13. KEMASAN DINDING YANG JELAS - tentunya memberi efek besar pada ruang.

*TIP TERBAIK ADALAH MEMBIARKAN PERMUKAAN DINDING KEKAL LICIN TANPA MENGUBAH KEPADA PERMUKAAN YANG KASAR DAN BERSERABUT.

o14. Penggunaan kertas dinding perlu diberi perhatian - Sekiranya salah memilih kertas dinding dengan padanan warna dan kedudukan yang berlawanan, ianya akan memberi efek kepada ruang. Elakkan motif kertas dinding yang terlalu kecil atau terlalu besar. Pilihan corak biarlah sederhana dan tidak sarat.



Kertas Dinding Dengan Jalur Vertikal


o15. kertas dinding berjalur menegak atau vertikal adalah pilihan 

pilihan bijak kerana mampu memberi kesan siling lebih tinggi, 

seolah-olah wujud tiang dalam ruang. 

   - pilihan warna yang dicadangkan untuk jalur vertikal ialah kumpulan warna-warna putih, natural dan pastel.



o16. Binaan siling normal adalah lebih kurang 9 kaki, namun jika ditinggikan sehingga 11 kaki, ini dapat membantu memperlihatkan ruang yang lebih luas, terutama pada ruang tamu.

o17. Elakkan menggunakan siling plaster jika anda mempunyai ruang yang jarak antara bumbung dan lantai adalah rendah. 

--- Pengunaan siling plaster akan merendahkan siling. Sekiranya anda ingin menghias siling, pilihan kornis (birai hias) yang tepat pada bahagian kaki siling adalah perlu. Gunakan hanya kornis reka bentuk ringkas tanpa sebarang perincian yang rumit.

Pilih reka bentuk kornis (birai hias) yang ringkas dengan konsep "less is more" 


o18. SILING PUTIH ADALAH YANG TERBAIK - anda tidak perlu menukar warna siling walaupun sering merubah warna bahagian-bahagian lain.


o19..... Tempatkan perkakasan dan alatan yang tidak terpakai dalam satu ruang atau bilik khas. INI BAGI MEMASTIKAN RUANG SENTIASA KEMAS DAN SELESA.


020-- p a s t i k a n  a n d a  m e n g a m b i l  u k u r a n  k e l u a s a n  r u a n g  agar mudah membuat pilihan saiz sofa, meja kopi atau kabinet televisyen yang sesuai untuk ruang tersebut.


2 comments:

  1. saya mmg teringin utk memasang 'cornish' di ruang tamu kediaman saya tetapi rasanya x mampu nak memanggil org utk memasangnya, adakah satu keputusan yang bijak utk memasangnya sendiri?..sukar ke utk memasangnya?

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera Cik Rizalism.... persoalan yang anda ajukan mmg menarik.... jawapan saya bagi persoalan anda adalah "WHY NOT? If u do have the expertise then go ahead." Tetapi on a second thought.... tentu cik rizal mahukan hasil yang memuaskan hati dan terbaik bukan? Jadi amat sesuailah untuk cik rizal mengupah pakar untuk melaksanakan kerja pemasangan CORNICE tersebut.... Cik Rizal boleh menghubungi kami di EMES Engineering untuk melaksanakan kerja tersebut untuk Cik Rizal. Kami akan melaksanakan kerja tersebut dengan kualiti yang terbaik dan pada kadar harga yang berpatutan.... dan semestinya "BEST VALUE FOR MONEY"

    ReplyDelete

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...