Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Sunday 12 June 2011

PERCUMA: Tips Keselamatan Alat Dan Mesin Di Tapak Pembinaan

Alat-alat dan mesin-mesin hendaklah dijaga supaya sentiasa di dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Alat-alat yang rosak bukan sahaja mengganggu kerja bahkan merbahaya kepada pekerja yang menggunakannya. Oleh sebab itu, perkara-perkara yang berikut haruslah diambil perhatian:



1. Alat-alat yang telah digunakan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan supaya tidak mudah berkarat dan rosak.

2. Alat-alat hendaklah disimpan pada tempatnya selepas digunakan. Jangan biarkan alat bersepah dan berselerak di atas lantai.

3. Apabila menghulurkan alat tajam kepada orang lain, halakan pemegangnya dan bukan bahagian hujung yang tajam.

4. Bagi sesuatu kerja tertentu, gunakanlah alat yang sesuai.

5. Tukul besi yang pemegangnya longgar hendaklah dibaiku terlebih dahulu sebelum digunakan.

6. Untuk memotong bata, gunakan alat-alat yang sesuai seperti tukul bata, tukul besi dan bantalan, bukannya dengan menggunakan kulir.

7. Mesin penggaul konkrit dan alat getar (vibrator) hendaklah dibersihkan setiap kali selepas menggunakannya supaya simen tidak melekat padanya. Bersihkan dramnya selepas digunakan dan biar muka dram menghala ke bawah apabila tidak digunakan.

8. Pastikan semua alat elektrik dibumikan sewajarnya dan apabila menggunakan mesin, pastikan peraturan keselamatan bagi mesin tersebut dipatuhi.

9. Sebelum kayu diketam, pastikan terlebih dahulu tiada paku dan kecacatan padanya, terutama kayu-kayu yang telah dipakai dan yang lama.

10. Tutupkan suis penyambung elektrik apabila mesin tidak digunakan.

Kempen Utamakan Keselamatan Oleh CIDB


11. Apabila membuat sebarang tanda atau ukuran pada bahan yang sedang dikerjakan tutupkan suis mesin terlebih dahulu.

12. Jangan berbual-bual atau bergurau-senda semasa membuat kerja dengan menggunakan mesin.

13. Tutup suis mesin terlebih dahulu apabila hendak membuat sebarang pindaan dimensi atau menukar bahagian ganti mesin.

14. Sebelum memulakan sesuatu kerja, tunggu sehingga mesin tersebut mencapat tahap kelajuan yang cukup dan ditetapkan. Jangan sekali-kali dibebankan mesin itu melebihi daripada had kuasa yang sepatutnya.

15. Pastikan semua pengadang keselamatan  ada pada mesin yang hendak digunakan.

16. Jangan gunakan mesin apabila berasa badan kurang sihat.

17. Hanya pekerja yang membuat kerja pada mesin sahaja dibenarkan menghidupkan suis dan mengawal mesin tersebut. 

18. Jangan biarkan saki-baki potongan kayu berselerak di sekeliling mesin.

19. Pastikan kawasan kerja yang mencukupi bagi sesebuah mesin.

20. Gunakan alat pelindung mata, penutup hidung dan mulut, dan lain-lain apabila pekerjaan itu mengeluarkan habuk, debu dan sebagainya.

21. Pekerja-pekerja mestilah mendapatkan KEBENARAN terlebih dahulu sebelum menggunakan mesin.

22. Pastikan bahawa SEMUA bekalan kuasa elektrik telah ditutup sebelum meninggalkan bengkel atau tempat bekerja.



Pastikan Keselamatan Menjadi Keutamaan Ketika Bekerja Di Tapak Bina


2 comments:

  1. terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Sama-sama Anonymous.... diharap tips yang kami paparkan dapat membantu dan menambahkan ilmu anda .... terima kasih juga kepada anda kerana sudi berkunjung ke blog EMES Engineering

    ReplyDelete

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...