Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Wednesday 15 June 2011

PERCUMA: Tips Cara Bijak Atur Ruang Sempit

Ramai yang tidak berpuas hati dan merungut sekiranya ruang kediaman begitu terhad atau sempit. Biarpun ruang terhad mempunyai cabarannya tersendiri, namun jika bijak mengatur, ruang yang sempit akan kelihatan hebat dan berfungsi dengan baik. Berikut kami berikan 50 tips dan saranan yang boleh dijadikan panduan untuk lebih bijak mengatur ruang. 

Kami mulakan dengan 1O tips ringkas untuk hari ini:

Rumah Berkeluasan Sempit dan Terhad


OO1. Perancangan ruang yang bijak banyak membantu mengatasi masalah ruang sempit.

Sekiranya anda sering membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, pastinya anda memerlukan ruang khas bagi tujuan ini, cukup sekadar melakukannya di ruang makan atau ruang tamu. Bina sebuah rak buku di kawasan berdekatan dan pastikan lampu yang dipilih bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.

002. Aplikasi pelan terbuka iaitu mengambil kira struktur dinding boleh menjadi panduan kepada anda.

Ini kerana kebanyakkan kediaman akan mengubah suai kedudukan dinding untuk proses penambahan ruang. Kenal pasti sama ada kedudukan dinding adalah selamat untuk struktur kediaman atau tidak. Sekiranya tidak sesuai, kekalkan kedudukan dinding asal.

Robohkan dinding jika perlu untuk keluasan ruang

003. Penggunaan cermin kaca terutamanya pada binaan tingkap dan pintu dan dinding dapat membantu menjadikan ruang lebih luas.

Ini membantu ruang agar tidak nampak terkurung dan boleh berinteraksi dengan bahagian luar.

OO4. Bina lekuk kecil untuk mengubah persepsi ruang agar kelihatan lebih lapang.

Namun, perlu berhati-hati kerana lekuk yang tidak bersesuaian  boleh menghasilkan ruang lebih kecil dan sempit.

OO5. Binaan siling sama ada berbentuk cengkung 

..... Atau dengan konsep terbuka (bumbung lutsinar) mampu merubah ruang sempit menjadi lebih besar.

OO6. Siling tinggi perlu untuk memastikan kedudukan ruang menegak 

..... lebih seragam dan selesa.

OO7. Gabungan warna-warna cerah sama ada pada permukaan dinding dan pilihan fabrik mudah untuk disesuaikan dengan perabot.

Warna putih bersih adalah warna selamat kerana mampu digabungkan dengan warna-warna lain.

Warna putih mudah untuk memberi ilusi keluasan ruang

OO8. Kehadiran tekstur lembut dapat melapangkan ruang berbanding tekstur kasar. 

Kemasan lantai dengan sisipan panel kaca mampu digandingkan bersama warna-warna lain.

OO_9. Ciptakan bayang pada titik fokus sama ada pada bahagian dinding atau siling.

Kombinasi bersama bagi warna juga boleh bertindak balas dengan cahaya untuk kesan lebig dramatik dan menarik.

O+10. Elakkan pengunaan warna terang & kontra.....

pada bahagian bersebelahan sumber cahaya untuk mengelakkan dinding atau siling kelihatan seolah-0lah terapung dan nampak tidak kekal. 


5 comments:

  1. boleh explain mengenai "buat lekuk" itu...kurang faham...
    adakah penggunaan sofa yang dtg dlm bentuk "set" adalah pilihan bijak utk ruang rumah yg terhad?...
    10 tips ini sgt bernas, can't wait for the next 40 tips..:)

    ReplyDelete
  2. En. Rizal.... buat lekuk bermaksud membina arches.... tp seperti yang dinyatakan di dalam tips kami.... arhces tersebut hendaklah bersesuaian dengan ruang yang anda miliki

    2. rasanya tidak salah jika menggunakan sofa dalam bentuk set, asalkan anda bijak memilih saiznya dan juga yang penting jika anda memilih sofa dalam bentuk set pastikan ruang yang anda ingin tempatkan sofa tersebut berupaya menampung set sofa anda tersebut.... dan pastikan perletakan sofa anda tidak mengganggu pergerakkan dan laluan lalu lalang di dalam kediaman anda

    ReplyDelete
  3. thanks for the info again...:)

    ReplyDelete
  4. hello, slm blog,
    sy mmg berminat rumah minimalist ni, tp dekat malaysia ada ke rumah yg sempit-sempit ni? studio apartment semua luxury cost and fully furnished. Any idea where to get cheap studio / loft?

    ReplyDelete
  5. Hello... salam blogger juga utk En. Firdaus....

    di Malaysia banyak juga mempunyai rumah-rumah yang mempunya keluasan kecil dan sempit, seperti rumah pangsapuri kos rendah, dan mungkin juga rumah teres yang berkeluasan kecil. Untuk senarai-senarai rumah yang seperti diinginkan oleh En. Firdaus, mungkin En. Firdaus boleh merujuk kepada laman sesawang www.iproperty.com.my, yellow pages atau listing-listing web yang sepertinya.... terima kasih

    ReplyDelete

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...