Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Monday 13 June 2011

PERCUMA: Tips Bagaimana Memilih Warna

Bagaimana Memilih Warna?

Roda Warna


1. Kelompok warna dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu warna asas, warna kedua atau warna sekunder dan warna-warna ketiga , iaitu warna tertiari.

2. Warna-warna asas terbahagi kepada tiga iaitu warna merah, warna putih, kuning dan biru.

3. Warna daripada kelompok kedua iaitu warna-warna sekunder adalah hasil campuran daripada warna-warna asas yang menghasilkan warna seperti hijau, jingga dan ungu.

4. Warna-warna tertiari pula adalah warna-warna yang dihasilkan daripada warna-warna sekunder yang dikelaskan kepada warna-warna pastel seperti merah jambu, hijau epal, maroon, coklat tanah atau perang, biru muda dan lain-lain.

5. Pilihan warna-warna ini boleh membantu menghidupkan mood dan juga menjadi terapi kepada pemilik.

Warna boleh dijadikan sebagai medium terapi bagi pemilik kediaman


6. Sekiranya pemilik inginkan suasana kediaman dalam mood suram dan tenang, kelompok warna-warna sejuk dan natural seperti hijau, coklat, biru muda dan kuning cair boleh menjadi pilihan.

7. Pemilik yang gemarkan suasana ceria dan hangat, kelompok warna-warna terang seperti jingga, merah, kuning, oren pekat dan hijau terang mampu menaikkan seri ruang.

Kombinasi warna ceria dan hangat


8. Memilih warna perlu berdasarkan saiz dan kedudukan ruang, dan perlu mengambil kira kepada faktor cahaya dan pilihan perabot. Keadaan ini adalah untuk mengelakkan ruang tampak kecil kaku dan tidak bermaya.

Kombinasi warna juga memainkan peranan dalam penentuan keluasan sesuatu ruang


9. Untuk ruang bersaiz kecil, sebaiknya memilih warna-warna terang seperti jingga, hijau, biru muda dan merah jambu bagi menjadikan ruang lebih luas dan selesa.

10. Tetapi perlu diingat, pilihan warna kontra yang salah daripada kelompok warna berbeza boleh mencacatkan sentuhan dekorasi sesebuah kediaman.


Kecacatan pada ruang rumah akan berlaku sekiranya kombinasi warna yang salah dipilih.

9 comments:

  1. apakah warna yang paling sesuai untuk pemilik kediaman yang sukakan konsep country/english?...

    ReplyDelete
  2. rona warna yang sesuai bagi konsep Inggeris adalah dari padanan warna-warna lembut dan pastel seperti kuning cair, biru muda dan terutama sekali adalah warna putih.... dan jangan dilupa, untuk konsep Inggeris ianya lebih menekankan ciri-ciri unik flora sama ada yang bersaiz besar atau pun kecil utk latarnya....

    ReplyDelete
  3. thank you so much...the tips really help me...:)

    ReplyDelete
  4. wrna ungu cair categori warna apa ye

    ReplyDelete
  5. Ungu cair atau nama lainnya lavender colour adaalah di dalam kumpulan warna-warna pastels

    ReplyDelete
  6. apakah kombinasi warna yg sesuai untuk bangunan taska sebagai daya penarik dn nampak ceria.

    ReplyDelete
  7. Pn. Aliza.... untuk menepati konsep taska yang ceria dan penarik bagi kanak-kanak untuk datang belajar sudah semestinya pemilihan warna-warna terang dan ceria harus diterapkan. Disamping itu disertakan juga dengan kombinasi gambar-gambar watak kartun animasi bagi memberikan lebih impak ceria kepada persekitaran taska anda.

    ReplyDelete
  8. apakah warna yg kontra dgn warna merah?
    saya ingin menggunakan warna merah diruang TV.
    tq

    ReplyDelete

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...