Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Wednesday, 18 May 2011

PERCUMA: Tips Memilih Permukaan Kerja (Table Top)

Sebuah ruang dapur yang dirancang dengan sempurna seharusnya mempunyai kawasan permukaan kerja mencukupi iaitu dapat menampung semua keperluan sink, kawasan penyediaan makanan, ruang penyimpanan dan dapur masak dalam satu rangkaian.

Permukaan kerja adalah tempat yang paling tahan lasak berbanding permukaan lain di dapur. Sifatnya mesti tahan panas dan juga tahan kepada sebarang kotoran. Bagaimanapun anda boleh melindungi permukaan kerja ini daripada rosak dengan menggunakan papan pemotong semasa memotong.

Jenis Permukaan Kerja

Sama ada berhasrat menukar permukaan kerja sahaja atau membina kabinet baru, eloklah meninjau dan mengenal pasti beberapa jenis permukaan kerja yang sesuai sebelum membuat sebarang pilihan.

Laminat (Laminated Table Top)

Bahan yang digemari ramai kerana harganya dianggap berpatutan, disamping menampilkan pelbagai pilihan warna menarik. Selain jenis permukaan licin, ada juga laminat bertekstur. Bagaimanapun laminat tergolong dalam jenis permukaan yang tidak terlalu tahan lasak kerana cepat calar, mudah terbakar dan kesan kotoran mudah kelihatan. Sekiranya anda benar-benar mahu menggunakan laminat sebagai permukaan kerja, maka sebaiknya lindungi permukaannya dengan melakukan kerja memotong di atas papan pemotong.

Permukaan Kerja Laminat (Laminated Table Tops)

Jubin (Tiles Table Top)

Jubin adalah antara bahan kemasan yang dikatakan mudah memberi warna pada ruang dapur. Apatah lagi, harganya pun tidaklah terlalu mahal. Namun kos lazimnya bergantung kepada jenis jubin yang digunakan, samada jenis jubin buatan tangan atau kilang. Jubin sememangnya bersifat tahan lasak tetapi cantuman jubin sering mengundang masalah. Untuk itu, cuba dapatkan epoxy grout atau yang serupanya bagi menjamin permukaan dan cantuman ruang kerja jubin anda sentiasa bersih.

Kemasan Jubin Untuk Permukaan Kerja

Tiles Table Top For Kitchen 

Kayu (Wooden Table Top)

Kayu hakikatnya membantu memberi watak pada dapur. Biarpun kayu bukanlah bahan terbaik yang dapat mengelakkan kesan calar akibat kerja memotong tetapi kayu satu-satunya permukaan kerja kabinet yang tidak akan merosakkan pisau anda. Permukaannya juga tidak sesuai untuk digunakan untuk meletak periuk panas kerana akan menyebabkan kesan panas melekat padanya. Dari sudut ketahanan pula, anda tidak disaran untuk menjadikan permukaan kayu sebagai tempat memotong.

Permukaan Kerja Kemasan Kayu
Bahan Padu (Solid Material Table Top)

Permukaan kerja daripada bahan padu merujuk kepada bahan yang bukan daripada jenis laminat atau formika. Keistimewaan bahan padu ialah ianya sangat tahan lasak. Jesteru itu, permukaannya tidak akan meninggalkan kesan calar, tahan guris dan panas. Begitupun, bahan padu ini tiga kali lebih mahal daripada bahan laminat dan dia kali lebih mahal berbanding bahan kayu, tetapi lebih murah berbanding logam dan batu. Bahan padu boleh diperolehi dalam pelbagai warna dan rupa selain diberi jaminan penggunaan oleh pengeluar.

Permukaan Kerja Bahan Padu (solid material table top)


Batu Asli (Natural Stones ie Granite etc.)


Granit - Sejenis batu keras yang terbentuk oleh faktor semulajadi sejak beratus-ratus juta tahun dan kewujudannya berpunca daripada lava teras bumi. Hadir dalam pelbagai warna dan rupa corak yang menarik, granit juga dihasilkan dalam beraneka kemasan seperti licau, kusam dan bertekstur. Semuanya bergantung kepada keperluan kepengunaannya. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak maka granit sesuai dijadikan sebagai permukaan kerja dapur.


Classy Kitchen With Granite Table Top

Granite Table Top

Ruang Dapur Bergaya Dengan Permukaan Kerja Kemasan Granit




No comments:

Post a Comment

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...