Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Tuesday, 26 April 2011

PERCUMA: Tips Menangani Ruang Tamu Luas

Ada orang yang sangat bertuah memiliki ruang tamu yang luas dan lapang. Namun, ini bukan bermakna ruang sedemikian mudah untuk dilengkapi dan dihias. Bahkan, kebanyakkan pemilik rumah seringkali menghadapi ketandusan ilham berkaitan memilih dan menyusun atur perabot. Ketiadaan dinding pengadang menyebabkan ada yang cenderung menempatkan semua perabot rapat ke dinding sekaligus meninggalkan ruang kosong yang hambar di tengah-tengah.

1. Ruang Tamu yang lapang lumrahnya berkonsep terbuka, iaitu dibina bersekali ruang makan. Jesteru itu, anda hendaklah mengambil kira fungsi kedua-dua ruang terbabit ketika mencari perabot. Dalam kes seperti ini, anda perlu menyediakan perabot khusus untuk ruang tamu dan ruang makan. Jika ada lebihan ruang, maka boleh diwujudkan sudut menonton atau membaca. Ini bermakna anda perlu membahagikan keseluruhan kawasan kepada beberapa sudut atau ruang kecil. Perabot yang sesuai hendaklah diletakkan selaras dengan fungsi ruang berkenaan.

2. Sudut merai tetamu atau berbincang misalnya, sesuai diwujudkan di kawasan yang jauh sedikit daripada kawasan lalu-lalang. Perabot yang sesuai diguna adalah set sofa fabrik atau kulit sepenuhnya ataupun menggandingkan set kerusi upholsteri dengan sofa. Kawasan berhampiran ruang dapur sewajarnya diletakkan set meja makan yang serasi dengan perabot di ruang tamu. Ruang lebihan yang dijadikan tempat menonton pula boleh diletakkan sofa dua atau tiga tempat duduk.

3. Bagi yang gemarkan gaya seragam, pilih perabot yang mempunyai pertalian warna atau bentuk. Bagaimanapun, jika ingin mewujudkan suasana tersendiri untuk setiap ruang duduk, gunalah perabot yang berlainan.

4. Ruang tamu rasmi perlu ditata hias dengan gaya yang tidak keterlaluan supaya sesuai dengan fungsinya. Begitu juga dengan ruang menonton yang berfungsi sebagai ruang bersantai, pastikan penampilannya memenuhi ciri sedemikian.

5. Sudut berhampiran pintu kaca sorong sesuai menempatkan sebuah kerusi dua tempat duduk dan dua kerusi beralas tangan. Sudut menonton pula sebaik-baiknya ditempatkan kabinet televisyen dan sofa panjang yang digandingkan dengan kerusi ottoman.

6. Penambahan kerusi tab reka bentuk Inggeris atau jenis antik ringan boleh diselitkan di ruang yang kosong. Kerusi ini boleh ditarik ke kawasan ruang tamu jika bilangan tetamu yang datang agak ramai.

7. Satu lagi cara ialah dengan mengubah suai lantai menjadi aras selisih. Langkah ini dapat mewujudkan suasana tersendiri di ruang terbabit. Namun, cara ini menelan sedikit perbelanjaan kerana membabitkan kerja memecah dan membina semula. Kaedah yang sama boleh dibuat pada siling. Gaya siling tinggi rendah dapat membantu mewujudkan pembahagi ruang.

8. Mengecat dinding dengan warna gelap boleh membuatkan suasana ruang yang lebih luas nampak lebih kecil daripada bukaan sebenar. Selain itu, anda boleh menampilkan penggunaan banyak warna dalam satu ruang dan hasilnya menjadikan ruang kelihatan lebih sempit. Malah, pengunaan kertas dinding berlainan corak juga boleh diamalkan untuk tujuan yang sama.

9. Jika semua perabot disusun di tepi dinding akan menampakkan suasana rumah seperti tidak cukup perabot. Untuk itu, pilih penggunaan perabot berukuran besar dan padu serta diletakkan di tengah-tengah ruang tanpa membahagikan ruang berkenaan kepada beberapa ruang kecil yang lain. Bagi memenuhkan ruang yang masih kosong, anda boleh menempatkan pokok pasuan, meja peti dan lampu lantai. Pembinaan laluan bergerbang juga adalah cara berkesan untuk mengecilkan ruang.

Ingin menata ruang tamu anda? Jangan lupa hubungi kami di Emes Engineering Resources untuk hasil terbaik dan berkualiti, dijamin memuaskan hati anda.

Rajah: Contoh-contoh Rajah Penataan Ruang Tamu Luas





No comments:

Post a Comment

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...