Simen adalah sejenis bahan buatan yang dihasilkan dengan membakar campuran campuran batu kapur dan tanah liat. Bahan ini mempunyai dua sifat utama iaitu sifat lekatan dan lekitan. Sifat-sifat ini membolehkan simen bertindak sebagai bahan pengikat yang baik bagi mengikat batu-bata dalam kerja pembinaan tembok dan juga mengikat batu-batu baur untuk membentuk satu jasad konkrit yang padu dan kuat.
Simen |
Berdasarkan sifat-sifat dan kandungan bahan kimianya, simen boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
a. Simen Portland Biasa
Nama portland diberikan kepada simen jenis ini kerana warnanya sama dengan sejenis batu yang terdapat di Portland, satu tempat di England. Simen jenis ini banyak dihasilkan oleh kilang-kilang tempatan kerana kegunaannya paling meluas, baik untuk bancuhan konkrit mahupun untuk kerja-kerja melepa dan menerap batu-bata.
Bahan-bahan mentah untuk menghasilkan simen portland biasa adalah tanah liat dan batu kapur. Serbuk gipsum sebanyak 1-3% dicampurkan ke dalam simen ini semasa simen ini dihasilkan untuk memanjangkan masa pengerasannya. Jangka masa pembekuan awal bagi simen ini hendaklah tidak kurang daripada 30 minit dan jangka masa pembekuan muktamadnya pula tidak melebihi 10 jam. Simen portland biasa mengandungi bahan-bahan berikut:
Kedudukan simen portland biasa (diuji pada hari ketujuh) hendaklah tidak kurang daripada
b. Simen Cepat Keras
Komposisi simen ini adalah sama dengan simen portland biasa kecuali zarahnya lebih halus menyebabkan ia mencapai kekuatannya dengan lebih cepat. Kekuatannya yang dicapai pada tempoh umur 4 hari adalah lebih kurang sama dengan kekuatan yang dicapai oleh simen portland biasa yang berumur 28 hari. Jangka masa membeku bagi kedua-dua simen ini adalah lebih kurang sama. Kelebihan simen cepat keras berbanding dengan simen portland biasa ialah dalam pembinaan struktur konkrit, acuan konkrit boleh ditanggalkan lebih awal dan anggota struktur tersebut boleh dibebankan dengan lebih awal untuk pembinaan selanjutnya. Simen ini adalah lebih mahal tetapi sangat berguna terutama bagi membuat kerja-kerja pembaikan.
c. Simen Cepat Membeku
Simen ini mula membeku pada kadar 5 minit selepas dibancuh dengan air dan boleh mengeras dalam tempoh 30 minit. Sifat cepat membeku ini memberi jangkamasa yang singkat untuk membancuh, mengalih dan memampatkan konkrit. Oleh sebab itu, pengendalian yang cekap diperlukan di tapak binaan. Penggunaan simen ini secara amnya adalah digunakan khas untuk membuat kerja dalam air yang mengalir.
Walaupun simen jenis ini cepat membeku, kadar pengerasannya pula sama dengan simen portland biasa. Konkrit yang dihasilkan dengan simen ini hendaklah dikawal dengan rapi dan pengawetan hendaklah dimulakan sebaik sahaja konkrit membeku.
d. Simen Putih
Sifat dan kandungan bahan-bahan kimia simen putih adalah sama dengan simen portland biasa kecuali warnanya. Simen putih dihasilkan dengan menggunakan bahan mentah yang terpilih, iaitu batu kapur yang tulen dan tanah liat kaolin (China Clay). Dalam proses pembakaran, kawalan rapi hendaklah diambil untuk memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan tidak terkena bekas besi atau keluli untuk mengelakkan pengoksidaan kerana sebarang pengoksidaan dengan besi atau keluli menghasilkan warna. Oleh itu, relau pembakaran untuk menghasilkan simen putih hendaklah dilapikkan dengan batu-bata tahan api pada permukaan sebelah dalamnya dan pembakaran dilakukan dengan minyak sebagai bahan bakar, menggantikan arang batu.
Simen putih digunakan dalam kerja-kerja kemasan seperti pemasangan terazzo, melepa dan sebagainya.
e. Simen Berwarna
Simen berwarna ini diperolehi dengan mencampurkan 5% - 10% bahan pewarna kepada simen portland biasa atau simen putih bergantung kepada warna yang dikehendaki. Bahan pewarna yang boleh digunakan untuk menghasilkan warna adalah seperti yang berikut:
Simen berwarna digunakan untuk melepa, membuat terazzo, merekatkan jubin-jubin dan sebagainya yang memerlukan warna yang tertentu.
f. Simen Berhaba Rendah
Simen ini mempunyai sifat yang tersendiri, iaitu kenaikan suhunya semasa membeku adalah lebih rendah dibandingkan dengan simen portland biasa. Sifat ini membolehkan simen ini digunakan untuk pembinaan struktur konkrit yang berjasad besar seperti empangan, tembok penahan, tembok landasan bagi jambatan dan sebagainya. Penghasilan haba yang tinggi mungkin mengakibatkan retak pada struktur tersebut. Kadar pencapaian kekuatan simen ini adalah perlahan tetapi kekuatan muktamadnya adalah sama dengan simen portland biasa.
g. Simen Lebih Alumina
Sifat dan komposisi jenis simen ini jauh berbeza daripada simen portland biasa. Kandungan alumina di dalam simen ini lebih 30% berbanding 10% di dalam simen portland biasa. Simen ini mula membeku 2 jam selepas dibancuh dengan air dan mula mengeras 2 jam kemudian. Kadar pengerasannya adalah lebih cepat daripada simen portland biasa dan juga mencapai kekuatannya lebih awal. Ia mencapai 75% kekuatan muktamadnya dalam jangkamasa 24 jam selepas dibancuhkan dengan air.
Simen yang mengandungi lebih alumina boleh menahan panas, menghalang serangan garam magnesium dan sulfat serta tidak dipengaruhi oksida. Oleh itu, simen jenis ini sangat sesuai digunakan di tempat-tempat yang mengalami banjiran air laut dan yang terdedah kepada bahan-bahan kimia.
Simen ini juga menghasilkan haba yang tinggi semasa membeku. Oleh itu, ianya tidak sesuai digunakan untuk pembinaan struktur konkrit yang berbentuk besar. Pengawetannya perlu dikawal dengan rapi. Batu baur yang mengandungi cecair alkali atau kapur juga tidak sesuai dibancuh dengan simen jenis ini.
Harga simen ini adalah 2-3 kali ganda lebih mahal berbanding harga simen portland biasa. Ianya jarang digunakan dalam pembinaan biasa.
adakah simen Portland sesuai di gunakan dalam mengikat batu bata kalis api?
ReplyDeleteSedang mencari jawapan simen pada ketahanan api bakaran...simen jenis apa ye
ReplyDelete