Bilik air yang lengkap dengan peralatan sepatutnya menjadi tempat paling disenangi untuk kegunaan membersihkan diri. Apa lagi, jika penampilan suasananya diperindahkan dengan penuh bergaya, tentu akan lebih untuk dimasuki. Bayangkan sebuah bilik air yang lengkap dengan tab mandi atau jakuzi, bersambung pula dengan ruang berdandan yang bercermin solek cantik serta kerusi empuk untuk bersantai, pasti mengikat kaki untuk berkurung lama.
Perancangan untuk bilik air anda - ambil ukuran ruang dengan tepat |
Adakalanya, terdapat bilik air yang dihias dan dilengkapi dengan kerusi Cleopatra yang besar dan gebu berharga puluhan ribu ringgit. Mungkin hanya golongan tertentu sahaja yang mampu melengkapi bilik air di kediaman mereka dengan ciri semewah begitu. Kebanyakkannya sekadar mampu membentuk ruang pancuran, bahkan ada bilik air yang keluasannya hanya secukup untuk berdiri. Jadi, sekiranya keluasan bilik air yang ada agak terbatas, memadailah mengunakan peralatan dan unsur perhiasan yang perlu sahaja dan setaraf dengan kemampuan ruang yang anda miliki tersebut.
Perancangan yang baik merealisasikan impian bilik air idaman anda |
Apa-apa pun, penampilan gaya sesebuah bilik air tidak harus dikesampingankan dan harus dihias secantik mungkin untuk memastikannya dapat membangkitkan semangat dan meleraikan segala kekusutan sebaik sahaja anda melangkah masuk menggunakan ruang tersebut. Jesteru itu, penataannya perlu diberi sedikit perhatian dan perancangan yang teliti walaupun sekadar mengeluarkan peruntukan yang kecil.
PERANCANGAN
Rata-rata mengabaikan proses perancangan di bilik air kerana menganggapnya tidaklah sebegitu penting untuk diketengahkan berbanding ruang lain. Sebenarnya banyak yang boleh dilakukan untuk menyelitkan keceriaan bilik air. Jika sebelum ini tempat itu dirasakan tidak mempunyai ciri atau daya tarikan yang berupaya menyerlahkan suasana yang bersifat mengundang dan ceria, maka mulakan berbuat sesuatu untuk menceriakan dan menaikkan taraf bilik air anda.
Kenali ruangan yang anda miliki dan ketahui apa yang anda ingin laksanakan kepada ruangan tersebut |
Perkara utama yang dinilai ialah adakah perancangan berkenaan perlu juga membabitkan pengubahsuaian struktur peralatan utama seperti mangkuk tandas dan sinki. Jika ingin menjimatkan perbelanjaan, sebaiknya pengubahsuaian atau penukaran struktur ini dielakkan dan hadkan kepada kerja menghias ruang ini semata-mata.
Senaraikan item apa yang ingin ditukarkan di dalam ruangan bilik mandi anda |
Fikirkan juga kapisiti jumlah orang yang bakal menggunakan bilik air berkenaan, umur dan keperluan mereka. Jika hanya ada satu bilik air dan penggunanya ramai, anda boleh mewujudkan ruang mandi berasingan atau tambahkan sinki di tempat lain supaya ahli keluarga tidak berebut untuk menggunakan sinki yang sama pada satu-satu masa. Sinki yang digunakan untuk melakukan aktiviti kecantikan seperti membersihkan muka dan menggosok gigi boleh dipasang di tempat yang sesuai, misalnya di luar pintu bilik air dan di ruang dapur yang berdekatan.
Water Closet |
Perlu diingatkan, peralatan kekal seperti mangkuk tandas dan sinki adalah mahal, jadi ambil masa yang cukup untuk mencari yang paling sesuai kerana peralatan itu adalah untuk kegunaan jangka masa yang lama.Buat tinjauan ke beberapa ruang pameran bilik air dan kaji keupayaan pengeluar serta nilai kelebihan setiap peralatan dengan membaca maklumat mengenainya daripada katalog pengeluar.
Rekabentuk sinki yang menarik untuk ruang bilik air anda |
No comments:
Post a Comment