- Kertas dinding berjalur dalam komposisi menegak atau vertikal memberi efek siling lebih tinggi.
![]() |
Kertas Dinding Corak Vertikal |
- Pilih corak kertas dinding tidak perlu terlalu sarat dengan motif dan bersaiz sederhana untuk menggelakkan ruang tampak sarat.
![]() |
Pemilihan Wallpaper mestilah dilakukan dengan betul |
- Sekiranya memilih untuk menggunakan border, pastikan ia dilekatkan di bahagian atas dinding berhampiran kaki siling. Jika anda melekatkan di bahagian tengah dinding, akan memperlihatkan permukaan siling yang lebih rendah.
![]() |
Jika ingin meletakkan Border pastikan perletakkan yang betul dan pilih yang bersesuaian |
- Pilihan kertas dinding mempunyai beberapa jenis yang dibahagikan kepada pilihan kertas-kertas, fabrik-nonwooven dan kombinasi kertas-vinil bersama fabrik efek.
![]() |
Pelbagai pilihan untuk kertas dinding |
- Pilihan kertas-kertas sesuai untuk jangka masa lama kerana tidak mudah tanggal. Bagi pilihan fabric-nonwooven pula, sesuai untuk digayakan pada dinding hias dalam keluasan dinding yang terhad.
![]() |
Contoh ruang yang menggunakan kertas dinding dari jenis Fabric Non-Wooven |
- Manakala bagi kertas dinding daripada vinil adalah pilihan yang paling lasak dan menjimatkan. Ini kerana ia tidak mudah koyak dan senang untuk dicuci.
![]() |
Contoh ruang yang menggunakan kertas dinding dari jenis vinyl |
No comments:
Post a Comment