Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday, 4 June 2011

Tahukah Anda? : Jenis Ikatan Bata

Jenis Ikatan Bata

Dalam kerja bata terdapat banyak ikatan susunan bata. Diantara ikatan-ikatan utama dalam kerja bata ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris, ikatan Flemish dan ikatan Dutch. Terdapat juga lain-lain ikatan atau susunan bata yang menggabungkan di antara satu sama lain daripada ikatan-ikatan yang utama.

a. Ikatan Sisi Bata (Stretcher Bond)

Ikatan ini digunakan sebagai isian (infill) struktur kerangka untuk dinding setengah bata tebal (1/2 bata = 113mm).Ikatan disusun dengan menyambung setiap bata pada kepalanya. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan sisi bata dan berselang-seli dengan lekapnya ialah antara 1/4 bata hingga 1/2 bata.

Ikatan Sisi Bata (Stretcher Bond)



b. Ikatan Kepala Bata (Header Bond)

Setiap lapisan dalam ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja menjadikannya ikatan satu bata. Sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok berbentuk bulat atau melengkung seperti ambang.


Ikatan Kepala Bata (Header Bond)


c. Ikatan Inggeris (English Bond)

Ikatan ini diselang-selikan pada setiap lapisan dengan ikatan sisi bata pada satu lapisan dan ikatan kepala bata pada lapisan berikutnya, menjadikannya ikatan satu bata. Sebiji 1/2 bata penutup ditempatkan bersebelahan kepala bata penjuru pada setiap lapisan kepala bata. Bata penutup ialah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap 1/4 bata minima yang seragam. Ikatan ini boleh dianggap ikatan yang kuat diantara ikatan-ikatan yang utama.


Ikatan Inggeris (English Bond)


d. Ikatan Flemish (Flemish Bond) 

Ikatan ini mengandungi ikatan sisi bata dan kepala bata yang disusun berselang-seli dalam satu lapisan dan setiap lapisan. Sebiji 1/2 bata penutup juga ditempatkan bersebelahan kepala bata penjuru pada setiap selang lapisan.

Apabila dua belah tembok dinding menunjukkan susunan Flemish, ia dikatakan 'Flemish Kembar'. Sekiranya sebelah ikatan Flemish dan sebelahnya ikatan inggeris, ia dinamakan 'Flemish Tunggal'. Ikatan ini menyebabkan sambungan tegak berterusan di sebelah dalam dan lemah, tetapi ia menghasilkan kedua-dua belah muka tembok dinding yang lebih rata dan sesuai untuk tembok hiasan dan tidak di'lepa'.

Ikatan Flemish (Flemish Bond)


e. Ikatan Dutch

Ikatan ini adalah satu ikatan perubahan daripada ikatan inggeris. Ia mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli dengan tiap-tiap lapisan itu bermula dengan bata kerat 3/4. Tiada 1/2 bata penutup digunakan dalam ikatan ini.

Ikatan Dutch (Dutch Bond)


f. Ikatan Bata Silverlock

Ikatan ini adalah lanjutan daripada ikatan inggeris. Mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli secara mengiring. Lapisan kepala bata bermula dengan 2 bata tiga suku manakala lapisan sisi bata bermula dengan 3 bata mengiring pada kedua-dua hujung tembok yang lurus.


Ikatan Silverlock (Silverlock Bond)

g. Ikatan Monk

Ikatan ini adalah tiruan daripada ikatan Flemish. Setiap lapisan mengandungi satu kepala bata diikuti dengan dua ikatan sisi bata berselang -seli.


Ikatan Monk (Monk Bond)


h. Ikatan Bata Perangkap Tikus

Dalam ikatan ini, semua bata disusun seperti ikatan flemish tetapi secara mengiring. Lubang yang terdapat diantara dua sisi bata dikosongkan kecuali dipenuhkan padat di penjuru, menjadikan ia sesuai sebagai dinding beronga yang menerima beban.


Mouse Trap Bond

Ikatan Bata Perangkap Tikus


i. Ikatan Raking

Ikatan ini digunakan pada tembok tebal ataupun untuk membina panel, lantai dan sebagainya. Dibina dengan menyusun sisi bata pada dua belah tepi tembok dan mengisikan dalamnya dengan bata yang bercorak tulang belut, penjuru, anyaman bakul ataupun sesiku.


Ikatan Raking (Raking Bond)

Kerja Bata Bertetulang

Dengan menggunakan besi tetulang keupayaan tanggungan sesebuah tembok  dinding dapat dipertingkatkan. Tetulang membantu tembok untuk menerima beban dan menggurangkang beban mati pada asas. Kerja bata ini juga membantu menahan tegasan tegangan dan tegasan mampatan yang lebih tinggi. Bahan-bahan yang digunakan ialah:-


a. Kepingan Logam Besi (Hoop Iron)

Banyak digunakan di waktu dahulu dengan disapukan selapis minyak tar untuk mengelakkan daripada berkarat. Sekeping besi bagi setiap setengah bata tebal tembok dan selalunya dimasukkan pada setiap lapisan yang ke-enam.

Hoop Iron
b. Kepingan Besi Tetulang

Besi bulat digunakan untuk tetulang tiang dipasangkan dengan menegak dan ditempatkan di celah-celah bata yang berlubang pada lekuknya.


Besi Keluli Tetulang
c. Kasa Exmet (expanded metal) & bricktor

Kasa exmet & bricktor biasanya ditempatkan selari dan diapit dengan lapisan bata pada setiap lapisan yang ketiga atau keempat dalam sambungan mortar, dimulakan pada lapisan kedua. Dibekalkan dalam keadaan bergulung 90 meter panjang dan 3 inci saiz lebar yang tertentu. 62mm lebar sesuai untuk ikatan 1/2 bata dan 175mm untuk ikatan satu bata.

Exmet Mesh

Kasa Exmet

Brickwork Reinforcement

d. Stiffener atau Brick Pier

Tiang penguat dinding pada jarak keluasan melebihi 160 kaki persegi, tidak menerima beban seperti tiang utama. Ianya diletakkan antara dua tiang utama yang jauh serta di penjuru dua tiang yang bertemu.


Brick Pier
Stiffener 

Pemasangan Stiffener







7 comments:

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...