1.0 Panel Tajuk Menegak Atau Mendatar
Dalam format lukisan kerja, ruang di sebelah kanan atau bawah disediakan untuk memberi maklumat mengenai setiap helaian pelan lukisan seperti berikut:
a. Tajuk kerja (Title) - contoh: Cadangan Membina dan Menyiapkan Sebuah Bangunan Kediaman Dua Tingkat Di Atas Sebahagian Lot.2033 Mukim 18, Batu Pahat, Johor Untuk Tuan Haji Ahmad Bin Sapar.
b. Tajuk Lukisan (Subtitle) - Pelan Lokasi, Pelan Tapak Dan Pelan Lantai.
c. Tandatangan dan Tarikh - Diperuntukan kepada mereka yang berkuasa di atas pelan tersebut, seperti Arkitek, Tuan Punya Tanah, Jurutera, Pengarah JKR dsb.
d. Skala (Scale) - Dalam nisbah 1:10, 1:20, 1:50, 1:100 dsb.
e. Dilukis dan Disemak oleh berserta tarikh - Pelan yang dilukis oleh Pelukis Pelan perlu disemak dan disahkan.
f. No.Lukisan (Drawing Nos.) - contoh: BBA/M/ACG-A1, BKP(SP)402/91/1 dsb.
g. Rujukan, Arahan atau Nota Tambahan - Item ini diberikan untuk membantu dalam memahami pelan lukisan tersebut.
*contoh: All dimensions are to be checked and verified on site by the Contractor before commencement of work.
2.0 Pelan Kunci (Key-Plan)
- Pelan kunci memberi panduan kedudukan tanah dan tapak cadangan pembinaan. Sempadan mukim, daerah, arah hala-tuju, jalan raya, sungai, bandar terdekat dan lain-lain.
Contoh Key-Plan |
3.0 Pelan Lokasi (Location Plan)
- Pelan lokasi memberi petunjuk kedudukan tapak cadangan pembinaan. Sempadan tanah bersebelahan, parit, jalan besar, jalan masuk, kawasan berumput, aras tanah.
Contoh Location Plan |
4.0 Pelan Tapak (Site Plan)
- Pelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras tapak sesuatu cadangan bangunan yang hendak dibina.
Contoh Site Plan |
5.0 Keratan-keratan Pelan (Cross-sectional Drawings)
- Pelan lukisan keratan menunjukkan bangunan, tanah yang dipotong dari aliran utara-selatan atau barat-timur memberi maklumat butiran isi dalaman sesebuah pelan.
Contoh Cross-sectional Drawing |
6.0 Perincian (Details)
- Pelan Lukisan Perincian memberi butiran yang besar dan lebih terperinci dan jelas seperti pintu, tingkap, cucur atap, sambungan tiang-gelegar, pemasangan pepasang sanitari.
Contoh Lukisan Perincian (Detail Drawing) |
7.0 Lain-lain Pelan Lukisan
- Pada umumnya semua ahli professional mengemukakan lukisan mereka sendiri. Arkitek mengemukakan Lukisan Arkitek, begitu juga Jurutera Awam Dan Struktur, Mekanikal dan Elektrikal, Landskap, Hiasan Dalaman, Jurukur Tanah, Perancang Bandar Dan Wilayah dan seterusnya.
8.0 Lukisan Piawai
- Lukisan-lukisan piawai adalah lukisan pelan yang Standard dan umum seperti lurang(manholes), tangki najis, pintu, tingkap, kelengkapan-kelengkapan pepasang sanitari, dan sebagainya yang digunakan berulang-kali dan disesuaikan dalam keadaan-keadaan yang diperlukan.
Contoh Lukisan Piawai untuk Pembinaan Lurang (manhole) |
9.0 SKALA (scale)
kalau earth work plan apa pulak ye
ReplyDelete