O.30# Contoh Yang Baik Untuk Ruang Kritikal
Pemilihan meja bulat bersama kemasan yang halus dan bersifat antik. Biar pun hiasan di tengah-tengah meja begitu klasik, tetapi pemilihan saiz aksesori yang selari dengan saiz meja perlu dibuat agar serasi dengan ruang.
Meja Bulat Antik |
O.31# Gaya Sederhana Tetapi Cukup Kreatif
Ruang kritikal sebegini memerlukan meja yang tidak terlalu panjang dan juga tidak boleh mengambil banyak ruang di setiap posisi. Jadi, meja segiempat tepat dilihat cukup sesuai. Biar pun hanya tiga tempat duduk, tetapi ianya sangat praktikal jika penghuni kediaman tidak ramai. Pengunaan bahan kitar semula dengan ilham ala cafe sememangnya sesuai dengan konsep ruang makan seperti ini.
O.32# Jangan Biarkan Diri Anda Dikongkong Oleh Ruang Yang Terhad
Jendela merupakan alternatif untuk anda menikmati pemandangan indah di luar sana. Kemasan lembut kadang-kadang tidak dapat membantu menyeimbangkan mood ruang sehingga terasa keras dan seperti dibelenggu. Dalam kes ini, pemilik memilih untuk membiarkan jendela dan pintu gelengsar bebas daripada kemasan lembut atau dilitupi fabrik keras. Malah, pemandangan luar biasa di luar sana merasakan kediaman ini tampak lebih luas.
Kreativiti dalam menata rias ruang terhad |
O.33# Pilihan yang berbeza
Hijau bagaikan satu sentuhan rustik memberi impak kedesaan yang ideal untuk ruang dapur. Jika mahu kemasan lebih pastel, gunakan material kayu 'Lime Wash' sebagai pilihan selamat.
O.34# Putih Warna Dramatik Untuk Dapur
Ramai yang mengatakan putih hanya menjadikan dapur kita tampak lekas kotor. Ini sebenarnya silap kerana anda boleh menjaga kebersihan dapur dengan lebih cermat. Kemasan permukaan kaunter biarlah daripada jenis batu asli seperti granit atau marmar. Elakkan memilih jenis lamina kerana akan hanya menyebabkan kabinet anda lekas terkopak. Jika tidak pun, anda boleh menggunakan pilihan rona terang untuk dapur kering.
Putih Kemasan Yang Bersih |
O.35# Dapur Terbuka Beri Keselesaaan
Rekaan dapur yang mesra ruang selalunya agak terbuka. Tambahan pula seandainya anda mendiami unit apartment atau studio apartment. Jadi, rekaan serba guna perlu diterapkan bagi menampung pelbagai kegunaan seharian di dapur seperti tempat memasak, penstoran dan peralatan menggosok. Jadikan kaunter sarapan sebagai sempadan antara bahagian depan dan ruang dapur. Elakkan memilih lebar kaunter yang maksimum sebagai menjimatkan ruang.
O.36# Cahaya Memberi Impak Luas
Bagi unit pangsapuri, biasanya masalah pencahayaan semula jadi dan ruang begitu kritikal. Biar sekecil mana sekali pun, dapur mesti mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan pencahayaan sihat. Ini bagi memastikan rung dapur kering tidak berbau. Pilihan warna garang membantu menjadikan ruang lebih semarak dan luas. Ditambah dengan rona terang, dapur akan kelihatan tidak terlalu terkongkong.
Cahaya Semulajadi dan Impak Luas kediaman |
No comments:
Post a Comment