O1. Fabrik Berbulu
Kadang-kadang fabrik yang menarik pada asalnya bertukar menjadi berbulu dan kurang menyenangkan setelah dicuci berulang kali. Bagi yang tidak selesa dengan situasi ini, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencukur bulu tersebut. Pastikan pisau cukur anda benar-benar tajam dan cukur mengikut alur kain. Lakukan perlahan-lahan agar fabrik tidak rosak. Sesekali buang bulu yang ada pada mata pisau cukur agar cukuran pada fabrik lebih lancar.
O2. Hiasan dan Tambahan
Kini ramai orang suka menggunakan bahan telus pandang seperti polikarbonat dan akrilik. Tetapi ramai yang terlupa bahawa dalam kita mengimpikan cahaya pada ruang, bahang dan rasa hangat boleh menimbulkan rasa tidak selesa. Jadi, jika anda ingin mengurangkan kehangatan atau kadar kecerahan yang menerobos, lapiskan bahagian bawah material telus pandang anda ini dengan jala, atau kain organza mahu pun fabrik jaring kasar. Ia bukan sekadar boleh mencantikkan ruang tetapi cahaya yang menerobos juga boleh disukat.
O3. Ruang Tamu Sendat?
Jesteru itu, kaji dahulu perabot yang bakal kita isi. Adalah dinasihatkan agar kita memilih satu unit kerusi yang boleh menempatkan beberapa orang dalam satu unit. Bangku panjang juga boleh digandingkan sama. Bantal besar boleh membantu untuk menambahkan lagi keselesaan di ruang ini. Pilih yang perlu sahaja agar kita tidak terasa sesak dan sempit. Jika boleh, lupakan sebentar meja kopi utama dan fokuskan pada meja kopi sisi sahaja. Ruang yang ada boleh diselesakan dengan permaidani atau tikar buluh berdasarkan konsep kediaman.
Kaji luas ruang anda sebelum membuat pilihan perabot |
04. Indah Bergemerlapan
Acap kali kita mempunyai rupa dinding yang sama. Cuma warnanya sahaja yang berbeza. Paling tidak, kita akan memilih kertas dinding dan jubin sebagai penyerlah rupa dinding. Bagi anda yang memilih konsep warna garang atau tema India juga maharani, batu kristal palsu juga boleh digunakan sebagai penyeri ruang. Kini, di pasaran terdapat jenis batu yang cantik dan bergemerlapan. Pilih sahaja warna apa yang anda suka. Bagi yang gemarkan penggunaan sari, batu kristal ini boleh dijadikan pelengkap gaya agar dunia maharani anda lebih glamor dan mewah.
Konsep Dekorasi Bercirikan 'Bollywood Glamour and Glitz' |
O5. Tips Bilik Tidur
Kamar beradu, sebuah ruang yang cukup istimewa dan seharusnya kelihatan kemas serta selesa. Seelok-eloknya, katil tidak menghimpit dinding jendela. Ia bagi mengelakkan anda terkena tempias atau silau semasa tidur. Jendela di kamar sewajarnya memberi anda nikmat pemandangan dan laluan untuk menukar langsir atau menutup jendela perlu disediakan. Pastikan anda juga mempunyai ruang untuk almari baju dan ruang kecil untuk solat. Pencahayaan semula jadi yang cerah dan pemilihan warna girang pastinya memberi kesan positif untuk anda dan persekitaran.
O6. Menapis Silau
Tidak dapat dinafikan ada di antara kita yang mempunyai katil yang menghadap tingkap. Lebih memburukkan keadaan, ia menghadap terus ke arah matahari naik. Amda sebenarnya boleh menggantung fabrik hiasan seperti kanopi yang memberi satu lagi lapisan tabir agar cahaya matahari tidak menerobos terus ke katil anda. Ia juga tampil cantik dan mewah. Tambahan pula jika anda mempunyai katil bertiang empat. Sangkutkan sahaja fabrik tersebut dan biarkan ia jatuh dengan molek. Selitkan juga manik dan hiasan pada hujung fabrik anda agar tampak berat dan stabil.
O7. Menhindarkan Bau Najis Haiwan Peliharaan
Ramai orang mempunyai sifat penyayang terhadap haiwan. Walaubagaimanapun, adakalanya haiwan peliharaan kita akan membuang najis di merata tempat. Beberapa petua yang boleh diikuti untuk menghindarkan bau najis haiwan peliharaan ini, antaranya ialah dengan menggunakan ubat gigi. Caranya, buang najis haiwan peliharaan dah kemudian cuci dengan air biasa mahu pun bersabun. Sebelum mengeringkan lantai, sapukan dengan ubat gigi agar dapat melenyapkan kesan bauannya.
O8. Batik Cop
Bagi mereka yang menggilai sesuatu ikon seperti bunga matahari atau watak animasi, anda sebenarnya boleh membuat corak pada fabrik. Anda boleh mengulang teknik ini dengan mengukir corak pilihan pada medium seperti kentang untuk membuat cop corak pada fabrik pilihan. Tetapi perlu diingat, ia hanya sesuai dicorakkan di atas fabrik dari jenis kapas asli dan menggunakan pencelup fabrik asli. Jadi, anda boleh mendapatkan corak yang lebih istimewa dan berbeza daripada yang lain. Paling tidak, bagi yang memilih Nusantara sebagai konsep elemen hias, pilih sahaja batik Kelantan atau pun Terengganu sebagai lapik meja dan sebagainya.
Penggunaan Motif Batik dalam Konsep Nusantara |
O9. Gubahan Ringkas
Tidak tahu bagai mana menggubah bunga? Jangan risau kerana kini terdapat pelbagai teknik menggubah bunga yang mudah dan ringkas. Paling menarik adalah dengan menggunakan batang bunga sebagai puncak gubahan dan selitkan hanya setangkai orkid putih pada balang. Pastikan batang hijau ini memenuhkan bekas gelas bunga anda dan tiada tekstur pada permukaan balang tersebut. Biarkan gubahan anda ringkas dan menarik.
Gubahan Bunga ringkas yang mampu memberikan impak kepada ruang kediaman anda |
No comments:
Post a Comment