Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Thursday 21 July 2011

PERCUMA: Tips Memenuhi Ruang Loteng

Loteng juga perlu dihias sebagaimana sudut dan ruang lain di kediaman. Ia wajar mendapat pengisian yang seimbang dari segi reka dalaman agar sesuai dengan fungsi ruang loteng anda. Suntikan idea pada dinding, perabot, konsep dan aksesori boleh disesuaikan dengan reka bentuk loteng anda yang seterusnya menghasilkan sebuah loteng yang praktikal dan bergaya.

Binaan ruang loteng


* FUNGSI LOTENG

Untuk memenuhi ruang loteng, fungsi loteng perlu dirujuk samada sebagai bilik bacaan, ruang rehat keluarga atau bilik tidur. Namun, perlu diingatkan jika loteng anda menggunakan lantai yang agak tipis dan jarang, elakkan menggunakan perabot dan kelengkapan yang berat. Sekiranya loteng dibina sebagai stor, pastikan lantai yang tebal dan kukuh dipasang agar boleh menyokong isi loteng yang berat.

Loteng: Bilik Tidur
Loteng: Bilik Bacaan dan Bilik Berkerja

Kepelbagaian fungsi loteng


* PEMILIHAN DAN SUSUN ATUR PERABOT

* Sediakan pelan susun atur perabot yang lengkap dan terperinci. Susun atur perabot perlu sesuai dengan keluasan dan bentuk loteng. Pelan boleh menggelakkan pembaziran sekiranya berlaku perubahan secara tiba-tiba. Kaji dan dapatkan sebuah pelan penyusunan yang terbaik.
* Jika ruang sempit, elakkan memilih perabot yang bersaiz besar.
* Perabot pasang dalam praktikal dibina di loteng untuk menjimatkan ruang.
* Selepas itu, barulah susun atur perabot boleh dibuat.
* Kepadatan perabot, sama ada longgar atau padat bergantung kepada cara penyusunan. Pastikan anda berpuas hati dengan susun atur yang telah dibuat.

Contoh pelan susun atur loteng

* MEMILIH PENGGAYAAN KONSEP

Skema penggayaan memainkan peranan yang penting bagi setiap ruang. Loteng juga perlukan sentuhan penataan yang berkonsep sama seperti ruang lain dalam kediaman anda agar kesinambungan yang terjalin tidak putus. Sama ada Moden, Tropikal, Hi-tech, Inggeris, Urban atau Zen bergantung pada  kehendak anda. Namun begitu ada sebilangan pemilik kediaman yang gemar perbezaan konsep pada bilik yang berbeza.

Gaya dan konsep hiasan dalam loteng


* AKSESORI

Aksesori ibarat solekan pada sudut. Ia juga harus selari dengan konsep ruang. Memasukkan elemen aksesori sangat perlu untuk memberi mood dan kesegaran pada loteng. Bagaimanapun, kurangkan jumlah aksesori jika ruang loteng terlalu sempit. Aksesori seharusnya tidak terlalu berat dan besar. Disarankan aksesori dwi-fungsi untuk penjimatan ruang.

Pemilihan aksesori dwi-fungsi di loteng : menjimatkan ruang

8 comments:

  1. Terima Kasih dengan komen anda Nani.... Pembakar semangat untuk terus menulis dan berkongsi maklumat! Have a nice day!

    ReplyDelete
  2. keren kalo punya loteng kayak gini!

    ReplyDelete
  3. Hi Popi... yeap mmg hebat kalau ada loteng yang sebegini.... anyway, terima kasih kerana berkunjung ke blog EMES Engineering Popi

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hai...saya berminat untuk menempah tangga kayu pasang siap...tinggi loteng 12 kaki...ruangan tangga 7 kaki x 7 kaki...tangga bentuk separuh pusing (L) boleh hantar rajah dan sebut harga...

    ReplyDelete
  6. skm ..sy berminat untuk buat loteng lantai konkrit...berapakah kos jika luas lantai 22" X 10" + tangga...masa yang diambil untuk siap? tq

    ReplyDelete
  7. Minat nk buat loteng....xsabar rasanya...berapakah budget tuk buat loteng...

    ReplyDelete

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...