Dapur Kedesaan Inggeris
Dapur Kedesaan Inggeris |
* Pilihan rekaan dapur kedesaan Inggeris boleh dibina dengan menggunakan kayu-kayan dari Eropah.
* Ia juga boleh dikenakan rona pastel atau putih.
Rona Cerah dan Putih membangkitkan mood Kedesaan Inggeris |
* Penstoran seperti tempat meletak botol minuman, buku masakan, makanan kering dan periuk belanga selalunya dianggap perlu ada.
* Ukiran pada pintu kayu kabinet menjadikan dapur ala kedesaan begitu kemas, elegan dan mahal.
* Unit gantungan periuk dan kuali di binaan pulau merupakan identiti dapur kedesaan Inggeris yang dikatakan mesti ada.
Unit penggantung untuk perkakasan dapur dan penstoran memainkan peranan dalam konsep ini. |
* Kemasan lembut seperti langsir dan alas renda merupakan aksesori yang menjadi identiti kedesaan Inggeris.
Kemasan Lembut : Langsir Berenda |
* Hiasan pinggan berwarna dan mempunyai lukisan klasik Eropah juga antara yang membantu menguatkan hiasan dapur kedesaan Inggeris.
* Pastikan elemen semula jadi seperti bunga-bungaan segar menjadikan dapur kedesaan anda lebih menarik.
* Gantungan seperti cili kering, bawang dan buah-buahan segar juga selalunya perlu ada di dapur kedesaan Inggeris.
Buahan segar dan rempah-ratus |
* Anggaran Peruntukan RM 15,000.00