Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday, 14 May 2011

Tahukah Anda? : Kemasan Lantai

Jenis Kemasan Lantai

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang dikehendaki, banyak jenis kemasan lantai boleh digunakan dalam pembinaan tempatan., antaranya ialah:

1. Lepa Simen

Kemasan lepa simen portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos rendah. Jenis kemasan ini boleh dibuat secara "monolithic" iaitu dibuat sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.


2. Jalur Kayu

Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun pada gelegar lantai kayu. Papan jalur hendaklah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam lekap.

Seboleh-bolehnya lebar papan jalur mestilah tidak melebihi 100mm kerana papan yang lebih lebar akan mengecut berlebihan dalam proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75mm lazim dibekalkan dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampang atau lekar. Jenis kayu keras seperti kayu jati, cenggal dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi.


3. Parket

Kemasan parket dibuat dengan kepingan kayu beroti disusunkan mengikut corak seperti yang ditunjukan di dalam gambar. Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300mm x 300mm supaya senang dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu khas, permukaan parket perlu diasah dengan mesin canai sehingga rata dan licin. Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskan dengan sampang, lekar atau lilin. Jenis kayu yang biasa digunakan untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan kempas.



4. Jubin

Banyak jenis jubin boleh didapati daripada pasaran tempatan untuk berbagai-bagai kegunaan. Jubin-jubin ini diperbuat daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia adalah keras dan kalis air serta mempunyai sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas, contohnya ialah jubin rintangan gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya. Jubin ini dihasilkan dalam beberapa saiz dan warna secara homogen ataupun bergris pada permukaanya sahaja.

Saiz jubin yang dihasilkan ialan 110mm x 110mm, 150mm x 150mm, 200mm x 200mm, 200mm x 100mm, 200mm x 300mm, 300mm x 300mm. Pembinaan jubin ini dilakukan pada dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen (bancuhan simen dan air sahaja). Di celah-celah sambungan di antara jubin-jubin ini diisikan dengan simen putih ataupun simen berwarna.


PERCUMA: Tips Mengolah Suasana Baru Ruang Dapur: Lantai

Tips untuk pembaharuan Lantai dapur anda:

  • Menukar kemasan lantai mungkin membabitkan kerja rumit. Jesteru itu anda boleh tambahkan lapisan vinil corak sepenuh lantai bagi membentuk imej baru ruang dapur. Di atas permukaan vinil atau jubin, boleh juga bentangkan permaidani berpulau atau jenis hamparan lain untuk mengubah suasana.
  • Bagaimanapun jika lantai ruang dapur memang sudah terlalu uzur, bolehlah digantikan dengan kemasan jenis lain. Selain jubin, bahan kemasan lain yang boleh digunakan ialah batu loh dan granit.





Wednesday, 11 May 2011

PERCUMA: Tips Mengolah Suasana Baru Ruang Dapur: Tingkap Dan Pintu

Tips untuk pembaharuan Tingkap dan Pintu dapur anda:
  • Menggantikan langsir tingkap juga dapat mengubah wajah ruang dapur. Jenis langsir yang sesuai ialah langsir cafe potongan separuh tingkap dan langsir sibal. Fabrik yang sesuai untuk membuat langsir di ruang dapur anda adalah dari jenis renda, sheer, kain kapas atau poliester polos mahupun bercorak.
  • Selain langsir fabrik, boleh juga guna bidai Venetian pelbagai warna, samada cerah atau pekat. Penggunaan bidai warna pekat mampu menghadirkan perubahan ketara pada ruang dapur anda.
  • Pada ambang tingkap boleh dipasangkan rak kayu yang boleh dijadikan tempat mempamerkan pelbagai unsur perhiasan, contohnya bunga berjuntai ataupun pelbagai perhiasan seramik.
  • Muka pintu pula boleh dipasangkan bidai manik atau jaluran plastik sebagai penambah seri ruang.
  • Rajah: Idea-idea dalam menata-rias tingkap dan ruang dapur anda untuk mewujudkan suasana baru




Tuesday, 10 May 2011

Emes Engineering Resources: POTONGAN HARGA HARI RAYA (2011/ 1432H)

Emes Engineering Resources: POTONGAN HARGA HARI RAYA (2011/ 1432H)

PERCUMA: Tips Mengolah Suasana Baru Ruang Dapur: Dinding

Tips untuk pembaharuan dinding dapur anda:
  •  Seandainya kabinet dapur masih dalam keadaan baik dan perbelanjaan tidak mengizinkan, tumpukan kepada penukaran cat dinding ruang dapur. Pilih cat yang serasi dengan warna kabinet dapur. Tutupkan keseluruhan permukaan kabinet dengan surat khabar atau lapisan plastik atau lapisan plastik sebelum melakukan kerja mengecat. Biarpun rumit, langkah menukar warna cat dinding adalah berbaloi kerana memberikan hasil perubahan yang ketara pada keseluruhan ruang dapur, tanpa mengusik kabinet dapur.
  • Selain cat, pilihan yang sesuai adalah kertas dinding. Jika berani dan memiliki kemahiran, anda boleh menampal sendiri kertas dinding pilihan. Jika kurang yakin melakukannya, serahkan tugas ini kepada mereka yang mahir. Untuk ruang dapur, sebaiknya guna kertas dinding jenis vinil yang dilapisi bahan kalis air supaya coraknya tidak terjejas oleh wap dan percikan minyak atau air.
  • Dinding berjubin, samada masih dalam keadaan baik mahupun usang, boleh ditampalkan plastik bercorak. Pilih warna dan corak yang sesuai dengan warna tema ruang dapur. Tampalan motif tertentu boleh dibentuk dalam susunan garis memanjang, sempadan atau corak dam pada permukaan jubin.
  • Jika dinding berkemasan jubin berwarna polos yang mungkin mengambil setengah atau dua pertiga permukaan dinding, boleh tambahkan jubin sempadan di bahagian atas garis penghujung jubin.




Monday, 9 May 2011

PERCUMA: Tips Painting Kitchen Cabinets




Anda mahukan Kabinet Dapur yang menarik??? Hubungi EMES Engineering Resources

PERCUMA: Tips Mengolah Suasana Baru Ruang Dapur: Kabinet Dapur

Tips untuk pembaharuan binaan kabinet dapur anda:

  • Pilih cat atau daun pintu kabinet berlainan daripada warna asal supaya perubahan wajah ruang dapur nampak ketara. Seandainya warna asal bertona lembut, gantikan dengan warna yang lebih menonjol dan terang. Sebaliknya jika warna asal adalah pekat, boleh tukarkan dengan warna yang lebih cerah.
  • Bergantung kepada bahan binaan kabinet, sesetengah daun pintu khususnya jenis kayu padu boleh diwarnakan semula, manakala jenis laminat boleh digantikan lapisan kemasan itu dengan warna lain tetapi bagi pintu yang sudah uzur, elok digantikan keseluruhan daun pintunya.
  • Untuk mengecat, sebagai permulaan, tanggalkan daun pintu kabinet dan laci serta pemegang kabinet. Engsel pintu dan pemegang pintu boleh ditanggalkan menggunakan pemutar skru. Seterusnya bawa ke tempat lapang di luar rumah supaya kerja bertukang tidak mengganggu kegiatan di ruang dapur. Selain itu, kaedah ini boleh memberi kebebasan kepada anda untuk mengecat.
  • Bagi bahan binaan kabinet yang sukar disapu dengan berus, boleh gunakan kaedah semburan. Pastikan kerja menyembur dibuat di luar rumah. Ini kerana kaedah semburan selalunya akan meninggalkan kesan jika dibuat di ruang dapur atau dalam rumah.
  • Untuk mengecat permukaan binaan kabinet yang tidak boleh ditanggalkan, terlebih dahulu ketepikan semua peralatan lain seperti peti sejuk, tong gas, hud dapur dan perhiasan sampingan sebelum memulakan kerja mengecat. Setiap permukaan kabinet yang hendak dicat juga perlu dibersihkan, sebaiknya gunakan cecair trisodiumphosphate (TSP) bagi menghilangkan daki dan gris. Seterusnya gosok perlahan menggunakan kertas pasir supaya permukaannya menjadi lebih licin dan seragam. Cara ini juga membuatkan cat baru mudah melekat.
  • Bagi permukaan yang ada kesan torehan, isikan dengan sedikir pasir dan vinyl, kemudian bersihkan menggunakan alat penyedut hampagas sebelum mengesatnya dengan kain lembut yang dibasahkan bersama larutan garam galian.
  • Bagi kabinet berwarna, sapukan semua bahagian yang ingin dicat terlebih dahulu dengan cat minyak. Untuk menipiskan cat asal pula, sapu larutan garam galian dengan berus biasa yang berbulu kejur (berus cina). Elak dari menggunakan berus berbulu poliester kerana berus itu tidak sesuai digunakan untuk cat minyak.
  • Selepas cat minyak kering, gosok dengan kertas pasir untuk membuang sebarang habuk yang melekat.  Kemudian barulah sapukan kemasan penyudah enamel berlicau berasaskan minyak dalam pelbagai warna pilihan. Selepas siap mengecat, pasang semula pemegang pintu dan engsel kabinet.




Ingin mengindahkan ruang dapur anda? Ingin buat sendiri? Ada masa ke? Jikalau begitu, biar kami, EMES Engineering Resources menyelesaikan masalah anda. Kami pasti akan membekalkan renovasi yang berkualiti, cantik dan yang penting "BEST VALUE FOR MONEY" untuk anda semua, pelanggan yang kami hargai. Jadi, jangan tunggu lagi.....

Sunday, 8 May 2011

PERCUMA: Tips Mengolah Suasana Baru Ruang Dapur

Perubahan suasana sesebuah ruang dapur tidak akan ketara jika sekadar menukar perhiasan kecil atau tombol laci kabinet semata-mata. Sebaliknya jika mengganti atau membina kabinet baru sudah tentu menampakkan perubahan besar di ruang berkenaan. Pun begitu, tidak mungkin keseluruhan pembinaan kabinet yang menelan belanja ribuan ringgit itu ditukar ganti sesuka hati. Ini kerana lumrahnya, sesebuah kabinet dapur tahan dipakai bertahun-tahun. 

Jadi bagaimanakah cara untuk mewujudkan perubahan ketara di ruang dapur?

Bagi mereka yang mudah jemu dan inginkan suasana baru, ada jalan untuk mengolah semula ruang dapur dengan hanya mengeluarkan sedikit belanja tambahan. Antaranya mengubah penampilan kabinet sedia ada, sama ada menukar daun pintu dengan yang baru atau mengecat permukaan daun pintu asal dengan warna baru. Langkah ini pastinya dapat mewujudkan suasana berbeza di ruang dapur.

Selain itu, mengambil langkah menukar warna kemasan dinding juga berupaya mencipta pemandangan baru. Jika ingin lebih menarik, cat kawasan dinding dengan corak garisan di bahagian yang sesuai.

Umumnya binaan kabinet, dinding, lantai, pintu dan tingkap adalah antara unsur yang boleh diberikan tumpuan bagi membentuk wajah baru ruang dapur.

 

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...