Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday, 4 June 2011

Tahukah Anda? : Jenis Ikatan Bata

Jenis Ikatan Bata

Dalam kerja bata terdapat banyak ikatan susunan bata. Diantara ikatan-ikatan utama dalam kerja bata ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris, ikatan Flemish dan ikatan Dutch. Terdapat juga lain-lain ikatan atau susunan bata yang menggabungkan di antara satu sama lain daripada ikatan-ikatan yang utama.

a. Ikatan Sisi Bata (Stretcher Bond)

Ikatan ini digunakan sebagai isian (infill) struktur kerangka untuk dinding setengah bata tebal (1/2 bata = 113mm).Ikatan disusun dengan menyambung setiap bata pada kepalanya. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan sisi bata dan berselang-seli dengan lekapnya ialah antara 1/4 bata hingga 1/2 bata.

Ikatan Sisi Bata (Stretcher Bond)



b. Ikatan Kepala Bata (Header Bond)

Setiap lapisan dalam ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja menjadikannya ikatan satu bata. Sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok berbentuk bulat atau melengkung seperti ambang.


Ikatan Kepala Bata (Header Bond)


c. Ikatan Inggeris (English Bond)

Ikatan ini diselang-selikan pada setiap lapisan dengan ikatan sisi bata pada satu lapisan dan ikatan kepala bata pada lapisan berikutnya, menjadikannya ikatan satu bata. Sebiji 1/2 bata penutup ditempatkan bersebelahan kepala bata penjuru pada setiap lapisan kepala bata. Bata penutup ialah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap 1/4 bata minima yang seragam. Ikatan ini boleh dianggap ikatan yang kuat diantara ikatan-ikatan yang utama.


Ikatan Inggeris (English Bond)


d. Ikatan Flemish (Flemish Bond) 

Ikatan ini mengandungi ikatan sisi bata dan kepala bata yang disusun berselang-seli dalam satu lapisan dan setiap lapisan. Sebiji 1/2 bata penutup juga ditempatkan bersebelahan kepala bata penjuru pada setiap selang lapisan.

Apabila dua belah tembok dinding menunjukkan susunan Flemish, ia dikatakan 'Flemish Kembar'. Sekiranya sebelah ikatan Flemish dan sebelahnya ikatan inggeris, ia dinamakan 'Flemish Tunggal'. Ikatan ini menyebabkan sambungan tegak berterusan di sebelah dalam dan lemah, tetapi ia menghasilkan kedua-dua belah muka tembok dinding yang lebih rata dan sesuai untuk tembok hiasan dan tidak di'lepa'.

Ikatan Flemish (Flemish Bond)


e. Ikatan Dutch

Ikatan ini adalah satu ikatan perubahan daripada ikatan inggeris. Ia mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli dengan tiap-tiap lapisan itu bermula dengan bata kerat 3/4. Tiada 1/2 bata penutup digunakan dalam ikatan ini.

Ikatan Dutch (Dutch Bond)


f. Ikatan Bata Silverlock

Ikatan ini adalah lanjutan daripada ikatan inggeris. Mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli secara mengiring. Lapisan kepala bata bermula dengan 2 bata tiga suku manakala lapisan sisi bata bermula dengan 3 bata mengiring pada kedua-dua hujung tembok yang lurus.


Ikatan Silverlock (Silverlock Bond)

g. Ikatan Monk

Ikatan ini adalah tiruan daripada ikatan Flemish. Setiap lapisan mengandungi satu kepala bata diikuti dengan dua ikatan sisi bata berselang -seli.


Ikatan Monk (Monk Bond)


h. Ikatan Bata Perangkap Tikus

Dalam ikatan ini, semua bata disusun seperti ikatan flemish tetapi secara mengiring. Lubang yang terdapat diantara dua sisi bata dikosongkan kecuali dipenuhkan padat di penjuru, menjadikan ia sesuai sebagai dinding beronga yang menerima beban.


Mouse Trap Bond

Ikatan Bata Perangkap Tikus


i. Ikatan Raking

Ikatan ini digunakan pada tembok tebal ataupun untuk membina panel, lantai dan sebagainya. Dibina dengan menyusun sisi bata pada dua belah tepi tembok dan mengisikan dalamnya dengan bata yang bercorak tulang belut, penjuru, anyaman bakul ataupun sesiku.


Ikatan Raking (Raking Bond)

Kerja Bata Bertetulang

Dengan menggunakan besi tetulang keupayaan tanggungan sesebuah tembok  dinding dapat dipertingkatkan. Tetulang membantu tembok untuk menerima beban dan menggurangkang beban mati pada asas. Kerja bata ini juga membantu menahan tegasan tegangan dan tegasan mampatan yang lebih tinggi. Bahan-bahan yang digunakan ialah:-


a. Kepingan Logam Besi (Hoop Iron)

Banyak digunakan di waktu dahulu dengan disapukan selapis minyak tar untuk mengelakkan daripada berkarat. Sekeping besi bagi setiap setengah bata tebal tembok dan selalunya dimasukkan pada setiap lapisan yang ke-enam.

Hoop Iron
b. Kepingan Besi Tetulang

Besi bulat digunakan untuk tetulang tiang dipasangkan dengan menegak dan ditempatkan di celah-celah bata yang berlubang pada lekuknya.


Besi Keluli Tetulang
c. Kasa Exmet (expanded metal) & bricktor

Kasa exmet & bricktor biasanya ditempatkan selari dan diapit dengan lapisan bata pada setiap lapisan yang ketiga atau keempat dalam sambungan mortar, dimulakan pada lapisan kedua. Dibekalkan dalam keadaan bergulung 90 meter panjang dan 3 inci saiz lebar yang tertentu. 62mm lebar sesuai untuk ikatan 1/2 bata dan 175mm untuk ikatan satu bata.

Exmet Mesh

Kasa Exmet

Brickwork Reinforcement

d. Stiffener atau Brick Pier

Tiang penguat dinding pada jarak keluasan melebihi 160 kaki persegi, tidak menerima beban seperti tiang utama. Ianya diletakkan antara dua tiang utama yang jauh serta di penjuru dua tiang yang bertemu.


Brick Pier
Stiffener 

Pemasangan Stiffener







Friday, 3 June 2011

PAIA Property & Home Renovation Exhibition @ Mid Valley

PAIA Property & Home Renovation Exhibition @ Mid Valley

PERCUMA: Merancang Penampilan Bilik Air Anda: Perabot

PERABOT

Pengguna perabot seperti meja konsol dan kerusi bersantai boleh ditempatkan jika mempunyai ruang kosong yang mencukupi. Perabot rotan, kayu mahupun kerusi jenis upholsteri juga boleh diguna di ruang kering. Kawasan berperabot yang diiringi unsur perhiasan yang terpilih seperti pokok segar dan batu hiasan berupaya membentuk titik tumpuan di bilik air.


Bangku

Perabot Built-In

Kerusi Rehat

Meja

Perabot Moden Unsur Jepun

Rak Serbaguna Di Bilik Mandi
Meja Konsol Di Bilik Air

Thursday, 2 June 2011

PERCUMA: Merancang Penampilan Bilik Air Anda: Aneka Hiasan

ANEKA HIASAN

Barangan lain yang boleh ditampilkan menghiasi dinding bilik air, termasuk ukiran kayu, piring seramik, gubahan bunga dan bakul kosong, hatta langsir yang menutupi tingkap kecil pada dinding tandas dan plastik pelindung ruang mandi juga boleh menjadi penyeri jika anda bijak menyuaipadankan warna dan corak. Butiran batu kerikil kecil dan besar yang disusun berbaring atau berkelompok di pangkal pasu bunga mampu juga menjadi unsur tarikan.


Alatan Mandian

Lilin

Bangku dan Cermin

Lukisan

Arca

Pelapik Mangkuk Tandas

Peralatan Ceramics

Tirai Pelindung Kawasan Mandian



Wednesday, 1 June 2011

PERCUMA: Merancang Penampilan Bilik Air Anda: Pokok Segar Dan Tiruan

POKOK SEGAR DAN TIRUAN

Pokok dalam pasu sama ada segar atau tiruan boleh mengisi ruang kosong bawah sink atau dinding berceruk, manakala pokok dalam pasu kecil boleh disusun di atas permukaan kaunter sink, rak hiasan, penutup tangki pam tandas atau diletak di atas birai tingkap lubang udara. Penggunaan pokok segar membolehkan penyerapan kelembapan berlaku sekaligus menjadikan bilik air cepar kering dan segar.

Bathtub yang dikeliling pokok renek boleh memberikan ketenangan

Jambangan Bunga yang menyerikan permukaan counter-top sinki bilik air

Orchidaceae

Pokok di dalam pasu yang diletakkan di sudut bilik air

Open Bath

Ornament tumbuhan

Unsur moden yang digabungkan dengan elemen flora

Tuesday, 31 May 2011

PERCUMA: Merancang Penampilan Bilik Air Anda: Hiasan Berbingkai

HIASAN BERBINGKAI

Gambar berbingkai boleh digantung di ruang kering yang berdinding rata dan lapang, selari kabinet rendah atau di sisi pintu masuk. Pilih gambar berbingkai jenis kayu atau logam yang tahan karat.

Cermin berbingkai pula boleh digantung pada dinding sebagai tambahan kepada cermin solek. Penggunaan cermin besar di bilik air kecil, boleh membiaskan suasana ruang yang luas dan lapang.

Sukar menggunakan sekeping cermin besar, ianya boleh digantikan dengan susunan beberapa keping cermin yang mudah dipasang sendiri. Pelbagai reka bentuk cermin berhias corak sempadan yang menyerupai bingkai kini mudah didapati di pasaran pada harga serendah RM 20.00. Corak bingkai meliputi jenis beralun, rintik, bebola dan zig-zag.

Cermin Di Bilik Air Berbingkai Bulat

Cermin Di Bilik Air Berbentuk Segi Empat Sisi Sama

Cermin Di Bilik Air Yang Berbentuk Segi Empat Tepat

Cermin Yang Berbingkai Bercorak Beralun

Gambar Berbingkai Boleh Menyerikan Ruang Bilik Air Anda




Monday, 30 May 2011

Tahukah Anda? : Memahami Pelan Lukisan Binaan

1.0 Panel Tajuk Menegak Atau Mendatar 

Dalam format lukisan kerja, ruang di sebelah kanan atau bawah disediakan untuk memberi maklumat mengenai setiap helaian pelan lukisan seperti berikut:

a. Tajuk kerja (Title)  - contoh: Cadangan Membina dan Menyiapkan Sebuah Bangunan Kediaman Dua Tingkat Di Atas Sebahagian Lot.2033 Mukim 18, Batu Pahat, Johor Untuk Tuan Haji Ahmad Bin Sapar.

b. Tajuk Lukisan (Subtitle) - Pelan Lokasi, Pelan Tapak Dan Pelan Lantai.

c.  Tandatangan dan Tarikh - Diperuntukan kepada mereka yang berkuasa di atas pelan tersebut, seperti Arkitek, Tuan Punya Tanah, Jurutera, Pengarah JKR dsb.

d. Skala (Scale) - Dalam nisbah 1:10, 1:20, 1:50, 1:100 dsb.

e. Dilukis dan Disemak oleh berserta tarikh - Pelan yang dilukis oleh Pelukis Pelan perlu disemak dan disahkan.

f. No.Lukisan (Drawing Nos.) - contoh: BBA/M/ACG-A1, BKP(SP)402/91/1 dsb.

g. Rujukan, Arahan atau Nota Tambahan - Item ini diberikan untuk membantu dalam memahami pelan lukisan tersebut.
*contoh: All dimensions are to be checked and verified on site by the Contractor before commencement of work.



2.0 Pelan Kunci (Key-Plan)

- Pelan kunci memberi panduan kedudukan tanah dan tapak cadangan pembinaan. Sempadan mukim, daerah, arah hala-tuju, jalan raya, sungai, bandar terdekat dan lain-lain.

Contoh Key-Plan

3.0 Pelan Lokasi (Location Plan)

- Pelan lokasi memberi petunjuk kedudukan tapak cadangan pembinaan. Sempadan tanah bersebelahan, parit, jalan besar, jalan masuk, kawasan berumput, aras tanah.

Contoh Location Plan

4.0 Pelan Tapak (Site Plan)

- Pelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras tapak sesuatu cadangan bangunan yang hendak dibina.

Contoh Site Plan

5.0 Keratan-keratan Pelan (Cross-sectional Drawings)

- Pelan lukisan keratan menunjukkan bangunan, tanah yang dipotong dari aliran utara-selatan atau barat-timur memberi maklumat butiran isi dalaman sesebuah pelan.

Contoh Cross-sectional Drawing

6.0 Perincian (Details)

- Pelan Lukisan Perincian memberi butiran yang besar dan lebih terperinci dan jelas seperti pintu, tingkap, cucur atap, sambungan tiang-gelegar, pemasangan pepasang sanitari.

Contoh Lukisan Perincian (Detail Drawing)

7.0 Lain-lain Pelan Lukisan

- Pada umumnya semua ahli professional mengemukakan lukisan mereka sendiri. Arkitek mengemukakan Lukisan Arkitek, begitu juga Jurutera Awam Dan Struktur, Mekanikal dan Elektrikal, Landskap, Hiasan Dalaman, Jurukur Tanah, Perancang Bandar Dan Wilayah dan seterusnya.


8.0 Lukisan Piawai

- Lukisan-lukisan piawai adalah lukisan pelan yang Standard dan umum seperti lurang(manholes), tangki najis, pintu, tingkap, kelengkapan-kelengkapan pepasang sanitari, dan sebagainya yang digunakan berulang-kali dan disesuaikan dalam keadaan-keadaan yang diperlukan.

Contoh Lukisan Piawai untuk Pembinaan Lurang (manhole)

9.0 SKALA (scale)

- Adalah nisbah ukuran di atas pelan dan dipermukaan tanah yang sebenar. Contohnya - 1:100 bermakna 1mm di atas pelan bersamaan 100mm di atas permukaan tanah.


Skala di atas pelan dan Skala Sebenar di tapak









Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...