Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday, 23 July 2011

PERCUMA: Tips Menjadikan Bilik Air Kecil Kelihatan Lebih Besar

-> Penggunaan skema warna lembut memberi ilusi ruang lebih luas. Elakkan penggunaan warna garang dan terang.

Skema warna cerah

-> Pilih aksesori bilik air daripada tona warna cerah supaya ia dapat menjadikan ruang lebih selesa dan lega serta mengurangkan impak berserabut.

Aksesori ringkas

Pilih aksesori cerah bagi kamar mandi

-> Pencahayaan menyeluruh serta serata menjadikan ruang lebih terang. Cahaya suram akan menjadikan ruang tampil gelap serta kelihatan sempit.


Pilih pencahayaan yang bijak


-> Penggunaan lampu dinding tambahan juga digalakkan, tetapi pastikan hanya satu lampu dengan rekaan ringkas sahaja yang menjadi pilihan. Jika tidak keadaan akan tampil lebih sesak.


-> Kurangkan pengunaan rak bergantung yang terbuka bagi meletakkan perkakas di bilik mandi. Seeloknya susun barang tersebut dalam tempat tertutup supaya susunannya yang padat tidak kelihatan.

Pilih menggunakan rak bertutup yang praktikal

-> Bina tingkap cermin lebih luas dan labuh supaya dapat memberi impak penyerapan bahagian luar. Ini supaya ruang kelihatan lebih lega serta tidak terkepung dengan dinding.

Binaan tingkap besar



Friday, 22 July 2011

PERCUMA: Tips Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Kamar Mandi Mewah

1. Perhatikan Pemilihan Bahan Dan Material.....

- Jubin 'polished homogenous' tinggi menjadi pilihan kerana tahan lasak dan kalis calar.

Kemasan lantai: Jubin Polished Homogeneous


2. Binaan Jakuzi.....

- Binaan ini menjadikan ruang bergaya sofistikated dan eksklusif, seolah-olah berada di bilik kamar hotel mewah.

Jakuzi pelengkap gaya


3. Aksesori dan kelengkapan kamar mandi.....

- Seperti pembuka paip, pili dan lain-lain menggunakan keluli tahan karat dan berkualiti tinggi.

Kemasan tahan karat dan berkualiti


4. Rekaan Kamar Mandi.....

- Divariasikan dengan struktur binaan dinding kaca telus pandang untuk menyediakan suasana lebih privasi dan mengundang.

Kaca telus pandang: Eksklusif dan futuristik


5. Pilihan Warna Latar Senada.....

- Rona krim lembut atau putih adalah pilihan terbaik untuk kamar mandi bergaya sofistikated.


Rona lembut dan senada: Nyaman dan sofistikated


Thursday, 21 July 2011

PERCUMA: Tips Memenuhi Ruang Loteng

Loteng juga perlu dihias sebagaimana sudut dan ruang lain di kediaman. Ia wajar mendapat pengisian yang seimbang dari segi reka dalaman agar sesuai dengan fungsi ruang loteng anda. Suntikan idea pada dinding, perabot, konsep dan aksesori boleh disesuaikan dengan reka bentuk loteng anda yang seterusnya menghasilkan sebuah loteng yang praktikal dan bergaya.

Binaan ruang loteng


* FUNGSI LOTENG

Untuk memenuhi ruang loteng, fungsi loteng perlu dirujuk samada sebagai bilik bacaan, ruang rehat keluarga atau bilik tidur. Namun, perlu diingatkan jika loteng anda menggunakan lantai yang agak tipis dan jarang, elakkan menggunakan perabot dan kelengkapan yang berat. Sekiranya loteng dibina sebagai stor, pastikan lantai yang tebal dan kukuh dipasang agar boleh menyokong isi loteng yang berat.

Loteng: Bilik Tidur
Loteng: Bilik Bacaan dan Bilik Berkerja

Kepelbagaian fungsi loteng


* PEMILIHAN DAN SUSUN ATUR PERABOT

* Sediakan pelan susun atur perabot yang lengkap dan terperinci. Susun atur perabot perlu sesuai dengan keluasan dan bentuk loteng. Pelan boleh menggelakkan pembaziran sekiranya berlaku perubahan secara tiba-tiba. Kaji dan dapatkan sebuah pelan penyusunan yang terbaik.
* Jika ruang sempit, elakkan memilih perabot yang bersaiz besar.
* Perabot pasang dalam praktikal dibina di loteng untuk menjimatkan ruang.
* Selepas itu, barulah susun atur perabot boleh dibuat.
* Kepadatan perabot, sama ada longgar atau padat bergantung kepada cara penyusunan. Pastikan anda berpuas hati dengan susun atur yang telah dibuat.

Contoh pelan susun atur loteng

* MEMILIH PENGGAYAAN KONSEP

Skema penggayaan memainkan peranan yang penting bagi setiap ruang. Loteng juga perlukan sentuhan penataan yang berkonsep sama seperti ruang lain dalam kediaman anda agar kesinambungan yang terjalin tidak putus. Sama ada Moden, Tropikal, Hi-tech, Inggeris, Urban atau Zen bergantung pada  kehendak anda. Namun begitu ada sebilangan pemilik kediaman yang gemar perbezaan konsep pada bilik yang berbeza.

Gaya dan konsep hiasan dalam loteng


* AKSESORI

Aksesori ibarat solekan pada sudut. Ia juga harus selari dengan konsep ruang. Memasukkan elemen aksesori sangat perlu untuk memberi mood dan kesegaran pada loteng. Bagaimanapun, kurangkan jumlah aksesori jika ruang loteng terlalu sempit. Aksesori seharusnya tidak terlalu berat dan besar. Disarankan aksesori dwi-fungsi untuk penjimatan ruang.

Pemilihan aksesori dwi-fungsi di loteng : menjimatkan ruang

Wednesday, 20 July 2011

Tahukah Anda? : Loteng - Perlu Bijak Menggayakannya.

Loteng adalah binaan yang semakin popular, terutama bagi mereka yang benar-benar mahukan ruang tambahan. Loteng boleh dijadikan perpustakaan mini, bilik tidur, bilik permainan atau ruang storan yang efektif. Cuma ia perlukan ketelitian dan perancangan rapi semasa pembinaannya. 

Loteng merupakan ruang yang semakin popular di kalangan pemilik ini adalah tambahan kepada ruang-ruang kediaman sedia ada. Kos pengubahsuaiannya bergantung kepada keluasan ruang dan jenis kemasan yang dikehendaki. Gaya penataan dan tugas loteng disesuaikan dengan konsep kediaman anda. Apa pun fungsi yang dimahukan, susun atur dan gaya hiasan dalaman yang dipilih perlu praktikal dan selesa untuk disesuaikan dengan keluasan loteng yang biasanya terhad. Berikut merupakan beberapa tips dan panduan yang boleh digunakan untuk mengubah suai atau mendapatkan ruang loteng yang menarik di kediaman anda:

* Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap menjadikan suhu panas di loteng. Tambahan pula, kedudukannya di atas sekali menyebabkan dedahannya kepada cahaya terik matahari sangat besar, seterusnya menyebabkan suasana yang panas dan berkuap. Oleh itu, pembinaan loteng khususnya loteng bertutup perlu mempunyai penyelesaian masalah ini. 


PENYELESAIAN:

* Memasang 'insulation' pada bahagian bawah jubin lantai.
* Reka bentuk loteng itu sendiri mempengaruhi suhu dan peredaran udara panas dan sejuk. Binaan tingkap atau bumbung kecil atas bumbung utama boleh menggalakkan pengaliran udara panas ke luar. "Pembinaan chimney" (cerobong pada bumbung) atau "vent stack" akan menggalakkan udara panas keluar dari bilik loteng. Selain itu, ia juga membenarkan udara sejuk dari luar masuk ke dalam dan menyejukkan suasana panas.
* Membina ruang atau jurang antara bumbung atas dengan bumbung bawah supaya ada jurang yang besar dan menyebabkan ruang terbuka dan pengaliran udara lebih terbuka.

Loteng
Ruang loteng sebagai ruang rehat sekeluarga


* Kebanyakkan loteng mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber cahaya semula jadi.

PENYELESAIAN:

* Membina banyak tingkap di loteng akan membenarkan banyak cahaya semula jadi masuk ke ruang loteng. Tingkap kaca contohnya adalah pilihan terbaik untuk memaksimumkan pencahayaan dan menyebabkan loteng cerah dengan cahaya semula jadi.
* Penggunaan "Glass Tiles" di bahagian bawah bumbung akan menyebabkan cahaya semula jadi dari luar masuk. Ia sesuai untuk bumbung yang menggunakan genting sebagai atap rumah.


Binaan Tingkap: Pencahayaan semula jadi di ruang loteng


* Bagaimana memilih rekaan tangga yang sesuai untuk loteng. Mungkin anda keliru untuk membina tangga yang sesuai menghubungkan loteng dengan ruang rumah di bawah. Ia tidak semestinya perlu sama dengan rekaan tangga ibu rumah. Tangga ke loteng boleh disesuaikan dengan gaya, keluasan ruang, fungsi loteng dan kesesuaian penghuni.

PENYELESAIAN:

* Tangga yang boleh dilipat ke atas. Ia sesuai untuk menjimatkan ruang dan kelihatan bijak bermain dengan ruang dan sofistikated.
* Rekaan tangga memanjat mungkin sofistikated, tetapi tidak begitu praktikal kerana keadaannya yang kurang selamat terutama bagi kanak-kanak.
* Tangga reka bentuk biasa boleh disesuaikan dengan penggunaan loteng sebagai stor yang memerlukan pijakan kukuh pada tangga.


Pelbagai Jenis Tangga memanjat ke ruang loteng: Tangga Lipat

Tangga 'Sliding'

Tangga 'Spiral'






Tuesday, 19 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri VIII) - Akhir

O8. Pilihan Material Kayu

Inspirasi Kayu


Kekuatan kayu sememangnya kita sedia maklum terutama daripada jenis tahan air dan kelembapan. Pesona kayu ini pasti menjadikan kamar mandi kita lain daripada yang lain. Malah menjadi lebih hebat jika kamar mandi anda mempunyai struktur terbuka dan dihiasi elemen semula jadi. Malah kraf kayu seperti ini juga dijadikan tong menyimpan wain, timba dan sebagainya.

Tab mandi daripada material kayu


SARANAN PENGUBAHSUAIAN:-

* Bina dek berbentuk jejaring kayu menjadi kesinambungan terhadap konsep kayu yang diketengahkan.

Kemasan lantai daripada kayu

* Adunkan bersama dengan timba besi seperti yang pernah digunakan masyarakat desa dahulu.

Koboi Moden?

* Binaan berbentuk terbuka atau mempunyai siling telus pandang boleh memberi sinar yang terang dan membenarkan kelembapan segera kering dan kayu tahan lebih lama.

Imej Rustik dan Bebas dengan Konsep Hiasan Kayu


* Elakkan memilih aksesori lain yang dilihat terlalu moden.

* Kemasan ala slate, batu kerikil bergilap Shanghai dan corian sememangnya sesuai digandingkan bersama.

Hiasan Kayu diadun dengan Shanghai dan Corian Stones

Monday, 18 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri VII)

O7. Jalinan Budaya Asia

Asia sememangnya kaya dengan budaya yang tersendiri, halus lagi tersohor di serata dunia. Jika empayar Rome terkenal dengan rumah mandinya, Asia juga terkenal dengan ritual memanjakan diri. Rekaan yang begitu bersahaja, ringkas, tetapi menyelitkan gaya Nusantara dan unsur Zen ini sebenarnya mirip nilai kontemporari. Cuma diperkayakan dengan elemen dekorasi tradisi yang diringkaskan.

Kebudayaan Asia

~ Gubahan ala Oriental dan Nusantara ini diserap pada elemen struktur seni bina seperti tingkap, kemasan lantai, bekas takungan mandi dan sebagainya.

Padanan Struktur Seni Bina Oriental pada kelengkapan kamar mandi

~ Tekaan anda tidak benar jika anda fikir hanya kamar mandi luas sahaja boleh menempatkan gaya dekorasi seperti ini. Setiap di antaranya mempunyai cara susunan malah disertakan saiz aksesori yang serasi dengan saiz ruang.

Kamar Mandi Moden Oriental

~ Kamar mandi bersaiz sederhana juga boleh digunakan bagi menyerlahkan gaya eksotik seperti ini. Pastikan corak dan rekaan yang berteraskan semula jadi agar tampil unik dan menarik.

~ Paling penting sistem saliran air yang kemas dan kreatif membentuk tata hias elegan dan tampil mewah.


SARANAN PENGUBAHSUAIAN:-

~~ Jika anda memilih untuk membina sendiri tab mandi, pastikan kedalamannya tidak terlalu tinggi. Cukup selesa untuk anda duduk di dalamnya dan paras air sekitar bahu sahaja.

Binaan Tab Mandi dan Jakuzi yang mengikut keselesaan

~~ Kenakan kemasan yang sederhana licin bagi keselamatan dan yang direka khas untuk kawasan seperti kamar mandi.

~~ Pastikan ragam warna. Samaada anda memilih rona samudera, natural mahu pun gaya ala spa.

Gubahan motif bunga Sakura dan Kemasan kamar mandi dari rona putih

~~ Tumpukan pada sistem saliran dan kemudahan untuk membaiki sistem sekiranya berlaku kerosakan.

Pastikan sistem saliran anda berfungsi dengan baik

Sunday, 17 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri VI)

O6. Romantik Dan Privasi

Romantik dan Privasi

Idea romantis sebegini sesuai bagi mereka yang gemar manjakan diri di kediaman. Mandian bagi mereka adalah satu upacara yang sangat istimewa dan dinanti-nantikan. Kamar mandi sama pentingnya dengan kamar beradu atau ruang tamu. Ia juga melibatkan seni mandian yang juga sering kali dapat kita lihat di negara seperti Jepun, Turki dan sebagainya.

x Ruang perlu redup dan dihiasi aroma terapi dan lilin.

Hiasi kamar mandian romantik anda dengan lilin , bungaan dan wangian aroma

x Pastikan juga kitaran udara dan bukaan yang cukup untuk mendapatkan hawa yang lebih nyaman.

x Selalunya kamar mandi bersaiz besar sangat sesuai dihiasi cara sebegini.

Gubahan bunga boleh mengasyikkan : Ihsan Rizalogy

x Pun begitu, ia mestilah kamar mandi peribadi yang hanya digunakan oleh seorang atau suami isteri sahaja. Ia adalah kerana hiasan yang agak cerewet memerlukan penjagaan yang sangat rapi.

Hiasan mewah dan detail di kamar mandian romantik


SARANAN PENGUBAHSUAIAN:-

xx Pilih pencahayaan yang boleh dilaraskan. Ini bermakna anda boleh mendapatkan mood pencahayaan yang diinginkan bagi tujuan tertentu.

xx Jangan lupa meletakkan kuntuman bunga segar seperti bunga LILY yang harum semerbak di ruang kamar mandi.

Haruman si Lily

Transformasi: Motif bunga Lily dalam kelengkapan kamar mandi


xx Kemasan lantai mewah seperti jubin hitam kesat atau slate hitam cukup hebat sekiranya dikenakan dengan kabinet kayu 'perang madu'.

Putih dan Elegan


xx Pencahayaan semula jadi juga boleh ditambah. Siling yang menggunakan material telus pandang boleh memberikan kesan kamar mandi di dalam taman terutamanya jika dirimbunkan dengan pepohon hijau.

Tab Mandi


Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...