Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday, 7 May 2011

Tahukah Anda? : Cat (Kemasan)

Cat

Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahaan untuk memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata, dan lain-lain lagi. Fungsi cat ialah:

1. Melindungi bahan-bahan perusahaan seperti yang tersebut di atas daripada kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya.

2. Mencantikkan pemandangan.

3. Memudahkan proses pembersihan permukaannya.

Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi. Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut (thinner). Bahan pengikat berfungsi melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati adalah turpentin dan spirit putih. Mutu cat sentiasa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan permintaan pengguna yang semakin bertambah. Kebanyakkan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus, tidak payah dicampur dengan bahan lain. 

Jenis-jenis cat yang digunakan ialah:

Cat Minyak

Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapis cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna. Cat lapisan kemasan pula mengandungi minyak varnis, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti turpentin. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.

Cat Air atau Cat Emulsi

Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan. Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek ataupun disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi kerja baru.

Cat Distemper

Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dibancuhkan dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasanya digunakan untuk mengecat papan siling, kadang-kala digunakan pada tembok bata dan tembok konkrit.

Cat Kegunaan Khusus

Banyak jenis cat dihasilkan khas untuk kerja-kerja yang tertentu. Antaranya ialah:

a. Cat Aluminium

Cat ini dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat kering. Cat ini digunakan sebagai cat asas bagai kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.

b. Cat Bitumen

Cat ini mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen dan ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan pemandangannya tidak diutamakan. Cat ini berharga murah.

c. Cat Kalis Kulat

Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah pertumbuhan kulat terkandung dalam cat jenis ini. Kegunaannya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.

d. Cat Tahan Api

Cat ini mengandungi ammonium fosfat. Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.







Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources

Jenis Kerja Yang Dijalankan: Kerja-kerja Mengecat (External dan Internal) di Klinik Fazliana, Seri Kembangan
 Tarikh Kerja Dilaksanakan: 15 Disember 2010

Emes Engineering Resources juga menawarkan perkhidmatan kerja mengecat. Kerja mengecat yang kami laksanakan menggunakan bahan dan cat yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan kami! Kami juga menawarkan HARGA YANG BERPATUTAN kepada bagi kerja-kerja mengecat yang kami laksanakan. Sila hubungi kami SEGERA jika anda ingin melaksanakan kerja-kerja mengecat di premis atau kediaman anda.





Friday, 6 May 2011

PERCUMA: Tips Merancang Ruang Dapur Selesa: Langkah Keselamatan Mengelak Kemalangan

Ruang dapur diakui sebagai ruang yang paling ketara mengundang bahaya kerana di sini banyak menempatkan peralatan elektrik dan benda tajam seperti pisau dan gunting. Lebih 65 peratus kes kebakaran dilaporkan berpunca daripada kecuaian di ruang dapur. Berikut beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil demi keselamatan seisi keluarga:
  
1. Sentiasa pastikan kedudukan tangkai kuali atau periuk tidak menghala ke bahagian depan. Ini bagi menggelakkannya dicapai oleh kanak-kanak.

2. Letak hidangan yang masih panas dan berasap di tengah-tengah meja atau kaunter dan tidak dibucu meja.

3. Jangan biarkan wayar elektrik berselirat di atas mahupun bucu meja atau kaunter.

4. Jauhi barang mudah terbakar seperti bekas plastik, kertas aluminium dan minyak daripada dapur atau pembakar roti.

 5. Tutup suis dan cabut palam elektrik selepas selesai digunakan bagi mengelakkan daripada berlaku kejadian litar pintas.

6. Pastikan dapur dan alas pemanas bersih daripada minyak.
7. Pakai baju berlengan pendek dan sesuai ukuran badan ketika memasak. Baju berlengan besar dan labuh berkemungkinan dan juga mudah disambar api.

8. Sorok benda tajam di dalam laci supaya tidak dapat dicari atau diambil oleh kanak-kanak.

9. Sediakan alat pemadam api, sebagai persediaan jika berlaku sebarang kebakaran.



Thursday, 5 May 2011

Emes Engineering Resources: POTONGAN HARGA HARI RAYA (2011/ 1432H)

Emes Engineering Resources: POTONGAN HARGA HARI RAYA (2011/ 1432H)

PERCUMA: Tips Merancang Ruang Dapur Selesa: Melindungi Dapur Daripada Tatapan Umum

Kadangkala kedudukan dapur masak betul-betul bertentangan dengan pintu atau laluan menuju ke ruang tamu. Sudah pastinya keadaan ini akan menyerlahkan pemandangan kurang menarik, terutama ketika suasananya berkecah dan belum sempat dikemas. Ada beberapa cara menyorokkan pemandangan terus ke dapur.

Pertama: Anda boleh membina kabinet berpulau atau kaunter sarapan yang ukurannya lebih tinggi daripada dapur. Boleh juga menghiasi kaunter sarapan dengan jambangan bunga atau beberapa unsur perhiasan menarik, sekaligus mengalih pandangan tetamu daripada tertumpu ke ruang dapur.

Kedua: Memilih keluli tahan karat sebagai hiasan kemasan, peralatan dan kelengkapan dapur. Pilih keluli yang boleh disuai padankan dengan kemasan kabinet, lantai dan dinding. Sekurang-kurangnya cara ini melahirkan suasana pemandangan dapur yang lebih kemas dan menawan.

Rajah: Contoh Kaedah Menghias Ruang Dapur Anda


Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...