Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday 25 June 2011

PERCUMA: Tips Ringkas Untuk Kediaman (Siri IV)

O.30# Contoh Yang Baik Untuk Ruang Kritikal

Pemilihan meja bulat bersama kemasan yang halus dan bersifat antik. Biar pun hiasan di tengah-tengah meja begitu klasik, tetapi pemilihan saiz aksesori yang selari dengan saiz meja perlu dibuat agar serasi dengan ruang.

Meja Bulat Antik


O.31# Gaya Sederhana Tetapi Cukup Kreatif

Ruang kritikal sebegini memerlukan meja yang tidak terlalu panjang dan juga tidak boleh mengambil banyak ruang di setiap posisi. Jadi, meja segiempat tepat dilihat cukup sesuai. Biar pun hanya tiga tempat duduk, tetapi ianya sangat praktikal jika penghuni kediaman tidak ramai. Pengunaan bahan kitar semula dengan ilham ala cafe sememangnya sesuai dengan konsep ruang makan seperti ini.

O.32# Jangan Biarkan Diri Anda Dikongkong Oleh Ruang Yang Terhad

Jendela merupakan alternatif untuk anda menikmati pemandangan indah di luar sana. Kemasan lembut kadang-kadang tidak dapat membantu menyeimbangkan mood ruang sehingga terasa keras dan seperti dibelenggu. Dalam kes ini, pemilik memilih untuk membiarkan jendela dan pintu gelengsar bebas daripada kemasan lembut atau dilitupi fabrik keras. Malah, pemandangan luar biasa di luar sana merasakan kediaman ini tampak lebih luas.

Kreativiti dalam menata rias ruang terhad


O.33# Pilihan yang berbeza

Hijau bagaikan satu sentuhan rustik memberi impak kedesaan yang ideal untuk ruang dapur. Jika mahu kemasan lebih pastel, gunakan material kayu 'Lime Wash' sebagai pilihan selamat.

O.34# Putih Warna Dramatik Untuk Dapur

Ramai yang mengatakan putih hanya menjadikan dapur kita tampak lekas kotor. Ini sebenarnya silap kerana anda boleh menjaga kebersihan dapur dengan lebih cermat. Kemasan permukaan kaunter biarlah daripada jenis batu asli seperti granit atau marmar. Elakkan memilih jenis lamina kerana akan hanya menyebabkan kabinet anda lekas terkopak. Jika tidak pun, anda boleh menggunakan pilihan rona terang untuk dapur kering.

Putih Kemasan Yang Bersih


O.35# Dapur Terbuka Beri Keselesaaan

Rekaan dapur yang mesra ruang selalunya agak terbuka. Tambahan pula seandainya anda mendiami unit apartment atau studio apartment. Jadi, rekaan serba guna perlu diterapkan bagi menampung pelbagai kegunaan seharian di dapur seperti tempat memasak, penstoran dan peralatan menggosok. Jadikan kaunter sarapan sebagai sempadan antara bahagian depan dan ruang dapur. Elakkan memilih lebar kaunter yang maksimum sebagai menjimatkan ruang.

O.36# Cahaya Memberi Impak Luas

Bagi unit pangsapuri, biasanya masalah pencahayaan semula jadi dan ruang begitu kritikal. Biar sekecil mana sekali pun, dapur mesti mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan pencahayaan sihat. Ini bagi memastikan rung dapur kering tidak berbau. Pilihan warna garang membantu menjadikan ruang lebih semarak dan luas. Ditambah dengan rona terang, dapur akan kelihatan tidak terlalu terkongkong.

Cahaya Semulajadi dan Impak Luas kediaman


Friday 24 June 2011

PERCUMA: Tips Ringkas Untuk Kediaman (Siri III)

0.20* Perabot Gah, Warna Neutral

Keseimbangan ruang antara perabot dan warna dilihat sebagai satu keperluan. Tambah pula anda sememangnya menggemari rangkaian perabot klasik. Jika anda memilih rona terang atau mewah, pasti akan mewujudkan kecelaruan. Jadi, beri suntikan rona neutral yang lebih tenang dan tidak keterlaluan. Gubahan bijak ini menjadikan ruang tamu anda bagaikan di hotel mewah.

Impak warna neutral mendamaikan ruang kediaman


O.21* Pemilihan Perabot Maksimum

Lupakan sebentar soal susunan perabot dalam nisbah kadar 3:2:1. Adakalanya kita perlu bertindak lebih daripada itu. Sofa berbentuk 'L' yang kini popular di kalangan anak-anak muda, boleh dijadikan pilihan utama untuk ruang terhad. Ia bukan sahaja tampil moden, ringkas tetapi boleh dilaraskan kedudukannya sesuai dengan seni bina ruang. Elakkan menambah benda lain kerana kerusi 'L' sebegini sememangnya sudah mencukupi untuk memenuhi ruang di kediaman anda.

Penataan ruang menggunakan sofa 'L' shaped


O.22* Salam Taj Mahal

Konsep India yang dipilih dalam hal ini, menjadikan kamar tampil lebih bertenaga. Warna merah terang bersama corak pudar cukup hebat. Gubahan yang besar ditempatkan pada paras tinggi menyelamatkan ruang dan kelihatan menarik pada sudut katil. Kebijaksanaan pemilik menyusun atur perabot dapat menarik dan menimbulkan suasana mesra ruang. Penggunaan cermin besar juga akan dapat menghidupkan suasana ruang.

Tarikan ruang; warna terang 


O.23* Nilai Dramatik

Kemasan lembut sebenarnya sangat membantu untuk kita menjadikan kamar lebih hebat dan sempurna. Mungkin ada yang menyatakan rona dramatik kurang sesuai kerana kamar perlu lebih mendamaikan. Anda sebetulnya boleh memilih lapisan cadar pertama berwarna putih dan lainnya boleh bermain dengan rona berani.

O.24* Inspirasi Mewah

Ruang yang sangat terhad dikenakan dengan rona coklat gelap. Agak janggal bunyinya tetapi jika pemilik bijak mengenakan aksesori seperti dua buah gambar besar yang cerah untuk mengimbangai tata warna dan keserasian ruang, maka hasilnya sudah tentu kamar yang eksklusif biarpun menata ruang yang sempit.

O.25* Pegaruh Garisan

Permainan garisan juga boleh membantu anda mendapatkan ilusi yang cukup luas. Biar melintang atau menegak, ia bakal memberi impak yang tersendiri pada ruang. Ruang akan kelihatan lebih lebar jika mempunyai jalur yang merentangi kamar tersebut. Manakala ruang bakal tampak lebih tinggi jika mempunyai garis halus yang dikenakan pada sesebuah bahagian dinding.

O.26* Penggunaan Dinding Dengan Bijak

Pilih bahagian dinding yang sesuai untuk dijadikan ruang membaca di kamar tidur. Pasang kabinet bina dalam untuk mendapatkan penstoran yang bijak bagi bahan-bahan bacaan anda. Koleksi buku ilmiah sememangnya membawa imej gah kepada ruang kediaman anda.

O.27* Penggunaan Ruang Maksimum

Penggunaan ruang yang bijak. Bahagian balkoni yang selalunya diletakkan barang-barang remeh, diperkemas dengan pembinaan kabinet dan diwujudkan sudut membaca yang menarik. Pemilihan rona kelabu juga membantu menyerlahkan sudut comel ini.

O.28* Meja Bulat Mewah

Pemilik mempunyai masalah ruang, tetapi diselesaikan dengan cara paling bergaya. Meja bulat marmar bukan sahaja sesuai dengan konsep kediaman, malah menggelakkan ruang tampil terganggu dek bucu meja yang bersegi empat.

Meja makan bulat; Ringkas tetapi mewah

Meja Makan Bulat; Praktikal dan Moden


O.29* Comel Dan Feminin

Ruang yang kecil membenarkan kita bergaya dengan pelbagai aksesori pilihan. Meja makan yang kecil jika dihias menarik, pasti tidak akan terlepas daripada pandangan mata tetamu yang datang bertandang. Pilihan warna yang sederhana dan aksesori kreatif merupakan ilham bijak agar meja makan kelihatan anggun tanpa gaya yang keterlaluan.

Thursday 23 June 2011

PERCUMA: Tips Ringkas Untuk Kediaman (Siri II)

O.1O. Kuasa Gebar Berlapik

Kini anak muda lebih gemar memilih sofa polos sebagai kemasan lembut sofa masing-masing. Ia sememangnya indah dan tampil urban. Tetapi kadang-kadang jika ia terlalu lama di ruang ramu, sememangnya akan menimbulkan rasa bosan. Mungkin bagi sesetengah orang lebih gemar meletakkan fabrik biasa sebagai lapik dan memberi warna. Anda juga sebenarnya boleh meletakkan gebar berlapik sebagai ganti. Ia bukan sahaja berwarna-warni, tetapi boleh digubah selaras dengan imej yang hendak disampaikan oleh tuan rumah.


Sofa Polos Dan 'Throw' atau Gebar
Pelbagai rona gebar untuk dijadikan aksesori bagi sofa anda


O.11. Curi Ruang Untuk Selesa

Bagaimana mungkin untuk kediaman sempit mempunyai ruang bonus? Di mana ruang hendak diletak koleksi buku yang ada? Jawapannya adalah perancangan bijak pada dinding dan memilih kabinet bina dalam. Biar kecil dan tinggi, ruang untuk membaca sememangnya praktikal diwujudkan. Jika anda bijak mencuri ruang di koridor atau di pinggir ruang makan, mahu pun di sisi jalan menghala ke dapur, sudut membaca anda pasti tampil gah dan berbeza daripada yang lain.


Rak buku



O.12. Membangkitkan Selera

Sekiranya ruang makan sempit, kita disarankan agar memilih jenis meja kecil untuk empat orang sahaja. Reka bentuk meja sama ada yang bulat atau segi empat, bergantung kepada pelan lantai ruang. Jika ruang sempit dan terletak di bahagian sudut, meja bulat sudah pasti adalah yang baik. Bukan sahaja mampu mengelakkan kemalangan, tetapi menarik diletakkan pada ruang makan. Manakala seandainya ruang makan anda mempunyai pelan lantai memanjang, meja segi empat tepat dilihat lebih sesuai.

O.13. Elakkan Kemalangan Dapur

Kawasan yang sangat sibuk dalam satu masa. Ramai yang tidak sedar akan kepentingan perincian pada dapur, Bucu kabinet misalnya perlu dipotong menjadi separuh bulat bagi mengelakkan kemalangan. Jika boleh, elakkan daripada memilih kemasan kayu gelap untuk material kabinet bina dalam. Mengapa? Ini adalah kerana kabinet anda akan kelihatan begitu besar dan menyesakkan ruang. Ia juga memberi satu rasa tidak selesa kepada kita dan agak janggal dilihat di kawasan yang terhad itu. Jika mahu memilih kemasan, pilih kaca kabut yang tampak ringan dan santai.

O.14. Ilham Tergantung

Bekas jem, biskut atau lain-lain balang kaca usah dibuang setelah isinya habis digunakan. Anda boleh cuba berkreatif dengan bahan-bahan terpakai ini. Jika anda mempunyai rak, bahagian bawahnya boleh dimuatkan dengan bekas-bekas ini terutamanya jenis balang. Gam bahagian atas penutup balang pada bahagian bawah rak. Gunakan gam yang kuat agar botol ini tidak jatuh. Jadi, setiap kali anda ingin mengambil barang, pulaskan sahaja balang tersebut agar terlerai daripada penutupnya. Begitu juga sekiranya mahu menyimpan kembali. Jadi, anda juga boleh menjimatkan ruang dan ianya selamat.

O.15. Cahaya Oh Cahaya

Kita kadang-kadang terlupa untuk merancang ketika membeli perabot. Hasilnya, ruang menjadi seperti dekorasi ala rojak yang merimaskan. Jika anda berasa ia sudah terlambat untuk mengindahkan rumah, anda silap! Pilih lampu lantai dan lampu meja yang sesuai. Cahaya suram dan sinaran redup seperti yang dihasilkan oleh lampu jenis ini boleh melindungi kelemahan yang ada pada ruang tamu atau apa saja ruang di kediaman anda. Cahaya yang malap bukan sahaja dapat menyorokkan apa yang tidak perlu, malah limpahan cahaya keemasan turut memberi kesan mewah pada ruang.

O.16. Penyapu Juga Penyeri

Pesan orang tua, penyapu jangan diletak di hadapan pintu. Tidak manis dipandang orang. Kini, jika anda tidak tahu bagaimana cara untuk meletakkan penyapu lidi anda terutamanya, dapatkan tempayan kecil. Masukkan penyapu lidi anda secara terbalik. Biar hujung penyapu dikembangkan sedikit seperti gubahan bunga. Paling sesuai untuk kediaman berkonsepkan 'Tropika Nusantara'. 

O.17. Sudut Peribadi

Sekiranya masih terdapat sudut kecil di ruang tamu, jadikan tempat lambakan surat khabar lama atau beg sekolah anak-anak. Cukup sebuah kerusi dan meja kecil sebagai penyeri sudut lebihan yang ada. Anda boleh duduk di sini sambil melayan tetamu di deretan sofa atau satee lain yang disediakan. Anda juga boleh menjadikan sudut ini sebagai sudut bacaan, bersantai dan menonton.

O.18. Satu Sudah Cukup

Bagi kediaman yang agak kritikal saiznya, sebuah kerusi ukiran gah seperti "Cleopatra" sudah memadai. Cantik, mahal dan menjimatkan ruang. Jadi, pemilihan bijak perabot seperti ini boleh menyelamatkan kita daripada menjadi mangsa gaya. Jika boleh, hamparkan permaidani agar lebih selesa bagi tetamu yang memilih untuk duduk bersimpuh di atas lantai.

O.19. Cantuman Pelbagai Warna

Ringkas dan bertenaga. Anda perlu ingat, rumah yang kecil mudah mendatangkan rasa bosan kerana kita di kelilingi dinding yang sama setiap masa. Jadi, dengan adanya percaturan pelbagai warna, rasa bosan atau sempit boleh dikurangkan. Malah kediaman bertukar menjadi meriah seperti sebuah set penggambaran iklan atau filem.


Wednesday 22 June 2011

PERCUMA: Tips Ringkas Untuk Kediaman (Siri I)

O1. Fabrik Berbulu

Kadang-kadang fabrik yang menarik pada asalnya bertukar menjadi berbulu dan kurang menyenangkan setelah dicuci berulang kali. Bagi yang tidak selesa dengan situasi ini, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencukur bulu tersebut. Pastikan pisau cukur anda benar-benar tajam dan cukur mengikut alur kain. Lakukan perlahan-lahan agar fabrik tidak rosak. Sesekali buang bulu yang ada pada mata pisau cukur agar cukuran pada fabrik lebih lancar.


O2. Hiasan dan Tambahan

Kini ramai orang suka menggunakan bahan telus pandang seperti polikarbonat dan akrilik. Tetapi ramai yang terlupa bahawa dalam kita mengimpikan cahaya pada ruang, bahang dan rasa hangat boleh menimbulkan rasa tidak selesa. Jadi, jika anda ingin mengurangkan kehangatan atau kadar kecerahan yang menerobos, lapiskan bahagian bawah material telus pandang anda ini dengan jala, atau kain organza mahu pun fabrik jaring kasar. Ia bukan sekadar boleh mencantikkan ruang tetapi cahaya yang menerobos juga boleh disukat.

O3. Ruang Tamu Sendat?

Jesteru itu, kaji dahulu perabot yang bakal kita isi. Adalah dinasihatkan agar kita memilih satu unit kerusi yang boleh menempatkan beberapa orang dalam satu unit. Bangku panjang juga boleh digandingkan sama. Bantal besar boleh membantu untuk menambahkan lagi keselesaan di ruang ini. Pilih yang perlu sahaja agar kita tidak terasa sesak dan sempit. Jika boleh, lupakan sebentar meja kopi utama dan fokuskan pada meja kopi sisi sahaja. Ruang yang ada boleh diselesakan dengan permaidani atau tikar buluh berdasarkan konsep kediaman.

Kaji luas ruang anda sebelum membuat pilihan perabot


04. Indah Bergemerlapan

Acap kali kita mempunyai rupa dinding yang sama. Cuma warnanya sahaja yang berbeza. Paling tidak, kita akan memilih kertas dinding dan jubin sebagai penyerlah rupa dinding. Bagi anda yang memilih konsep warna garang atau tema India juga maharani, batu kristal palsu juga boleh digunakan sebagai penyeri ruang. Kini, di pasaran terdapat jenis batu yang cantik dan bergemerlapan. Pilih sahaja warna apa yang anda suka. Bagi yang gemarkan penggunaan sari, batu kristal ini boleh dijadikan pelengkap gaya agar dunia maharani anda lebih glamor dan mewah.

Konsep Dekorasi Bercirikan 'Bollywood Glamour and Glitz'


O5. Tips Bilik Tidur

Kamar beradu, sebuah ruang yang cukup istimewa dan seharusnya kelihatan kemas serta selesa. Seelok-eloknya, katil tidak menghimpit dinding jendela. Ia bagi mengelakkan anda terkena tempias atau silau semasa tidur. Jendela di kamar sewajarnya memberi anda nikmat pemandangan dan laluan untuk menukar langsir atau menutup jendela perlu disediakan. Pastikan anda juga mempunyai ruang untuk almari baju dan ruang kecil untuk solat. Pencahayaan semula jadi yang cerah dan pemilihan warna girang pastinya memberi kesan positif untuk anda dan persekitaran.

O6. Menapis Silau

Tidak dapat dinafikan ada di antara kita yang mempunyai katil yang menghadap tingkap. Lebih memburukkan keadaan, ia menghadap terus ke arah matahari naik. Amda sebenarnya boleh menggantung fabrik hiasan seperti kanopi yang memberi satu lagi lapisan tabir agar cahaya matahari tidak menerobos terus ke katil anda. Ia juga tampil cantik dan mewah. Tambahan pula jika anda mempunyai katil bertiang empat. Sangkutkan sahaja fabrik tersebut dan biarkan ia jatuh dengan molek. Selitkan juga manik dan hiasan pada hujung fabrik anda agar tampak berat dan stabil.

O7. Menhindarkan Bau Najis Haiwan Peliharaan

Ramai orang mempunyai sifat penyayang terhadap haiwan. Walaubagaimanapun, adakalanya haiwan peliharaan kita akan membuang najis di merata tempat. Beberapa petua yang boleh diikuti untuk menghindarkan bau najis haiwan peliharaan ini, antaranya ialah dengan menggunakan ubat gigi. Caranya, buang najis haiwan peliharaan dah kemudian cuci dengan air biasa mahu pun bersabun. Sebelum mengeringkan lantai, sapukan dengan ubat gigi agar dapat melenyapkan kesan bauannya.

O8. Batik Cop

Bagi mereka yang menggilai sesuatu ikon seperti bunga matahari atau watak animasi, anda sebenarnya boleh membuat corak pada fabrik. Anda boleh mengulang teknik ini dengan mengukir corak pilihan pada medium seperti kentang untuk membuat cop corak pada fabrik pilihan. Tetapi perlu diingat, ia hanya sesuai dicorakkan di atas fabrik dari jenis kapas asli dan menggunakan pencelup fabrik asli. Jadi, anda boleh mendapatkan corak yang lebih istimewa dan berbeza daripada yang lain. Paling tidak, bagi yang memilih Nusantara sebagai konsep elemen hias, pilih sahaja batik Kelantan atau pun Terengganu sebagai lapik meja dan sebagainya.

Penggunaan Motif Batik dalam Konsep Nusantara


O9. Gubahan Ringkas

Tidak tahu bagai mana menggubah bunga? Jangan risau kerana kini terdapat pelbagai teknik menggubah bunga yang mudah dan ringkas. Paling menarik adalah dengan menggunakan batang bunga sebagai puncak gubahan dan selitkan hanya setangkai orkid putih pada balang. Pastikan batang hijau ini memenuhkan bekas gelas bunga anda dan tiada tekstur pada permukaan balang tersebut. Biarkan gubahan anda ringkas dan menarik.

Gubahan Bunga ringkas yang mampu memberikan impak kepada ruang kediaman anda



Tuesday 21 June 2011

Tahukah Anda? : Jenis Pintu Kayu

Pintu kayu boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut rekabentuk dan fungsinya. Jenis-jenis yang utama ialah pintu beroti, pintu rata, pintu panel dan pintu ram.


1.O Pintu beroti

Pintu beroti diperbuat daripada papan beroti yang bertanggam lidah dan lurah. Untuk menambah kecantikan papan beroti, alur 'V' dibuat dengan mencuramkan tepi papan.

Jenis pintu beroti dikenal dengan mengikut kaedah pembinaannya, iaitu:

a. Pintu Beroti Berbelebas
b. Pintu Beroti Berbelebas Dan Berembat
c. Pintu Bingkai Beroti Berbelebas Dan Berembat


1.1 Pintu Beroti Berbelebas (Ledge and Lined)

Kayu beroti dipaku kepada belebas-belebas lintang. Kelemahan pintu ini ialah ia boleh menghilangkan bentuk seginya oleh kerana pemakuan papan beroti kepada belebas tidak dapat membingkaikan pintu dengan teguh. Pintu ini cuma digunakan bagi bukaan yang kecil.




1.2 Pintu Beroti Berbelebas dan Berembat (Ledged Lined and Braced)


Kaedah pembinaannya hampir sama dengan pintu beroti berbelebas kecuali diperkukuhkan dengan adanya rembat-rembat di antara belebas. Rembat-rembat ini dipasang menyerong untuk melawan tekanan sebelah yang berkunci. Ia dipaku atau diskru kepada papan beroti. Pintu ini digunakan bagi bilik stor yang tidak mementingkan tentang keadaan rupa.



1.3 Pintu Bingkai Beroti Berbelebas dan Berembat (Framed, Ledged, Lined and Braced)


Antara tiga jenis pintu beroti, jenis ini adalah yang paling kukuh dan kemas. Papan-papan beroti dipasangkan kepada bingkai dan belebas yang diperkukuhkan dengan rembat-rembat di antara belebas. Bahagian susur atas diperbuat daripada papan beroti yang lebih tebal daripada daripada susur tengah dan bawah. Tanggam lubang dan puting digunakan pada susur dan sisi bingkai. Jenis pintu ini amat sesuai untuk pembukaan yang luas seperti pintu bengkel, kilang dan sebagainya.


Penggunaan Pintu Berbingkai Beroti Berbelebas dan Berembat sebagai pintu pagar dan pintu 'car porch'

2.O Pintu Rata

Pintu rata digunakan secara meluas dalam binaan bangunan. Ia juga sesuai bagi binaan pintu-pintu di bahagian dalam rumah, tetapi dengan menggunakan bahan-bahan yang bermutu ia boleh digunakan di bahagian-bahagian luar rumah. Pembinaan pintu rata biasanya diperbuat daripada bahan-bahan seperti papan lapis, papan serau dan lapisan plastik.

Pintu rata boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

a. Pintu Rata Berongga
b. Pintu Rata Padu


2.1 Pintu Rata Berongga

Bahagian-bahagian utama dalam pembinaannya terdiri daripada bingkai dalam yang mempunyai 2 batang sisi bingkai, susur atas, susur tengah dan susur bawah serta beberapa batang susur antara dengan sekeping blok kayu tempat pemasangan kunci. Pintu Rata yang bertugas ringan, bingkainya mempunyai lebih kurang 30% - 40% padu. Pintu yang bertugas sederhana berat seperti di bahagian di luar rumah, bingkainya lebih kurang 50% - 60% padu. Untuk mendapatkan binaan yang kukuh susur-susur antara di pasang lebih rapat. Pintu bertugas ringan, jarak susur antara ialah dalam lingkungan 125mm ~ 150mm dan untuk pintu bertugas sederhana berat jaraknya ialah 60mm ~ 70mm. 

Lapisan permukaan ditampal kepada kedua-dua bingkai pintu supaya menutup ruang bingkai. Ia biasa diglu dan diapit dengan himpitan yang tinggi untuk menghasilkan satu permukaan yang kemas dan rata tanpa menggunakan paku. Kerosakan pada tepi bibir pintu biasa berlaku, oleh itu sekeping kayu kecil dipasang kepada sekeliling bibir untuk tujuan mengemaskan serta melindungi tepinya.

Pintu rata yang digunakan di bilik mesyuarat atau bilik kuliah boleh disertakan panel kaca dengan dipasang kumai tampal untuk mendapatkan kekukuhannya.

Pintu Rata Berongga


2.2 Pintu Rata Padu

Pintu ini adalah pintu bertugas berat yang digunakan di dalam bangunan awam dan sesuai sebagai pintu perintang api. Ia mempunyai sifat-sifat merintang haba dan akustik yang lebih baik daripada pintu rata berongga. Pembinaannya sama dengan pembinaan pintu rata berongga kecuali ia mempunyai kayu teras yang diperbuat daripada beroti kayu yang diglu dan diapit di antara satu sama lain serta permukaannya diperbuat daripada papan lapis yang bibirnya ditutup sepanjang kedua-dua sisi bingkai. Pintu rata yang padu adalah lebih berat dan mahal daripada pintu rata berongga.

Pintu Rata Padu

3.O Pintu Panel

Pembinaan pintu panel terdiri daripada sisi-sisi bingkai dan susur-susur yang mengelilingi panel kayu yang berjumlah dari satu sehingga dua belas atau lebih. Bilangan panel adalah bergantung kepada saiz pintu dan rekabentuknya. Saiz kayu yang digunakan ialah di antara 100mm - 200mm lebar dan 38mm - 45mm tebal. Susur tengah dan bawah adalah lebih lebar daripada susur atas supaya dapat mengimbang rupa bentuk pintu itu.

Pintu Panel

Pintu Panel dan Kerangka Pintu

Antara contoh pintu-pintu panel yang terdapat di pasaran

4.O Pintu Ram


Pembinaan pintu ram adalah hampir sama dengan pintu panel kecuali bahagian panel digantikan dengan ram yang tidak boleh laras. Ram kayu yang curamnya 45 ̊ - 60̊ , setebal 12mm - 15mm dipasang kepada sisi   dipasang dilakukan dengan memasukkan kedua-dua hujung ram ke dalam lurah sisi bingkai kemudian diglu dan diapit supaya tegap dan kukuh. Pintu ram biasanya mempunyai satu ataupun dua panel. Ia sangat sesuai digunakan sebagai pintu bengkel ataupun pintu dapur.

Pintu Ram




Monday 20 June 2011

Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources


Jenis Kerja Yang Dijalankan: MEMBAIK PULIH DINDING DAN MEMASANG 'PEBBLE WASH' (NATURAL STONES)

Tarikh Kerja Dilaksanakan: 14 MEI 2011

EMES Engineering Resources mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan Kerja-kerja Pemasangan Pebble Wash atau pun Natural Stones ini. Hasil kerja yang kami berikan memuaskan hati klien kami dan kami amat berbesar hati jika anda menghubungi kami untuk mendapat khidmat dan kepakaran kami. Sila hubungi EMES Engineering Resources untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma atau untuk mengetahui lebih detil mengenai kerja 'Memasang Pebble Wash' ini.






Sunday 19 June 2011

PERCUMA: Tips Cara Bijak Atur Ruang Sempit (Siri Akhir)

1O Tips yang terakhir.....


O41 + Pengunaan Permaidani atau Ambal >
- dengan pilihan corak dan warna cerah atau natural adalah paling sesuai. Pilihan motif geometri pastinya menarik.

Penggunaan ambal di ruang sempit


O42 + Wujudkan ketinggian lantai berbeza >
- sekiranya anda mempunyai peruntukan kewangan yang lebih. Penggunaan lantai jenis ini merupakan alternatif gaya tanpa perlu menjejaskan keluasan lantai.

O43 + Dapur bergaya >
- bentuk ruang dapur anda dengan membina sebuah kabinet bina dalam yang mampu melakukan pelbagai jenis tugas dan fungsi. Dapatkan khidmat professional untuk rekaan yang sempurna.

Kabinet dapur yang sesuai memberikan penataan yang bergaya bagi dapur anda.


O44 + Sekiranya anda menyewa bilik, dapatkan sebuah katil bujang yang dapat berubah fungsi >
- mengubah fungsi katil kepada sofa baring pada waktu siang. Sertakan juga beberapa buah bangku kaki atau ottoman berpoket di dalam ruang tersebut.

Pilih perabot yang bersesuai dengan ruang agar tidak sesak

O45 + Pilihan Konsep yang betul dan tepat >
- perlu juga bersesuaian dengan penataan ruang yang diwujudkan.

O46 + Sekiranya memilih "GAYA TROPIKA", pastikan pilihan perabot kayu tidak mendominasi >
- keseluruhan kelengkapan ruang. Ini untuk mengelakkan ruang menjadi lebih sempit akibat warna perabot kayu yang berira gelap.

O47 + Gaya Zen atau minimalist adalah pilihan paling tepat untuk ruang sempit >
- Ini kerana ciri-ciri perabot yang dipilih yang dipilih lebih kepada berpotongan lurus, ringkas dan kemas.

Konsep Zen yang ringkas dan kemas

O48 + Untuk studio apartment, gaya kontemporari paling berkesan diaplikasikan pada konsep kediaman >
- Ini kerana konsep ini masih berpegang kepada rekaan perabot berpotongan bersih dengan reka bentuk segi empat segi. 

O49 + Konsep Inggeris adalah kurang sesuai dijadikan konsep hiasan pada ruang sempit >
- memandangkan jenis perabot yang digunakan adalah bersaiz besar, sarat berukir dan banyak aksesori kecil.

O50 + Klasik dan antik juga tidak sesuai digayakan pada ruang sempit dan hanya boleh diwujudkan pada ruang bersaiz besar >
- Konsep klasik dan antik selalunya mengetengahkan perabot kayu berkusyen atau sofa tebal bersaiz besar, kerusi berlengan besar dan banyak menggunakan kusyen kecil yang boleh menjadikan ruang bertambah sempit dan serabut.

"T O O D L E - OO"




Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...