Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Saturday 30 April 2011

PERCUMA: Tips Merancang Ruang Dapur Selesa: Dimana Harus Mulakan?

Usaha merancang dan membentuk ruang dapur menjadi lebih mudah jika anda melakukannya dengan tertib. Pada masa yang sama, anda juga perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh membantutkan perancangan seperti pengubahsuaian mengambil masa lebih daripada sepatutnya, bahan dan kemasan yang dikehendaki sukar ditemu di pasaran, kos perbelanjaan melebihi belanjawan. Jesteru itu, penting bagi anda:

  • Merangka kedudukan dan pelan lantai.
  • Melengkapi unsur pencahayaan dan pengudaraan yang berkesan.
  • Memastikan langkah keselamatan pada yang terbaik.
  • Mengambil kira pembinaan atau kerja meroboh dinding diikuti pemilihan jenis atap yang sesuai. Jika behajat memasang panel lantai kayu, sebaiknya lindungi lantai itu dengan bahan antikulat dan pemeluwapan.
  • Menentukan pemasangan pintu dan tingkap.
  • Memberikan perhatian terhadap pengubahsuaian sistem saluran paip dan pendawaian elektrik.
  • Memasang meja kerja dan penyediaan termasuk sinki.
  • Menetapkan jenis kemasan dinding (adakalanya kemasan dinding perlu dipasang sebelum pembinaan kabinet).

Rajah: Tips Merancang Ruang Dapur






Friday 29 April 2011

PERCUMA: Tips Merancang Ruang Dapur Selesa

Tidak ramai yang berpeluang memiliki dapur yang luas. Walaupun sememangnya semua menginginkan ruang dapur sedemikian, namun kadangkala ketidakupayaan menggandakan keluasan disebabkan beberapa faktor tertentu, maka terpaksalah berpuas hati dengan bukaan ruang yang ada. Sementelaah lagi, ada yang memikirkan fungsi ruang dapur tidak lebih sebagai tempat menyediakan makanan semata-mata sebelum dibawa ke meja makan dan sebahagian kecil sahaja masa dihabiskan di ruang ini, jadi ruang dapur yang besar bukanlah keutamaan.

Biarpun ruang dapur tidak luas, namun paling penting anda harus berasa seronok dan selesa berada di situ. Jesteru itu, anda perlu bijak merancang dan menyediakan pelan reka ruang dapur yang sesuai. Beberapa soalan berkaitan penyediaan pelan lantai, reka bentuk kabinet, memenuhi keperluan penggunanya, penempatan peralatan elektrik dan soal keselamatan perlu diambil kira dalam usaha mewujudkan ruang dapur yang selesa diguna.


Persediaan Awal

  • Merancang pembentukan ruang dapur tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya perlu merujuk kepada keperluan semasa dan untuk masa hadapan, gaya hidup, minat dan struktur kediaman.
  • Ruang Dapur sepatutnya menepati fungsi kegunaan, harmoni dengan ruang lain kediaman, berpenampilan seiring masa iaitu gaya dan kelengkapan di dalamnya tetap boleh digunakan biarpun untuk sepuluh tahun akan datang.
  • Ramai yang tidak tahu penampilan dan reka bentuk ruang dapur mampu memberi kesan besar di kediaman kerana kadangkala dijadikan sandaran dalam menilai sikap dan perwatakan sesorang, contohnya jika sesorang itu mungkin dianggap pemalas jika ruang dapurnya berkecah dan tidak terurus.
  • Anda dinasihati menampilkan yang terbaik untuk ruang dapur, termasuk menggunakan bahan kemasan bermutu, reka bentuk kabinet dan ruang menyimpan yang kemas, disamping unsur perhiasan yang menarik dipandang.

    Di Emes Engineering Resources kami menawarkan khidmat pemasangan kabinet dapur pasang siap dan juga khidmat rundingan percuma untuk anda merealisasikan impian ruang dapur yang selesa dan idaman anda. Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat terbaik dan kualiti yang terjamin bagi pengubahsuaian ruang dapur anda.

    Rajah: Idea-idea Menarik Untuk Ruangan Dapur Yang Selesa.










    Thursday 28 April 2011

    Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources

    Jenis Kerja Yang Dijalankan: Kerja-kerja Pengubahsuaian Di Kediaman En. Taufik LP 8

    Tarikh Kerja Dilaksanakan: 22 September 2010
     
    Anda berminat dengan hasil kerja yang kami laksanakan? Ingin melakukan pengubahsuaian untuk kediaman anda? Anda boleh menghubungi kami di Emes Engineering Resources. Kami menawarkan perkhidmatan renovasi yang pastinya berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan kami! Kami juga menawarkan HARGA YANG BERPATUTAN kepada pelanggan-pelanggan kami.
     
     












     

    Tahukah Anda? : Kontrak Binaan

    Kontrak
    • Satu perjanjian yang dijalin di antara dua pihak atau lebih, yang boleh dikuatkuasakan dari segi undang-undang.

      Pengenalan

      Kontrak adalah satu perjanjian yang dijalin antara dua pihak atau lebih yang boleh dikuatkuasakan dari segi undang-undang. Perjanjian tersebut boleh dilaksanakan secara lisan, perbuatan atau yang paling baik secara bertulis. Perjanjian dalam kontrak meliputi antaranya, hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat yang boleh dikuatkuasakan dari segi undang-undang.

      Asas kontrak adalah berdasarkan perundingan bebas, dimana pihak yang berkontrak bebas untuk berunding dan mewujudkan apa jua syarat-syarat (yang tidak melanggar undang-undang) yang mereka kehendaki tanpa sebarang paksaan, dorongan dan yang lain-lain. Walaubagaimanapun terdapat juga kontrak dimana sesorang tidak mempunyai pilihan untuk membuat perundingan bebas seperti kontrak untuk perkhidmatan bekalan elektrik dan telefon. Pilihan yang ada hanyalah, sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan tersebut pengguna mestilah bersetuju dengan kesemua syarat-syarat kontrak yang ditetapkan. Kontrak yang berbentuk seperti ini dinamakan kontrak piawai (standard contract). Kontrak binaan mempunyai unsur-unsur kontrak piawai.

      Kepentingan dan Keutuhan Kontrak.

      Adalah penting sesuatu kontrak perlu kepada satu ikatan. Tanpa ikatan, pihak yang mungkir mungkin akan terlepas dari menunaikan tanggungjawabnya. Kedua-dua pihak yang berkontrak perlu tahu secara jelas akan hak dan tanggungjawab masing-masing. Dalam perniagaan contohnya, mengetahui hak dan tanggungjawab adalah keperluan dimana tanpa kontrak dan terma-terma yang jelas, seorang peniaga mungkin tidak akan selesa dan tenteram apabila membekalkan sesuatu barang kepada sesorang. Dengan adanya kontrak, jika berlaku kemungkiran peniaga berkenaan boleh memdapat remedi atau pampasan. Tujuan remedi atau pampasan ini ialah untuk mengembalikan semula hak sesorang yang dianiaya ke tahap yang sepatutnya mengikut persetujuan awal.

      Apabila kontrak telah terjalin ia tidak boleh diubah atau dirombak oleh sesiapa pun kecuali pihak yang berkontrak. Kedua-dua pihak yang berkontrak terikat dengan apa yang telah dipersetujui. Sebagai contoh, seorang kontraktor telah berkontrak untuk melaksanakan sesuatu projek dengan harga yang merugikan disebabkan kesilapan semasa membuat pengiraan. Dia tetap terikat dengan harga tersebut dan bertanggungjawab menyiapkan projek berkenaan dengan harga yang telah dipersetujui. Dia juga tidak boleh meminta bantuan mahkamah untuk melepaskannya dari melakukan tanggungjawab tersebut. Dalam kes ini, pihak yang berhak dan boleh mengubah atau meminda persetujuan terhadap kos yang telah dimeterai hanyalah pihak yang satu lagi iaitu klien.

      Elemen-elemen Kontrak.

      Beberapa elemen perlu ada bagi membentuk suatu kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Tanpa elemen-elemen ini, kontrak yang dibuat mungkin tidak terikat dan tidak boleh dikuatkuasakan dari segi undang-undang. Diantara elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut:

       1.Tawaran.
      Tawaran adalah satu pengakuan atau persetujuan yang dibuat dengan hasrat ianya akan mewujudkan hubungan yang berkuatkuasa dari segi undang-undang apabila pengakuan tersebut diterima oleh pihak yang lain.

      Segala syarat-syarat yang terdapat di dalam tawaran tersebut apabila berlaku penerimaan akan menjadi syarat-syarat kontrak. Oleh itu adalah sangat penting segala syarat-syarat yang terdapat di dalam tawaran itu lengkap dan tiada kesamaran bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang akan timbul semasa pelaksanaan kontrak tersebut.

      2. Penerimaan
      Penerimaan adalah satu pengakuan persetujuan terhadap tawaran yang dikemukakan tanpa ada syarat-syarat tambahan. Penerimaan perlu dibuat dalam tempoh tertentu jika ditetapkan (contoh:tempoh sahlaku tender) atau dalam masa yang munasabah jika tempoh tidak ditetapkan. Penerimaan juga perlu dibuat dalam bentuk yang munasabah (contoh: surat setujuterima), mutlak dan tanpa syarat.



      3. Balasan
      Balasan adalah imbuhan, munafaat, pulangan atau keuntungan atau sebaliknya yang akan diperolehi atau dinikmati oleh mereka yang berkontrak. Dalam erti kata lain, balasan ini merupakan sesuatu yang akan diperolehi apabila kontrak tersebut lengkap terlaksana.

      Balasan hasil dari penawaran dan penerimaan ini mesti mempunyai nilai ekonomi. Tetapi bentuk balasan tersebut mestilah sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang negara. Disamping itu balasan tidak semestinya memadai atau munasabah dengan janji yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh - Harga tender yang rendah oleh kontraktor yang memungkinkan beliau tidak mendapat keuntungan, sekiranya ditawarkan tanpa paksaan, juga dianggap sebagai balasan yang boleh diterima dan sah.

      4. Niat Atau Hasrat
      Pihak yang terlibat dalam kontrak mestilah mempunyai niat atau hasrat untuk sama-sama menjalinkan kontrak yang sah disisi undang-undang.

      5. Dilakukan Secara Rela/ Tanpa Paksaan
      Keinginan melaksanakan kontrak haruslah di dalam keadaan yang merelakan, tidak secara penipuan atau paksaan.

      6. Mengikut Undang-undang
      Kontrak yang dilaksanakan perlu menurut had atau lunas-lunas perundangan yang betul. Sebagai contoh, kontrak yang menjurus kepada perkara-perkara yang menyalahi undang-undang adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di mahkamah.

      7. Kemampuan/ Boleh Dilaksanakan
      Kemampuan yang dimaksudkan di sini adalah kemampuan kedua-dua belah pihak (pihak yang menawar dan pihak yang menerima) melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti yang terkandung di dalam kontrak. Kontrak yang melibatkan pelaksanaan kerja-kerja yang mustahil untuk dilaksanakan adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di mahkamah.

      8. Kapasiti
      Pihak yang ingin melaksanakan kontrak haruslah terdiri dari orang-orang yang boleh diambil tindakan undang-undang ke atas mereka. Kanak-kanak di bawah umur, orang kurang siuman dan sebagainya adalah dikecualikan daripada terlibat di dalam sesetengah kontrak. Pihak yang hendak memeteraikan kontrak itu juga hendaklah diwakili oleh orang yang sesuai kapasitinya dan juga bertanggungjawab terus kepada kontrak tersebut.

      Wednesday 27 April 2011

      Blog Banner Exchange Link

      Jika anda mempunyai blog dan ingin menukar Blog Exhange Link Banner, kami amat berbesar hati dan amat menghargainya.

      Blog Banner Exchange Link dan coding bagi blog kami adalah seperti berikut:



      <a href="http://www.emesengineering.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/V3xKs.gif" alt='create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br />

      PERCUMA: Fakta Penting Mengenai Ruang Tamu

      1. Ruang tamu adalah tempat untuk menerima kunjungan tetamu dan lazimnya berkedudukan di tempat terbuka di dalam rumah.

      2. Buku Interior Decorating  terbitan Ortho Books mengibaratkan ruang tamu sebagai ruang pameran atau tempat untuk ditayang kepada umum.

      3. Bukaan ruang yang terhad menyebabkan ruang tamu sering digunakan untuk memenuhi pelbagai fungsi, daripada tempat untuk melayan tetamu sehinggalah kepada tempat untuk melakukan kegiatan seperti menjahit, menonton televisyen dan membuat pelbagai kerja lain.

      4. Walau apapun gaya yang hendak diterapkan, keselesaan perlu diberi keutamaan, selain berpenampilan mesra. Elak daripada membentuknya seperti ruang pameran yang tidak bersifat mengundang, melainkan anda mempunyai dua ruang tamu.

      Jika anda mengimpikan sebuah ruang tamu yang indah dan selesa untuk diduduki, maka renovasilah jawapan. Tukarkan ruang tamu anda yang membosankan kepada ruang tamu yang lebih elegen dan selesa didiami. Kami di Emes Engineering Resources bersedia membantu anda untuk merealisasikan idea dan impian anda. Hubungi kami segera untuk mendapatkan harga tawaran kerja ubahsuai yang terbaik dan semestinya jaminan kualiti dan kepuasan hati bagi klien kami.

      Rajah: Contoh-contoh idea dalam mengolah keselesaan Ruang Tamu Impian anda.










      Tuesday 26 April 2011

      PERCUMA: Tips Menangani Ruang Tamu Luas

      Ada orang yang sangat bertuah memiliki ruang tamu yang luas dan lapang. Namun, ini bukan bermakna ruang sedemikian mudah untuk dilengkapi dan dihias. Bahkan, kebanyakkan pemilik rumah seringkali menghadapi ketandusan ilham berkaitan memilih dan menyusun atur perabot. Ketiadaan dinding pengadang menyebabkan ada yang cenderung menempatkan semua perabot rapat ke dinding sekaligus meninggalkan ruang kosong yang hambar di tengah-tengah.

      1. Ruang Tamu yang lapang lumrahnya berkonsep terbuka, iaitu dibina bersekali ruang makan. Jesteru itu, anda hendaklah mengambil kira fungsi kedua-dua ruang terbabit ketika mencari perabot. Dalam kes seperti ini, anda perlu menyediakan perabot khusus untuk ruang tamu dan ruang makan. Jika ada lebihan ruang, maka boleh diwujudkan sudut menonton atau membaca. Ini bermakna anda perlu membahagikan keseluruhan kawasan kepada beberapa sudut atau ruang kecil. Perabot yang sesuai hendaklah diletakkan selaras dengan fungsi ruang berkenaan.

      2. Sudut merai tetamu atau berbincang misalnya, sesuai diwujudkan di kawasan yang jauh sedikit daripada kawasan lalu-lalang. Perabot yang sesuai diguna adalah set sofa fabrik atau kulit sepenuhnya ataupun menggandingkan set kerusi upholsteri dengan sofa. Kawasan berhampiran ruang dapur sewajarnya diletakkan set meja makan yang serasi dengan perabot di ruang tamu. Ruang lebihan yang dijadikan tempat menonton pula boleh diletakkan sofa dua atau tiga tempat duduk.

      3. Bagi yang gemarkan gaya seragam, pilih perabot yang mempunyai pertalian warna atau bentuk. Bagaimanapun, jika ingin mewujudkan suasana tersendiri untuk setiap ruang duduk, gunalah perabot yang berlainan.

      4. Ruang tamu rasmi perlu ditata hias dengan gaya yang tidak keterlaluan supaya sesuai dengan fungsinya. Begitu juga dengan ruang menonton yang berfungsi sebagai ruang bersantai, pastikan penampilannya memenuhi ciri sedemikian.

      5. Sudut berhampiran pintu kaca sorong sesuai menempatkan sebuah kerusi dua tempat duduk dan dua kerusi beralas tangan. Sudut menonton pula sebaik-baiknya ditempatkan kabinet televisyen dan sofa panjang yang digandingkan dengan kerusi ottoman.

      6. Penambahan kerusi tab reka bentuk Inggeris atau jenis antik ringan boleh diselitkan di ruang yang kosong. Kerusi ini boleh ditarik ke kawasan ruang tamu jika bilangan tetamu yang datang agak ramai.

      7. Satu lagi cara ialah dengan mengubah suai lantai menjadi aras selisih. Langkah ini dapat mewujudkan suasana tersendiri di ruang terbabit. Namun, cara ini menelan sedikit perbelanjaan kerana membabitkan kerja memecah dan membina semula. Kaedah yang sama boleh dibuat pada siling. Gaya siling tinggi rendah dapat membantu mewujudkan pembahagi ruang.

      8. Mengecat dinding dengan warna gelap boleh membuatkan suasana ruang yang lebih luas nampak lebih kecil daripada bukaan sebenar. Selain itu, anda boleh menampilkan penggunaan banyak warna dalam satu ruang dan hasilnya menjadikan ruang kelihatan lebih sempit. Malah, pengunaan kertas dinding berlainan corak juga boleh diamalkan untuk tujuan yang sama.

      9. Jika semua perabot disusun di tepi dinding akan menampakkan suasana rumah seperti tidak cukup perabot. Untuk itu, pilih penggunaan perabot berukuran besar dan padu serta diletakkan di tengah-tengah ruang tanpa membahagikan ruang berkenaan kepada beberapa ruang kecil yang lain. Bagi memenuhkan ruang yang masih kosong, anda boleh menempatkan pokok pasuan, meja peti dan lampu lantai. Pembinaan laluan bergerbang juga adalah cara berkesan untuk mengecilkan ruang.

      Ingin menata ruang tamu anda? Jangan lupa hubungi kami di Emes Engineering Resources untuk hasil terbaik dan berkualiti, dijamin memuaskan hati anda.

      Rajah: Contoh-contoh Rajah Penataan Ruang Tamu Luas





      Monday 25 April 2011

      PERCUMA: Tips Menata Ruang Tamu Terhad

      Tidak banyak yang boleh dibuat untuk menghias ruang tamu berkeluasan terhad. Begitu pun, anda tetap mempunyai pilihan untuk menggayakannya.

      1. Pilih perabot sempadan ruang. Tidak perlu guna perabot mengikut bilangan set, sebaliknya pilih sama ada untuk menggunakan salah satu kerusi daripada set 3+2+1. Pilih kerusi dua atau tiga tempat duduk yang boleh digayakan dengan dua kerusi lagi dari jenis kerusi berukuran kecil, sama ada jenis satu tempat duduk daripada set yang sama atau menggandingkannya dengan kerusi sampingan lain. Pengunaan perabot dwifungsi juga adalah pilihan terbaik, begitu juga dengan perabout bentuk L.


      2. Ruang tamu berkeadaan tersendiri lebih mudah untuk ditata hias. Anda hanya perlu mengisikannya dengan kerusi, meja kopi dan perhiasan sudut. Penampilan yang ringkas sudah cukup. Jika perlu pun, hanya tambah unsur perhiasan dinding yang sesuai dengan bukaan dan ukuran dinding.

      3. Jika ruang tamu berkongsi dengan ruang makan, pengunaan jenis dan bilangan perabot perlu disesuaikan dengan ukuran ruang. Elak menggunakan perabot tidak perlu seperti almari perhiasan, melainkan almari untuk kegunaan khusus seperti menyimpan buku atau menyorokkan peralatan tertentu.


      4. Bagi ruang tamu yang berkongsi dengan tempat menonton, susun kerusi mengadap kabinet televisyen manakala meja kopi sebaik-baiknya diletakkan di tengah-tengah. Pastikan perhiasan digantung pada dinding supaya tidak nampak hambar.

      5. Berhati-hati memilih tempat untuk mempamerkan perhiasan tambahan. Jika meletakkannya di ruang berdekatan kawasan lalu-lalang, kemungkinan boleh mengganggu kelancaran pergerakkan kerana terpaksa berhati-hatisupaya tidak melanggar perhiasan terbabit, apa lagi jika jenis kurang stabil atau mudah pecah. Oleh itu seelok-eloknya menempatkannya di tepi dinding.


      6. Jika tinggal di pangsapuri, pengunaan sofa katil adalah idea yang menarik, berbanding mengunakan sofa biasa sebagai langkah menjimatkan ruang.

      Jika anda berminat untuk melaksanakan sebarang kerja-kerja pengubahsuaian pada Ruang Tamu anda, jangan lupa menghubungi kami di Emes Engineering Resources. Selain memberikan kualiti kerja yang cemerlang dan memuaskan hati, kami juga memberikan rundingan percuma untuk anda memperolehi ruang tamu idaman anda.


      Rajah: Contoh-contoh idea yang boleh  dipraktikkan dalam menata rias ruang tamu terhad anda.







      Click On Promotions!

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...