Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Friday, 22 April 2011

Tahukah Anda? : Anggaran Kos

Anggaran kos adalah suatu proses teknikal untuk meramal kos pembinaan untuk bangunan yang dicadangkan. Anggaran kos boleh dibuat sama ada untuk keseluruhan bangunan, setiap komponen bangunan ataupun untuk setiap item kerja bangunan yang diukur.

1. Kos Keseluruhan Bangunan.

Anggaran kos untuk keseluruhan bangunan dibuat diperingkat awal proses pembangunan sesuatu pembinaan. Anggaran awal ini setelah dipersetujui oleh klien, akan menjadi kos siling pembinaan dan semua kerja rekabentuk akan dibuat berpandukan had kos yang ditetapkan ini. Kaedah-kaedah selalu yang digunakan untuk tujuan ini adalah seperti:

  • Kaedah Keluasan Lantai
  1. Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mendarabkan keluasan kasar lantai bangunan tersebut dengan kadar harga yang sesuai. Kadar harga ini didapati hasil daripada analisis yang dibuat ke atas kos bagi bangunan yang sama yang telah disiapkan dan diberi dalam bentuk kos per meter persegi keluasan lantai. Pelarasan sewajarnya hendaklah dibuat ke atas kadar harga sekiranya bangunan yang dicadangkan berbeza dari segi jenis pembinaan, saiz, bentuk dan sebagainya berbanding dengan bangunan yang dianalisis.
  • Kaedah Unit
  1. Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mendarabkan anggaran bilangan penghuni atau pengguna bangunan tersebut dengan kadar harga yang sesuai. Kaedah ini sesuai digunakan untuk membuat anggaran kos bangunan yang saiz dan rekabentuknya banyak ditentukan oleh bilangan penggunanya seperti sekolah, asrama, hospital, masjid dan sebagainya. Cara memperoleh kadar harga adalah sama seperti Kaedah Keluasan Lantai dan kadar harga ini diberi dalam bentuk kos per pengguna bangunan.
  • Kaedah Isipadu Bangunan
  1. Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mendarabkan anggaran isipadu bangunan dengan kadar harga yang sesuai. Cara memperoleh kadar harga adalah sama seperti Kaedah Keluasan Lantai dan Kaedah Unit dan diberi dalam bentuk kos per meter padu bangunan.
  • Kaedah Tutupan Tingkat
  1. Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mengira keluasan dinding, lantai dan bumbung bangunan. Setiap komponen bangunan ini diberikan pemberat di mana kerja yang lebih sukar dan melibatkan kos pembinaan yang lebih tinggi diberikan pemberat yang lebih tinggi. Jumlah keluasan komponen yang melinkung ruang ini didarabkan dengan kadar yang sesuai untuk memperoleh anggaran kos bangunan berkenaan. Cara memperoleh kadar harga adalah sama dengan kaedah-kaedah lain dan diberikan dalam bentuk kos per meter persegi keluasan komponen penutupan.
  • Kaedah Kuantiti Nilaian Hampir
  1. Pengukuran kuantiti secara kasar dibuat untuk kerja yang terlibat bagi sesebuah bangunan. Kuantiti untuk setiap kerja yang diukur ini didarabkan dengan kadar harga yang sesuai untuk memberikan kos kerja tersebut. Cara ini dapat menghasilkan anggaran kos yang lebih tepat berbanding pengunaan kaedah-kaedah yang lain. Bagaimanapun, cara ini mengambil masa yang lebih lama dan hanya boleh digunakan jika maklumat yang diperlukan seperti lukisan dan spesifikasi kerja dapat disediakan.

    2. Kos Komponen Bangunan

    Jumlah anggaran kos yang telah dipersetujui diagihkan kepada semua elemen bangunan yang sedang dirancangkan. Elemen bangunan ialah komponen bangunan yang mempunyai fungsi tertentu seperti kerangka, lantai atas, bumbung, tangga dan sebagainya. Kaedah Pengagihan yang dibuat pada peringkat awal rekabentuk ini dipanggil perancangan kos. Ini adalah bertujuan supaya kos komponen bangunan tersebut seimbang, munasabah dan lebih ekonomi.

    Kos sesuatu elemen diperoleh dengan mengunakan kos elemen bangunan lama yang diberi dalam bentuk kos per meter persegi keluasan lantai kasar. Kos elemen bangunan lama ini didarabkan dengan keluasan lantai kasar bangunan baru untuk menghasilkan kos elemen berkenaan bagi bangunan baru. Satu cara lagi ialah dengan menggunakan kaedah pengukuran kuantiti nilaian hampir yang dilakukan ke atas setiap elemen sekiranya maklumat yang mencukupi membenarkan penggunaan cara ini.

    3. Kos Item Terukur

    Ini adalah anggaran kos yang dibuat dengan cara yang sangat terperinci dan dibuat dengan tujuan untuk menghargakan kerja yang diukur di dalam senarai kuantiti. Anggaran kos untuk sesuatu item, apabila ditambahkan kadar keuntungan dan overhed yang dikehendaki dipanggil kadar harga. Kadar Harga untuk setiap item yang diukur pula didarabkan dengan kuantitinya untuk memberikan jumlah harga untuk item tersebut.

    Thursday, 21 April 2011

    Ubahsuai Ruang Dapur Anda Dengan Kabinet Dapur

    Ingin menjadikan ruang dapur anda lebih kemas, teratur dan moden? Pemasangan Kabinet Pasang Siap ( Built-in) adalah jawapannya! Emes Engineering Resources menawarkan perkhidmatan memasang lekapan kabinet dapur pasang siap dengan kadar harga yang berpatutan, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak kami berhubung dengan rekabentuk, harga dan juga kesesuaian pemasangan kabinet dapur di kediaman anda. Jangan tunggu lagi, hubungi kami.

    Rajah: Contoh-contoh Rekabentuk Kabinet Dapur Pasang Siap dari Emes Engineering.







    PERCUMA: Panduan Menghias Ruang Tamu

    6. SEMPADAN - Sekiranya ruang tamu bersifat terbuka dan anda ingin mewujudkan suasana lebih privacy,  maka bolehlah diletakkan pengadang untuk memisahkannya daripada ruang lain yang berdekatan seperti ruang menonton atau ruang makan.

    Jika anda bercadang untuk melaksanakan kerja-kerja renovasi dan pengubahsuaian di kediaman anda jangan lupa menghubungi kami di Emes Engineering Resources. Kami menawarkan hasil kerja yang berkualiti pada kadar harga yang berpatutan. Jadi jangan tunggu lagi!

    Rajah: Contoh-contoh Ruangan Yang Dibuat Persempadanan Menggunakan Pelbagai Material.





    Wednesday, 20 April 2011

    Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources

    Jenis Kerja Yang Dijalankan: Kerja-kerja Pengubahsuaian Di Kediaman En. Zul Di Kajang

    Tarikh Kerja Dilaksanakan: 24 Ogos 2010
     
     
    Anda berminat dengan hasil kerja yang kami laksanakan? Untuk melakukan sebarang renovasi untuk kediaman anda? Anda boleh menghubungi kami di Emes Engineering Resources. Kami menawarkan perkhidmatan renovasi yang pastinya berkualiti dan memenuhi kehendak! Kami juga menawarkan HARGA YANG BERPATUTAN kepada klien-klien kami.
     


















     


    PERCUMA: Panduan Menghias Ruang Tamu

    5. PENCAHAYAAN - Kemasukan cahaya semulajadi adalah baik untuk ruang tamu. Dalam pada itu, penggunaan lampu lantai dan lampu meja juga sesuai untuk membangkitkan suasana romantik dan hangat.

    Rajah: Contoh-contoh Teknik Penggunaan Pencahayaan Artificial dan Semulajadi Bagi Ruang Tamu.





    Jika anda berminat untuk melakukan sebarang renovasi dan memperbaiki suasana pencahayaan ruang tamu anda hubungi kami di Emes Engineering Resources. Kami menawarkan perkhidmatan renovasi dan juga pendawaian elektrik yang pastinya berkualiti dan memenuhi kehendak klien-klien kami.





    Click On Promotions!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...