Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Thursday, 28 July 2011

PERCUMA: Tips Penjagaan Singki

Rahsia Dan Cara Penjagaan Singki Keluli Tahan Karat

Material keluli tahan karat sesuai dengan kesejukan, air yang bersih mahupun solusi perbersih yang lembut, sapukan dengan span lembut serta dibasuh, bersihkan dan dikeringkan. Berikut antara beberapa produk atau elemen yang boleh merosakkan singki anda:


Penjagaan singki mudah: Bersihkan dengan air sejuk


O1. Klorida


Klorida boleh didapati pada kebanyakkan sabun dan cecair pencuci yang boleh merosakkan keluli tahan karat. Ia adalah bahan boleh larut namun sekiranya anda membasuh bahan sisa selepas setiap kali digunakan, membuat sentalan seminggu sekali bagi memastikan singki kelihatan bersih dan berkilau.


O2. Kesan Calar


Seperti kebanyakkan permukaan metalik, singki keluli tahan karat anda juga mudah tercalar. Usah gusar kerana ia adalah kesan penggunaan yang akan terhasil pada keseluruhan permukaan singki.


O3. Pisau


Singki anda direka bentuk dalam melakukan pelbagai perkara tetapi bukanlah sebagai papan pemotong. Ia bukan sahaja memberi kesan calar yang lebih mendalam malahan menjadikan pisau anda tumpul.


O4. Kualiti Air


Kualiti air dapat mempengaruhi rupa paras singki anda. Apabila air mengandungi terlampau banyak kandungan besi, kesan kotoran berona coklat akan terhasil pada singki yang kelihatan seperti karat. Begitu juga pada kawasan yang mempunyai kandungan mineral yang tinggi akan menyebabkan binaan filem putih pada singki. Bagi mengatasi masalah ini, pastikan anda mengelap singki dengan kering selepas setiap kali digunakan dan membuatkan pembersihan yang lebih pada setiap hujung minggu menggunakan produk pengilap.


O5. Makanan


Makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi perlu dielakkan daripada kering pada permukaan singki. Bersihkan singki ada setiap kali digunakan.




Tips: Membersihkan Singki Anda




Lakukan pembersihan singki dengan kerap



  • Lakukan pembersihan selepas setiap kali digunakan.
  • Lakukan lap kering selepas digunakan bagi mencegah pembentukan deposit mineral.
  • Lakukan sental singki setiap minggu, pastikan ia digosok mengikut arah garisan kemasan satin.
  • Hindari menyental singki merentasi garisan kemasan satin.
  • Hindari membenarkan cecair sabun atau pembersih lain kering pada permukaan singki.
  • Hindari meninggalkan solusi peluntur klorin dan air di dalam singki dalam keadaan terlampau lama.
  • Hindari menggunakan pad penyental besi halus untuk membersihkan singki anda.
  • Hindari menggunakan pelapik getah atau pelapik makanan di singki untuk melindungi permukaannya.
  • Hindari meninggalkan span basah, kain atau pad pembersih pada singki.



Singki Keluli Tahan Karat

Wednesday, 27 July 2011

PERCUMA: Tips Perihal Singki

Pilihan singki menjadi semakin popular dalam penyata gaya dan diselarikan dengan aplikasi konsep kediaman. Bukan sahaja mampu memberikan kemudahan dalam melakukan rutin kerja di dapur , tetapi juga dapat menampilkan penggayaan ruang dapur selaras dengan hidup masa kini. Pastikan anda memberi perhatian kepada beberapa elemen asas dalam pengunaan singki di ruang dapur kediaman.


Pemilihan Singki

Sebelum anda membeli singki, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah keperluan untuk penyediaan makanan. Sekiranya singki yang ada digunakan untuk pembasuhan yang bersaiz besar seperti periuk ataupun kuali, mangkuk singki besar individu adalah pilihan terbaik berbanding singki yang mempunyai dia mangkuk kecil. Sekiranya anda mempunyai mesin pencuci pinggan mangkuk, singki kecil bulat cukup dalam memenuhi keperluan pembasuhan anda. 

Manakala, bagi mereka yang menjadikan ruang singki sekunder di binaan pulau sebagai tempat penyediaan makanan, mangkuk singki yang kecil cukup bagi menampung fungsi aktiviti-aktiviti tersebut. Bagi mereka yang mampu menampilkan gaya hebat dan bercitarasa tinggi di ruang dapur, aplikasi kepala pili hasil rekaan pereka mampu mewujudkan titik tumpu pada ruang. 

Berikut beberapa unit singki yang boleh menjadi pilihan untuk dapur kediaman:









Kenal pasti material singki:

O1. Seramik

Ia menghasilkan rupa bentuk yang klasikal, teguh dan mudah dibersihkan tetapi sekiranya permukaan atas enamel sumbing atau retak ia tidak boleh diperbaiki. Oleh itu lindungi permukaannya dengan pelapik atau sembunyikan dengan perletakkan mangkuk.


O2. Bahan Komposit

Merupakan campuran antara bahan buatan manusia dan bahan semula jadi yang menghasilkan material yang teguh dan fleksibel yang boleh digunakan untuk pelbagai bentuk berbeza serta tahan kepada kotoran, kepanasan dan hentakan. Ia juga mudah dibersihkan dengan kain lembap ataupun cecair yang dikhususkan.


O3. Keluli Tahan Karat

Ia adalah pilihan yang praktikal dan bersih. Mudah dibersihkan dengan kain lembap dan bahan pencuci keluli tahan karat.


O4. Batu

Terdiri daripada jenis batu granit padu, 'limestone' dan marmar. Meskipun mahal ia memberikan penggayaan yang menawan. Perlu diingatkan bahawa jus atau produk sitrus boleh meninggalkan kesan pada batu.


O5. Kayu

Kebanyakkan kayu tidak bersesuaian untuk pembuatan singki melainkan kayu jati kerana ia secara semula jadinya berminyak yang melindunginya daripada air. Kayu boleh dibersihkan dengan pembersih biasa di rumah.

Tuesday, 26 July 2011

PERCUMA: Tips Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Dekorasi Budaya Jepun

Dekorasi Budaya Jepun


* Hiasan ruang tidak boleh terlalu tersusun. Kedudukannya perlu dalam keadaan 'off-centre' atau tidak mengikut ruang.

Susunan off-centre


* Pilihan warna semula jadi dengan suntikan rona hitam menjadi pilihan untuk kesan lebih dramatik dan memperlihatkan status pemilik.

Warna Semula Jadi

* Kehadiran perabot adalah tidak terlalu banyak dan boleh disimpan dalam storage kerana kebanyakkan ruang kediaman masyarakat jepun adalah terhad.

Perabot ringkas dan tidak terlalu banyak

*Kedudukan aras lantai memperlihatkan fungsi dan penggunaan sesebuah ruang. Contohnya perbezaan antara ruang formal dan tidak formal.

Perbezaan lantai membezakan fungsi ruang


* Pemilihan fabrik lebih kepada pilihan warna-warna pudar dan motif semula jadi, inspirasi negara Jepun seperti daun buluh.

Fabrik dari rona warna semula jadi

* Aksesori yang ditampilkan adalah bersaiz kecil dan berunsur kraf tradisi. Pemilihan aksesori atau kelengkapan bersaiz besar amat jarang digunakan kerana saiz ruang yang terhad.

Pemilihan aksesori tradisi 

Monday, 25 July 2011

Tahukah Anda? : Kerangka Tingkap

Kerangka Tingkap

Sesebuah kerangka tingkap terdiri daripada dua tiang jenang yang disambungkan kepada kepala jenang dan ambang bawah. Untuk kerangka yang mempunyai beberapa daun tingkap dan liang cahaya, adalah perlu ditambahkan ambang antara dan jenang antara padanya.

Saiz piawai kerangka tingkap adalah seperti berikut:


Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan kerangka tingkap adalah kayu, logam (aluminium) dan plastik (pvc).

Contoh pelbagai jenis kerangka tingkap yang digunakan:





Kerangka Kayu

Pembinaan kerangka kayu menggunakan saiz kayu yang berukuran 100mm x 75mm atau kayu nipis 38mm tebal yang lebarnya sama dengan tebal tembok. Bahagian-bahagian kerangka disambungkan dengan tanggam lubang dan puting atau tanggam kekang. Puting yang diperbuat pada tiang jenang dimasukkan ke dalam lubang di kepala jenang dan ambang bawah mengunjur seperti tanduk kira-kira 40mm. Unjuran-unjuran tanduk ini akan dimasukkan ke dalam tembok. Jika kerangka di bina searas dengan bahagian luar tembok, tanduk ini dibuang seginya supaya dapat menyiapkan kerja lepa dengan kemas. Tanggam lubang dan puting diglu, diapit dan dibajikan kukuh supaya tidak bergerak semasa digunakan.

Ambang bawah lebih lebar daripada anggota lain oleh kerana ia mengunjur sepanjang 30mm - 50mm dari permukaan tembok luar. 

Pada unjuran ini dibuat alur berdiameter 13mm di sebelah permukaan bawah selari dengan permukaan tembok untuk mengawasi air hujan dari memasuki ruang di antara kerangka dengan tembok. Saiz kayu untuk ambang bawah ialah 150mm x 75mm tau tambah dimensi unjuran untuk kayu yang sama lebar dengan tebal tembok.

Pada tiang jenang yang khas bagi tingkap berbingkai diperlukan tetingkat sedalam 13mm atau kayu penahan sedalam 13mm dipaku kepada tiang jenang untuk menahan daun tingkap.

Sunday, 24 July 2011

Tahukah Anda? : Tingkap

Tingkap

Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada tembok dinding. Pembinaan tingkap terdiri daripada dua bahagian utama, kerangka tingkap dan daun tingkap. Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membina tingkap ialah kayu, logam, plastik dan untuk panel digunakan kaca atau papan kayu. Tingkap merupakan komponen yang mustahak dalam pembinaan sesebuah bangunan. Fungsi tingkap ialah:


Jenis Tingkap

Tingkap dibahagikan kepada dua jenis:



O1. Tingkap Ram Kaca

Bagi kawasan tropika, tingkap ram kaca adalah amat sesuai digunakan kerana ia murah, kos penyenggaraan rendah serta mempunyai penglihatan sempurna. Bahagian-bahagian utama tingkap ram kaca terdiri daripada sepasang bingkai ram dan beberapa kepingan ram kaca yang dipasangkan kepada kerangka kayu. 



Bingkai ram diperbuat daripada keluli galvani yang dilapis dengan zink di permukaannya. Ia mempunyai mekanisme bergerak dengan klip yang memegang kepingan ram kaca. Bingkai ini dipasang kepada tiang jenang kerangka tingkap dengan menggunakan skru. Saiz bingkai adalah bergantung kepada bilangan kepingan ram kaca. Untuk kegunaan biasa, saiz yang sesuai adalah di antara 4 keping ram sehingga 12 keping ram. 

Jadual menunjukkan bilangan keping ram berhubung dengan tinggi bingkai:



Saiz ram kaca ialah 150mm lebar dan 5mm tebal, panjangnya adalah mengikut luas bukaan kerangka. Untuk mengurangkan masa dan pengunaan bahan, sepasang bingkai ram boleh dipasang menjadi jenang di antara dua tingkap, tetapi hanya sesuai bagi tingkap yang setinggi 8 keping ram. Sambungan ini dilakukan dengan menggunakan 'skru penjodoh' atau 'coupling'. 


O2. Tingkap Berbingkai Kaca

Daun tingkap ini terdiri daripada panel kaca dipasang kepada kerangka kayu. Kerangka ini disambungkan dengan tanggam lubang dan puting. Sisi bingkai dan susur atas dibuat daripada kayu berukuran 50mm x 44mm dan susur bawah berukuran 75mm x 44mm. Di sekeliling kerangka dibuatkan tetingkat untuk menerima panel kaca. Di sebelah dalam dipasang kumai untuk menahan panel kaca. 




Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...