Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Friday, 20 May 2011

PERCUMA: Panduan Penting Mengenai Permukaan Kerja (Table Top) Anda

  • Bagi permukaan kerja yang bercorak, kekotorannya mudah nampak berbanding yang dilapisi warna padu. Jesteru itu, jika masih mahu menggunakan permukaan kerja bercorak, sebaiknya pilih yang bercorak kecil bagi memastikan kesan kotoran tidak terlalu jelas kelihatan selain rupa coraknya juga mampu mengelakkan suasana berserabut.

Artistic Countertop

  • Hindari memilih bahan kemasan permukaan berwarna putih, terutama di ruang dapur yang kerap mengumpul kekotoran berwarna coklat dan hitam.

Countertop dari rona cerah atau putih

  • Kesan calar mudah kelihatan pada permukaan kerja berwarna gelap. Oleh itu, berhati-hati jika mahu memilih permukaan kerja dari rona warna yang sedemikian. Sebaiknya pilih jenis batu atau yang bercorak marmar kerana keadaan ini mampu membantu mengurangkan penampilan kesan calar selain melindungi kesan kotoran.
Kesan Calar pada permukaan 'countertop'.


  • Permukaan kerja bertekstur kadang-kala membuatkan kesan tumpahan air di atasnya tidak mudah kelihatan dan ini membuatkan suasana permukaan berada di dalam keadaan lembap.
Permukaan yang bertekstur


  • Pilih jubin berukuran sekaki kali sekaki kerana pemasangannya tidak banyak menampilkan garisan sambungan sekali gus mengurangkan sedikit kerja pembersihan di celah sambungan itu. Bagaimanapun, pastikan setiap bahagian sambungnya ditutup kemas bagi memastikan kelicinan dan permukaan kerja nampak rata.

Glass Countertop


Thursday, 19 May 2011

Tahukah Anda? : Taps Used For Water

The Pillar Tap

Pillar tap is used to supply water to basins, baths, bidets and sinks. Combined hot and cold pillar taps are available with fixed or swivel outlet. The outlet of these taps must be bi-flow, i.e. separate waterways for hot and cold water to prevent crossflow of water within the pipework.

Fig: Pillar Taps Digram And Samples of Pillar Taps Types

Pillar Tap Diagram

Pillar Tap

Sample: Quarter-turn Ceramic Disc Pillar Tap

Sample: Pillar Tap

Sample: Quater-turn Ceramic Disc Pillar Tap

 Sample: Single Lever Cold Pillar Tap 

The Bib Tap

Bib tap is for wall fixing, normally about 150mm above a sanitary appliance. The 'Supatap' bib tap permits a change of water without shutting off the water supply. It is also available in pillar format. Quarter-turn taps are easy to operate by hand or elbow, therefore are suitable for use by the disabled and medical practitioners.

Fig: Bib Taps Digram And Samples of Bib Taps Types

Bib Tap Diagram
Sample: Conventional Bib Taps


Sample: Brass Polished Bib Taps




PERCUMA: Tips Membersih Permukaan Kerja (Table Top)


  • Laminat - semua jenis laminat boleh dibersihkan dengan hanya mengelap menggunakan kain basah dan pencuci lembut. Namun, ketika membersihkannya, jangan menggunakan terlalu banyak air kerana ini boleh melemahkan bahagian sambungan dan birai di tepinya.


Permukaan Laminat adalah mudah untuk dibersihkan.


  • Kayu - untuk menghilangkan tanda calar, anda hanya perlu menggosok permukaan kerja yang diperbuat daripada kayu dengan kertas pasir. Kemudian bahagian kayu yang tidak dirapi bolehlah disapu dengan selapis minyak galian seminggu sekali, manakala bagi permukaan kayu yang sudah dikemaskan, hanya perlu dibersihkan menggunakan kain basah dan sedikit pencuci untuk menghilangkan segala kekotoran.

Permukaan kayu yang telah dikemaskan hanya perlu dibersihkan dengan menggunakan kain basah.

  • Jubin - jika gemar membuat kuih dari tepung pastinya ada sisa yang tertumpah di atasnya. Jesteru itu, ambil berus gigi lama dan gosok bahagian sambungan permukaan kemasan jubin. Lazimnya permukaan kerja daripada jubin mudah dibersihkan dengan hanya menggunakan span dan segala kekotoran boleh hilang. 

Membersihkan Permukaan Kerja Diperbuat Daripada Jubin

  • Batu Semulajadi - Lap bahagian yang kotor dengan kain basah sebelum dilap pula dengan kain bersih untuk menggelakkan ada kesan tompokan warna.

Contoh Bahan Pembersih Untuk Permukaan Kerja Diperbuat Daripada Batu Semulajadi - Granite 
 
  • Bahan Padu - licin dan mudah dibersihkan. Untuk menghilangkan sebarang kekotoran hanya ambil kain basah dan air bersabuh serta lap di atas permukaan berkenaan.

Ruang Dapur Tampak Mewah Dengan Pengunaan Permukaan Kerja Daripada Bahan Padu Dan Proses Pembersihan Yang Kerap. 

Wednesday, 18 May 2011

PERCUMA: Tips Memilih Permukaan Kerja (Table Top)

Sebuah ruang dapur yang dirancang dengan sempurna seharusnya mempunyai kawasan permukaan kerja mencukupi iaitu dapat menampung semua keperluan sink, kawasan penyediaan makanan, ruang penyimpanan dan dapur masak dalam satu rangkaian.

Permukaan kerja adalah tempat yang paling tahan lasak berbanding permukaan lain di dapur. Sifatnya mesti tahan panas dan juga tahan kepada sebarang kotoran. Bagaimanapun anda boleh melindungi permukaan kerja ini daripada rosak dengan menggunakan papan pemotong semasa memotong.

Jenis Permukaan Kerja

Sama ada berhasrat menukar permukaan kerja sahaja atau membina kabinet baru, eloklah meninjau dan mengenal pasti beberapa jenis permukaan kerja yang sesuai sebelum membuat sebarang pilihan.

Laminat (Laminated Table Top)

Bahan yang digemari ramai kerana harganya dianggap berpatutan, disamping menampilkan pelbagai pilihan warna menarik. Selain jenis permukaan licin, ada juga laminat bertekstur. Bagaimanapun laminat tergolong dalam jenis permukaan yang tidak terlalu tahan lasak kerana cepat calar, mudah terbakar dan kesan kotoran mudah kelihatan. Sekiranya anda benar-benar mahu menggunakan laminat sebagai permukaan kerja, maka sebaiknya lindungi permukaannya dengan melakukan kerja memotong di atas papan pemotong.

Permukaan Kerja Laminat (Laminated Table Tops)

Jubin (Tiles Table Top)

Jubin adalah antara bahan kemasan yang dikatakan mudah memberi warna pada ruang dapur. Apatah lagi, harganya pun tidaklah terlalu mahal. Namun kos lazimnya bergantung kepada jenis jubin yang digunakan, samada jenis jubin buatan tangan atau kilang. Jubin sememangnya bersifat tahan lasak tetapi cantuman jubin sering mengundang masalah. Untuk itu, cuba dapatkan epoxy grout atau yang serupanya bagi menjamin permukaan dan cantuman ruang kerja jubin anda sentiasa bersih.

Kemasan Jubin Untuk Permukaan Kerja

Tiles Table Top For Kitchen 

Kayu (Wooden Table Top)

Kayu hakikatnya membantu memberi watak pada dapur. Biarpun kayu bukanlah bahan terbaik yang dapat mengelakkan kesan calar akibat kerja memotong tetapi kayu satu-satunya permukaan kerja kabinet yang tidak akan merosakkan pisau anda. Permukaannya juga tidak sesuai untuk digunakan untuk meletak periuk panas kerana akan menyebabkan kesan panas melekat padanya. Dari sudut ketahanan pula, anda tidak disaran untuk menjadikan permukaan kayu sebagai tempat memotong.

Permukaan Kerja Kemasan Kayu
Bahan Padu (Solid Material Table Top)

Permukaan kerja daripada bahan padu merujuk kepada bahan yang bukan daripada jenis laminat atau formika. Keistimewaan bahan padu ialah ianya sangat tahan lasak. Jesteru itu, permukaannya tidak akan meninggalkan kesan calar, tahan guris dan panas. Begitupun, bahan padu ini tiga kali lebih mahal daripada bahan laminat dan dia kali lebih mahal berbanding bahan kayu, tetapi lebih murah berbanding logam dan batu. Bahan padu boleh diperolehi dalam pelbagai warna dan rupa selain diberi jaminan penggunaan oleh pengeluar.

Permukaan Kerja Bahan Padu (solid material table top)


Batu Asli (Natural Stones ie Granite etc.)


Granit - Sejenis batu keras yang terbentuk oleh faktor semulajadi sejak beratus-ratus juta tahun dan kewujudannya berpunca daripada lava teras bumi. Hadir dalam pelbagai warna dan rupa corak yang menarik, granit juga dihasilkan dalam beraneka kemasan seperti licau, kusam dan bertekstur. Semuanya bergantung kepada keperluan kepengunaannya. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak maka granit sesuai dijadikan sebagai permukaan kerja dapur.


Classy Kitchen With Granite Table Top

Granite Table Top

Ruang Dapur Bergaya Dengan Permukaan Kerja Kemasan Granit




Tuesday, 17 May 2011

Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources

Jenis Kerja Yang Dijalankan: Kerja-kerja Extend Keluasan Dapur Di Kediaman En. Adib, Paragon Height, Seri Kembangan
 Tarikh Kerja Dilaksanakan: 8 Mac 2011

Ingin menambah keluasan ruang dapur anda? Jangan teragak-agak untuk mendapatkan khidmat renovasi dari EMES Engineering Resources. Kami akan pastikan kerja renovasi yang kami laksanakan berkualiti, memuaskan hati dan yang penting seperti yang selalu kami janjikan 'BEST VALUE FOR MONEY'. Hubungi EMES Engineering Resources hari ini juga, dan jangan tunggu lagi!!!











Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...