Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Wednesday, 4 May 2011

PERCUMA: Tips Merancang Ruang Dapur Selesa: Ketahanan Kabinet

Semua kelengkapan dan kemasan pasti berubah menjadi pudar ditelan masa. Lebih-lebih lagi binaan kabinet di ruangan dapur, ia kerana di sini kerap berkumpulnya sisa minyak masak. Kabinet yang diperbuat daripada kayu paling sulit dijaga kerana ira kayu amat sensitif dengan perubahan cuaca, terutama jika menggunakan kayu kurang bermutu. Sesetengah kabinet dibina bersekali dengan pemasangan hud. Ini juga antara faktor yang mendorong rupa kusam kabinet kerana minyak, asap dan wap yang disedut mungkin menitis ke atas kabinet jika hud berkenaan tidak diselenggarakan dengan baik.
Rajah: Pemilihan Material Yang Bersesuaian dan Bermutu Tinggi Dapat Meningkatkan Keselesaan dan Keindahan Ruang Dapur Anda.



Tuesday, 3 May 2011

PERCUMA: Tips Merancang Ruang Dapur Selesa: Kegiatan Sampingan

Selain memenuhi fungsi sebagai tempat memasak, ruang dapur juga kadang-kala menjadi tempat ahli keluarga berkumpul dan bersembang, menyiapkan kerja pejabat dan mencuci pakaian. Malah, ada yang menggunakannya untuk memberi makan kepada haiwan peliharaan.

Bagi yang kerap merai tetamu di ruang ini, sebaiknya sediakan satu ruang penyimpanan khusus untuk meletakkan kelengkapan menghidang dan kutleri serta kaunter tambahan bagi menampung hidangan,

Jesteru itu, penyediaan kemudahan ruang untuk tujuan sedemikian perlu dirancang sebaik mungkin.

Rajah: Contoh Ruang Dapur Yang Digunakan Sebagai Ruang Melakukan Aktiviti Dan Kegiatan Sampingan.





Monday, 2 May 2011

Koleksi Gambar Kerja-kerja Yang Telah Dilaksanakan Oleh Emes Engineering Resources

Jenis Kerja Yang Dijalankan: Kerja-kerja Pemasangan 'Wall Partition' untuk Mr. Ong di Putra Walk, Seri Kembangan

Tarikh Kerja Dilaksanakan: 18 November 2010
Emes Engineering Resources menawarkan perkhidmatan kerja pemasangan 'wall partition' yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan kami! Kami juga menawarkan HARGA YANG BERPATUTAN kepada bagi kerja-kerja pengubahsuaian yang kami laksanakan. Jadi jangan tunggu lagi! Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.



PERCUMA: Tips Merancang Ruang Dapur Selesa: Peruntukan Masa Untuk Membersih Dapur.

Golongan yang bekerjaya tentunya terlalu sibuk. Jesteru itu, bagi golongan ini disarankan memilih dapur, kemasan dan perabot tahan lasak. Sebaiknya jenis peralatan yang dibeli tidak mengambil masa yang lama  untuk dibersihkan selepas digunakan.

Rajah: Contoh Rekabentuk Perabot Dapur Yang Ringkas, Elegant, Moden dan Praktikal.




Sunday, 1 May 2011

PERCUMA: Tips Merancang Ruang Dapur Selesa: Mengenal Pasti Keperluan Anggota Keluarga.

Adalah penting bagi anda menyenaraikan anggota keluarga yang kerap ke dapur dan sama-sama menggunakannya. Antara anggota keluarga yang harus disenaraikan di tempat teratas ketika menyediakan keperluan di dapur ialah kanak-kanak, golongan tua, ahli keluarga yang kurang upaya dan yang menghidap penyakit saraf seperti arthritis. Reka bentuk dapur serta peralatannya harus dipastikan memberi kesenangan kepada golongan ini. Selain itu, anda juga perlu menimbangkan beberapa maklumat yang berkaitan, seperti:

1. Bilangan yang kerap membantu menyediakan makanan -  jika lebih daripada tiga orang berada di ruang dapur pada satu-satu masa, anda disyorkan menyediakan ruang dapur yang bukan hanya berfungsi sebagai ruang memasak semata-mata, tetapi dapat juga dijadikan tempat sementara untuk menempatkan hidangan panas, memuatkan meja kerja untuk menulis atau merujuk resipi selain boleh digunakan sebagai tempat menyediakan bahan untuk memasak. Memiliki ruang penyimpanan bijak adalah satu bonus kerana dapat memastikan kelengkapan memasak disimpan dengan kemas dan teratur.

2. Jumlah anggota keluarga -  bagi keluarga yang besar, sebaiknya bina ruang dapur dan ruang makan berasingan untuk mengelakkan kesesakan ruangan dapur.

3. Ukuran ketinggian anggota keluarga -  ukuran ketinggian diperlukan dalam merancang pemasangan hud dan kabinet. Jika ada dikalangan keluarga anda yang berkerusi roda, maka menjadi tanggungjawab anda menyenangkan mereka memasak, mencapai makanan, bergerak menerusi binaan kabinet dan hud yang sesuai ukuran ketinggian mereka.

4. Purata umur keluarga -  maklumat ini berguna untuk menyediakan keperluan dan kelengkapan ruang dapur yang selamat untuk diguna.

5. Gaya hidup keluarga -  pilih konsep ruang dapur yang menepati dan dapat diterima oleh anggota keluarga.


Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...