Urban Moden
Tips Pemilihan Warna Dinding Luar:
* Ketahui rekaan atau struktur seni bina kediaman sebelum memilih paduan warna kontra. Bagi pilihan warna kelabu gelap dan jingga ini, kediaman berkonsep moden dan urban adalah paling sesuai.
![]() |
Struktur seni bina ultra moden dengan padanan rona jingga-kelabu |
* Pastikan memilih cat yang sesuai digunakan untuk bahagian luar. Seri kediaman lebih menyerlah dengan garapan warna kelabu gelap bersama rona jingga pekat. Kombinasi antara kedua-duanya turut mencerminkan kekuatan pada seni bina dan reka bentuk sesebuah kediaman.
![]() |
Kediaman urban dengan padanan warna kelabu gelap |
* Pemilihan warna-warna lain yang bersesuaian digunakan pada kediaman berciri moden ialah warna coffee, coklat dan warna-warna tanah atau rona kusam yang ditampilkan bersama rona kontra lain.
* Kawasan persekitaran juga perlu diberi perhatian. Sekiranya kediaman terletak di kawasan bandar, penggunaan warna-warna terang dapat membantu menyerlahkan lagi penampilan kediaman. Sebaliknya, bagi kediaman yang terletak di pinggir hutan, atau di kawasan perkampungan, rona-rona kesam atau suram mampu memberi ketenangan sepenuhnya.
![]() |
Lokasi kediaman juga memainkan peranan dalam penentuan rona warna dinding luar anda |
No comments:
Post a Comment