Notification

We hereby declare, that most of the photos featured in this blog, do not belong to us except for those which have a watermark of our blog address. We would gladly remove any photos from our blog, upon notification from any parties, claiming their rights on the photos. Thank you.

Wednesday, 20 July 2011

Tahukah Anda? : Loteng - Perlu Bijak Menggayakannya.

Loteng adalah binaan yang semakin popular, terutama bagi mereka yang benar-benar mahukan ruang tambahan. Loteng boleh dijadikan perpustakaan mini, bilik tidur, bilik permainan atau ruang storan yang efektif. Cuma ia perlukan ketelitian dan perancangan rapi semasa pembinaannya. 

Loteng merupakan ruang yang semakin popular di kalangan pemilik ini adalah tambahan kepada ruang-ruang kediaman sedia ada. Kos pengubahsuaiannya bergantung kepada keluasan ruang dan jenis kemasan yang dikehendaki. Gaya penataan dan tugas loteng disesuaikan dengan konsep kediaman anda. Apa pun fungsi yang dimahukan, susun atur dan gaya hiasan dalaman yang dipilih perlu praktikal dan selesa untuk disesuaikan dengan keluasan loteng yang biasanya terhad. Berikut merupakan beberapa tips dan panduan yang boleh digunakan untuk mengubah suai atau mendapatkan ruang loteng yang menarik di kediaman anda:

* Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap menjadikan suhu panas di loteng. Tambahan pula, kedudukannya di atas sekali menyebabkan dedahannya kepada cahaya terik matahari sangat besar, seterusnya menyebabkan suasana yang panas dan berkuap. Oleh itu, pembinaan loteng khususnya loteng bertutup perlu mempunyai penyelesaian masalah ini. 


PENYELESAIAN:

* Memasang 'insulation' pada bahagian bawah jubin lantai.
* Reka bentuk loteng itu sendiri mempengaruhi suhu dan peredaran udara panas dan sejuk. Binaan tingkap atau bumbung kecil atas bumbung utama boleh menggalakkan pengaliran udara panas ke luar. "Pembinaan chimney" (cerobong pada bumbung) atau "vent stack" akan menggalakkan udara panas keluar dari bilik loteng. Selain itu, ia juga membenarkan udara sejuk dari luar masuk ke dalam dan menyejukkan suasana panas.
* Membina ruang atau jurang antara bumbung atas dengan bumbung bawah supaya ada jurang yang besar dan menyebabkan ruang terbuka dan pengaliran udara lebih terbuka.

Loteng
Ruang loteng sebagai ruang rehat sekeluarga


* Kebanyakkan loteng mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber cahaya semula jadi.

PENYELESAIAN:

* Membina banyak tingkap di loteng akan membenarkan banyak cahaya semula jadi masuk ke ruang loteng. Tingkap kaca contohnya adalah pilihan terbaik untuk memaksimumkan pencahayaan dan menyebabkan loteng cerah dengan cahaya semula jadi.
* Penggunaan "Glass Tiles" di bahagian bawah bumbung akan menyebabkan cahaya semula jadi dari luar masuk. Ia sesuai untuk bumbung yang menggunakan genting sebagai atap rumah.


Binaan Tingkap: Pencahayaan semula jadi di ruang loteng


* Bagaimana memilih rekaan tangga yang sesuai untuk loteng. Mungkin anda keliru untuk membina tangga yang sesuai menghubungkan loteng dengan ruang rumah di bawah. Ia tidak semestinya perlu sama dengan rekaan tangga ibu rumah. Tangga ke loteng boleh disesuaikan dengan gaya, keluasan ruang, fungsi loteng dan kesesuaian penghuni.

PENYELESAIAN:

* Tangga yang boleh dilipat ke atas. Ia sesuai untuk menjimatkan ruang dan kelihatan bijak bermain dengan ruang dan sofistikated.
* Rekaan tangga memanjat mungkin sofistikated, tetapi tidak begitu praktikal kerana keadaannya yang kurang selamat terutama bagi kanak-kanak.
* Tangga reka bentuk biasa boleh disesuaikan dengan penggunaan loteng sebagai stor yang memerlukan pijakan kukuh pada tangga.


Pelbagai Jenis Tangga memanjat ke ruang loteng: Tangga Lipat

Tangga 'Sliding'

Tangga 'Spiral'






4 comments:

  1. Menarik..sy masih dlm proses mncari idea utk bina loteng..

    ReplyDelete
  2. Ada sesiapa boleh membina tangga kompak ini?

    ReplyDelete

Click On Promotions!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...