Pages

Wednesday, 3 August 2011

PERCUMA: Tips Pembinaan "Pulau" Di Ruang Dapur

Pemilik banglo atau 'penthouse' mempunyai kelebihan ruang dapur yang luas. Ini mengizinkan kehadiran 'island' atau pulau. Bagaimanapun, bagi pemilik apartmen sederhana rendah sekalipun, masih ada ruang untuk mewujudkan pulau ini. Secara ringkasnya pulau dapur bermaksud ruang bekerja tambahan seperti sebuah meja yang diletak di tengah-tengah ruang dapur.

Kedudukannya yang sangat statik membantu melancarkan aktiviti penyediaan makanan. Bukan sahaja penampilan yang cantik serta keluasan kaunter pulau yang selesa, ia turut dilengkapi tempat penyimpanan dan kelengkapan sempurna.

Binaan pulau di dapur pelengkap kepada kabinet dapur anda.

Jadikan 'pulau' sebagai tempat bekerja yang selesa:

1. Bucu kaunter perlu dibuat melengkung agar tidak membahayakan kanak-kanak.
2. Pastikan soket diletakkan di bahagian sisi tepi pulau bukannya di permukaan kaunter bekerja.
3. Singki tahan karat amat digalakkan  kerana ketahanannya terhadap air serta mudah dibersihkan.
4. Tempat penyimpanan yang luas membolehkan banyak barang diletakkan di dalamnya bagi mengelakkan keadaan dapur bersepah. Sebaiknya, cari sistem laci yang boleh tertutup rapat secara sendiri.

Penyediaan tempat penyimpanan yang mencukupi bagi mengelakkan barang berserakan di dapur bekerja anda. 

5. Pemegang laci yang panjang dan besar memberi keselesaan untuk membukanya.
6. Tungku binaan dalam berasaskan kaca dan berpermukaan rata adalah disyorkan jika anda ingin melakukan aktiviti memasak di pulau.
7. Pastikan jarak antara pulau dan sistem kabinet sedia ada dalam jarak antara 90cm hingga 105cm untuk memudahkan pergerakan atau membuka pintu pulau.

Sediakan ruang pergerakan yang bersesuaian di sekeliling pulau untuk sebarang aktiviti di dapur 


8. Pulau mudah disuaipadankan dengan sistem kabinet sedia ada mengikut pilihan bahan atau boleh juga pulau yang kontras dengan sistem yang sedia ada.

Binaan pulau yang disuaipadankan dengan kabinet sediada.

No comments:

Post a Comment