Pages

Thursday, 4 August 2011

PERCUMA: Tips Mudahkan Kerja Di Dapur

Kaedah Susunan Barang Bagi Mudahkan Kerja Di Dapur

01. Susun atur botol rempah yang telah berlabel mengikut susunan abjad.

Label bekas simpanan rempah

02. Masukkan makanan dalam kotak atau bungkusan plastik ke dalam bekas kaca atau plastik telus. Menyimpan makanan di dalam bekas telus ini memudahkan anda melihat bilakah masanya bekalan makanan tersebut hampir habis dan perlu untuk dibeli baru.

03. Pilih bekas berbentuk empat segi berbanding bujur atau bulat. Anda akan memakan banyak ruang penyimpanan jika menggunakan bekas bujur dan bulat.

Bekas empat segi lebih praktikal dan menjimatkan ruang

04. Pertimbangkan menyimpan semua jenis serbuk atau larutan pencuci dan sarung tangan dalam kabinet yang terletak di atas singki. Anda tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil barang keperluan ini.

05. Bandingkan kaedah susunan menyimpan barang seperti biskut, papan pemotong, dan sebagainya secara menegak atau melintang. Susunan cara ini lebih menarik lagi jika anda meletakkan begitu sahaja di kaunter bekerja.

Pilih cara susunan bekas yang betul

06. Senaraikan barang-barang keperluan dapur. Sentiasa senaraikan barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan gunakan pelekat bermagnet yang menarik di peti sejuk. Cara ini membolehkan ahli keluarga lain menulis barang keperluan mereka juga.

Pelekat magnet : Hiasan dan medium pelekat senarai bahan keperluan

07. Gunakan kertas khas atau kertas minyak untuk makanan agar mudah melekat pada bekas pembakar. Dengan itu anda tidak membasuhnya terlalu kerap dan menjimatkan masa.

08. Kumpulkan barang dapur mengikut kategori - bijirin, bahan-bahan memasak kek dan biskut, rempah, pasta, sos dan sebagainya. Letakkan barang yang telah dikategorikan pada rak atau laci yang sama.

Kumpulkan barangan dapur mengikut kategori
09. Sebelum anda mengisi semula garam atau rempah tertentu dalam bekas atau botol khas, pastikan anda menutup lubang-lubang halus dengan sellotape agar garam atau serbuk yang sedang di tuang tidak keluar dari lubang-lubang ini.

10. Apabila menyediakan hidangan utama, pastikan anda menyediakan bahan-bahannya dua kali ganda banyak dan simpan sebahagiannya dalam peti sejuk. Cara ini dapat menjimatkan masa penyediaan makanan kali kedua.


No comments:

Post a Comment