Pages

Friday, 24 June 2011

PERCUMA: Tips Ringkas Untuk Kediaman (Siri III)

0.20* Perabot Gah, Warna Neutral

Keseimbangan ruang antara perabot dan warna dilihat sebagai satu keperluan. Tambah pula anda sememangnya menggemari rangkaian perabot klasik. Jika anda memilih rona terang atau mewah, pasti akan mewujudkan kecelaruan. Jadi, beri suntikan rona neutral yang lebih tenang dan tidak keterlaluan. Gubahan bijak ini menjadikan ruang tamu anda bagaikan di hotel mewah.

Impak warna neutral mendamaikan ruang kediaman


O.21* Pemilihan Perabot Maksimum

Lupakan sebentar soal susunan perabot dalam nisbah kadar 3:2:1. Adakalanya kita perlu bertindak lebih daripada itu. Sofa berbentuk 'L' yang kini popular di kalangan anak-anak muda, boleh dijadikan pilihan utama untuk ruang terhad. Ia bukan sahaja tampil moden, ringkas tetapi boleh dilaraskan kedudukannya sesuai dengan seni bina ruang. Elakkan menambah benda lain kerana kerusi 'L' sebegini sememangnya sudah mencukupi untuk memenuhi ruang di kediaman anda.

Penataan ruang menggunakan sofa 'L' shaped


O.22* Salam Taj Mahal

Konsep India yang dipilih dalam hal ini, menjadikan kamar tampil lebih bertenaga. Warna merah terang bersama corak pudar cukup hebat. Gubahan yang besar ditempatkan pada paras tinggi menyelamatkan ruang dan kelihatan menarik pada sudut katil. Kebijaksanaan pemilik menyusun atur perabot dapat menarik dan menimbulkan suasana mesra ruang. Penggunaan cermin besar juga akan dapat menghidupkan suasana ruang.

Tarikan ruang; warna terang 


O.23* Nilai Dramatik

Kemasan lembut sebenarnya sangat membantu untuk kita menjadikan kamar lebih hebat dan sempurna. Mungkin ada yang menyatakan rona dramatik kurang sesuai kerana kamar perlu lebih mendamaikan. Anda sebetulnya boleh memilih lapisan cadar pertama berwarna putih dan lainnya boleh bermain dengan rona berani.

O.24* Inspirasi Mewah

Ruang yang sangat terhad dikenakan dengan rona coklat gelap. Agak janggal bunyinya tetapi jika pemilik bijak mengenakan aksesori seperti dua buah gambar besar yang cerah untuk mengimbangai tata warna dan keserasian ruang, maka hasilnya sudah tentu kamar yang eksklusif biarpun menata ruang yang sempit.

O.25* Pegaruh Garisan

Permainan garisan juga boleh membantu anda mendapatkan ilusi yang cukup luas. Biar melintang atau menegak, ia bakal memberi impak yang tersendiri pada ruang. Ruang akan kelihatan lebih lebar jika mempunyai jalur yang merentangi kamar tersebut. Manakala ruang bakal tampak lebih tinggi jika mempunyai garis halus yang dikenakan pada sesebuah bahagian dinding.

O.26* Penggunaan Dinding Dengan Bijak

Pilih bahagian dinding yang sesuai untuk dijadikan ruang membaca di kamar tidur. Pasang kabinet bina dalam untuk mendapatkan penstoran yang bijak bagi bahan-bahan bacaan anda. Koleksi buku ilmiah sememangnya membawa imej gah kepada ruang kediaman anda.

O.27* Penggunaan Ruang Maksimum

Penggunaan ruang yang bijak. Bahagian balkoni yang selalunya diletakkan barang-barang remeh, diperkemas dengan pembinaan kabinet dan diwujudkan sudut membaca yang menarik. Pemilihan rona kelabu juga membantu menyerlahkan sudut comel ini.

O.28* Meja Bulat Mewah

Pemilik mempunyai masalah ruang, tetapi diselesaikan dengan cara paling bergaya. Meja bulat marmar bukan sahaja sesuai dengan konsep kediaman, malah menggelakkan ruang tampil terganggu dek bucu meja yang bersegi empat.

Meja makan bulat; Ringkas tetapi mewah

Meja Makan Bulat; Praktikal dan Moden


O.29* Comel Dan Feminin

Ruang yang kecil membenarkan kita bergaya dengan pelbagai aksesori pilihan. Meja makan yang kecil jika dihias menarik, pasti tidak akan terlepas daripada pandangan mata tetamu yang datang bertandang. Pilihan warna yang sederhana dan aksesori kreatif merupakan ilham bijak agar meja makan kelihatan anggun tanpa gaya yang keterlaluan.

No comments:

Post a Comment