Pages

Monday, 11 July 2011

PERCUMA Tips: Info Kamar Mandi

* Kini kebanyakkan pemilik kediaman telah mula bersikap terbuka. Jika dahulu mempunyai bukaan yang agak besar dikatakan tradisi, kini tidak lagi.

* Ramai di kalangan pemilik kediaman yang lebih berani memilih bukaan tingkap yang lebih luas. Tetapi seandainya anda tidak mahu mengadakan bukaan yang keterlaluan, pastikan bukaan tingkap kamar mandi dibina pada ketinggian tujuh kaki pada bahagian cermin atas bingkai jendela. 

* Gunakan cermin, kaca berkabut atau berwarna jika mempunyai peruntukan lebih. Halakan kedudukan kaca secara serong agar visual dari dalam kamar mandi tidak akan kelihatan dari luar.


Cermin : Elemen dekorasi bagi kamar mandi



* Kamar mandi perlu direndahkan sedikit aras lantainya daripada ruang lain bagi menggelakkan air mandian melimpah ke ruang bersebelahan.

* Aras lantai kamar mandi perlu diturunkan sekitar 4" daripada aras lantai kamar lain.

* Pilih kemasan yang agak kesat atau kasar sedikit bagi mendapat geseran yang baik pada kaki. Ini penting terutama sekiranya anda berkongsi kediaman dengan warga emas.


Pilih kemasan lantai yang tidak licin untuk kamar mandi

Mozek



* Kamar mandi yang baik sewajarnya mempunyai susunan aksesori mesra ruang.


Susunan aksesori yang bersesuaian di kamar mandi


* Basin, mangkuk tandas dan pancuran mandi perlu disusun dengan bijak agar tidak terjadinya kemalangan dan pergerakan anda akan lebih selesa.





Susunan basin, mangkuk tandas dan pancuran mandi perlu bersesuaian dengan keluasan ruang kamar mandi

* Biasanya, mangkuk tandas akan ditempatkan di hujung kamar kerana ia hanya digunakan pada waktu tertentu.

* Manakala basin, pula ditempatkan pada pinggir pintu masuk kerana saiznya yang kecil dan kerap digunakan untuk aktiviti di dalam kamar mandi seperti menggosok gigi, bersolek dan membelek wajah.

* Bagi kedudukan aksesori kamar mandi seperti bekas tisu tandas, pastikan kedudukannya pada bahagian kiri mangkuk tandas. Jarak kedudukan bekas tisu tandas pula adalah daripada jarak 2 kaki 9 inci sehingga 3 kaki tinggi dari aras lantai.

* Manakala kedudukan dari dinding sewajarnya sesuai untuk dicapai tangan ketika duduk di mangkuk tandas. 

* Bagi tandas versi 'Malaysia' paip air untuk tujuan cucian perlulah diletakkan pada kanan mangkuk tandas.

* Sekiranya ingin membina kabinet atau kaunter pada basin, pastikan bahagian ruang simpanan bawah tidak mencecah lantai kamar mandi.

* Tinggikan aras kabinet sekitar 1'6" - 9" tinggi agar tidak basah dan reput terkena air.

* Daripada aspek ruang simpanan, jika boleh elakkan memilih kabinet berpintu kerana mengganggu aktiviti di dalam kamar mandi dan juga faktor saiz ruang. Paling tidak, anda dapat melihat di mana lokasi peralatan kelengkapan harian seperti syampu, tuala dan sebagainya.

* Kemasan dinding seelok-eloknya disediakan secara minimum 5 kaki dari aras lantai.

* Anda boleh memilih jubin yang lebih licin dan mudah dicuci. Susunan ala potongan berlian selalunya akan tampak lebih eksklusif biar pun hanya menggunakan jubin polos.

No comments:

Post a Comment