Pages

Sunday, 17 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri VI)

O6. Romantik Dan Privasi

Romantik dan Privasi

Idea romantis sebegini sesuai bagi mereka yang gemar manjakan diri di kediaman. Mandian bagi mereka adalah satu upacara yang sangat istimewa dan dinanti-nantikan. Kamar mandi sama pentingnya dengan kamar beradu atau ruang tamu. Ia juga melibatkan seni mandian yang juga sering kali dapat kita lihat di negara seperti Jepun, Turki dan sebagainya.

x Ruang perlu redup dan dihiasi aroma terapi dan lilin.

Hiasi kamar mandian romantik anda dengan lilin , bungaan dan wangian aroma

x Pastikan juga kitaran udara dan bukaan yang cukup untuk mendapatkan hawa yang lebih nyaman.

x Selalunya kamar mandi bersaiz besar sangat sesuai dihiasi cara sebegini.

Gubahan bunga boleh mengasyikkan : Ihsan Rizalogy

x Pun begitu, ia mestilah kamar mandi peribadi yang hanya digunakan oleh seorang atau suami isteri sahaja. Ia adalah kerana hiasan yang agak cerewet memerlukan penjagaan yang sangat rapi.

Hiasan mewah dan detail di kamar mandian romantik


SARANAN PENGUBAHSUAIAN:-

xx Pilih pencahayaan yang boleh dilaraskan. Ini bermakna anda boleh mendapatkan mood pencahayaan yang diinginkan bagi tujuan tertentu.

xx Jangan lupa meletakkan kuntuman bunga segar seperti bunga LILY yang harum semerbak di ruang kamar mandi.

Haruman si Lily

Transformasi: Motif bunga Lily dalam kelengkapan kamar mandi


xx Kemasan lantai mewah seperti jubin hitam kesat atau slate hitam cukup hebat sekiranya dikenakan dengan kabinet kayu 'perang madu'.

Putih dan Elegan


xx Pencahayaan semula jadi juga boleh ditambah. Siling yang menggunakan material telus pandang boleh memberikan kesan kamar mandi di dalam taman terutamanya jika dirimbunkan dengan pepohon hijau.

Tab Mandi


2 comments:

  1. terima kasih kerana menggunakan foto produk kami sebagai contoh...pertanyaan dari saya utk segmen kali ini, is it possible utk saya mengubahsuai sebuah bilik mandi secara extensive...maksud saya sebagai contoh, bilik mandi sekarang ada toilet bowl, sink dan shower, adakah mungkin utk saya jadikan bilik mandi tersebut hanya ada tab mandi and sink sahaja...toilet bowl itu dilenyapkan utk memberikan ruang kpd tab mandi tersebut...maaf jika soalan kurang betul...

    ReplyDelete
  2. kami amat berbesar hati En Rizal membenarkan kami menggunakan foto gubahan bunga 'masterpiece' En. Rizal. Jawapan kami kepada soalan En. Rizal, sudah tentunya idea yang bernas jika En. Rizal mahukan suasana kamar mandi yang selesa untuk memanjakan diri ketika membersihkan diri. Tetapi idea tersebut sesuai jika kediaman mempunyai kamar mandi lain untuk mandian yang lebih cepat dan ringkas. Perlu diingat, bukan setiap masa kita mempunyai masa untuk memanjakan diri. Hiks!

    ReplyDelete