Pages

Wednesday, 13 July 2011

PERCUMA: Tips 8 Gaya Kamar Mandi & Jakuzi (Siri II)

 O2. Aspirasi Kehidupan Desa 

Gaya Mewah Kedesaan


Mungkin ramai yang tidak berkesempatan merasa mandi di telaga, sungai mahu pun kawasan berparit. Kini, keseronokan mandi di telaga dirakamkan pada gaya yang lebih kontemporari pada kamar moden. Jika Jepun berbangga dengan gaya 'Zen' nya, tidak salah jika kita mengambil pengaruh tempatan dan cuba menjadikannya lebih komersil agar boleh dijadikan konsep yang lebih global.

@ Hijau adalah rona sinonim dengan pengaruh persekitaran tropika yang panas dan lembap. Hijau pada batu 'slate' juga boleh disimbolkan sebagai lumut yang acap kali boleh dijumpai di kawasan yang lembap seperti di telaga, pinggir batu sungai dan sebagainya.

@ Batu 'slate' juga melambangkan bentuk muka bumi tropika dan kawasan yang dijadikan tempat bersiram. Tambahan pula ia memberi pengaruh dingin dan menyegarkan.

Kemasan Lantai Jenis 'Slate'


@ Apa kata memilih jendela berpangsi agar mudah dilaraskan kadar pencahayaan dan menjadikan ruang lebih privasi.

@ Paling menarik, sudah pasti pemilihan kayu mewah dan mempunyai unsur rustik yang dapat menguatkan lagi mood atau karakter dekorasi. Umpama sebuah kamar mandi lama yang boleh dilihat pada kediaman agam era penjajah.

Kemasan Lantai Kayu : Menambah nilai rustik dalam unsur dekorasi


@ Nilai rustik ini bukan semua mampu menerimanya tetapi ia dianggap hebat kerana mempamerkan ciri-ciri rekaan yang berseri dan berkarakter.


 SARANAN PENGUBAHSUAIAN:- 

@};-- Untuk menghidupkan lagi suasana desa, jangan lupa memilih aksesori daripada bahan semula jadi seperti tempurung, upih dan tempayan yang diperbuat daripada tanah liat.

Penggunaan Aksesori Tempayan : Mewujudkan suasana desa


@};-- Produk seperti minyak mandian, atau produk kecantikan berdasarkan bahan asli juga dimasukkan ke dalam botol agar tampil lebih asli.

@};-- Bunga Hiasan seperti bunga melor boleh merangsang aroma kamar mandi atau jakuzi anda. Pokok seperti keladi atau daun pandan juga boleh dijadikan penyeri ruang bagi menguatkan lagi suasana di belakang rumah (ala taman Melayu).

Elemen Flora Dan Fauna : Penting untuk mewujudkan aspirasi dekorasi kedesaan

No comments:

Post a Comment